Thursday 8 November 2012

Thinking about future...

Views
Assalammualaikum wahai adam dan hawa yang segak dan cantik..sesungguhnya semua yang dijadikan oleh Allah itu cantik-cantik belaka..

     La ni cik ada kat ofis aka travel shop sambil ditemani alunan lagu dari hot fm dan hujan yang agak lebat diluar sana,bru je lepas pekena burger mcdeluxe dalam 15minit yang lepas bersama fiza,dia layan nasi campur sebab lapar katanya..sekarang dia ada dalam keta tengah sembang dgn si bfnya..so cek disini yang boring tahap gaban kerana tiada guest,tambah2 hari hujan camni memang nan hado la..

     Adik cek yang lelaki tu dah menyuarakan isi hati kat family kami yang dia ingin mendirikan rumah tangga bersama buah ati kesayangannya,tera family nak setuju nak kasi dia kawen tu,maunya dia ngamuk 2kali baru depa bagi..dia muda nak mampos tu pasai la family xbape nak setuju mula2 tu,sekarang dia baru 19tahun okeh makcik2...akak dia yang tua nak mampos ni pun belum terpikiaq lagi nak kawen huhu..

     insyaAllah kalau dia ada jodoh dengan kekasih nan satu itu,majlis pertunangan akan dibuat pada bulan 1 tahun depan,majlis akad nikah maybe bulan 4 ye tuan2..kalau la ada orang masuk minang kakaknya,mesti boleh wat majlis kawen sama2 kn???ooo besnyaaa....jangan gatai sangat ye si kakak...si kakak bukannya apa,si kakak macam sedih pulak,adik nak langkah bendoi uhuk uhuk..kalau la adik nan nak kawen tu adik pompuan,kan senang si kakak nak mintak emas 916 7karat huahua...omak si kakak ni materialistik gila oiiii...hahaha lawak je ye makcik2 pakcik2...

     si kakak harap majlis adik nan satu ni dapat berjalan dengan lancar la,so bulan 12 2012 si kakak memang kena bertungkus lumus la menyiapkan apa yang patut kerana si kakak ini sulung so haruslah bertanggungjawab ye..nak harapkan sapa lagi nak kemaskan umah,cat kan umah,seri2kan umah hohoho seri la sangat kn...

    so bagi sesiapa yang rasa terpikiaq,terasa,terniat,termahu nak berkenalan,merisik si kakak dengan niat mahu berkawen,bertunang sila la antar resume ke hidayaharisztravel@yahoo.com....hahaha tetiba,gila gatai ang mek....kuikuikuikui
:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Monday 29 October 2012

Siakap senohong gelama ikan duri...

Views
Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

Kawan-kawan penah dengarkn peribahasa tu,siakap
senohong gelama ikan duri,bercakap
bohong lama-lama mencuri...
Perumpamaan ini memang benar sekali
akan terjadi apabila seseorang itu
bergiat aktif dalam perbohongan,
lama kelamaan dia akan terjebak dalam
aktiviti mencuri pula..
maybe bukan mencuri dalam bentuk wang ringgit
tapi perspektif mencuri boleh dilihat
dalam pelbagai bentuk seperti
mencuri waktu yang sedia ada untuk perkara
yang tidak memanfaat,mencuri kesempatan diatas
kesenangan orang lain,mencuri kepercayaan
orang lain atas dirinya dan sebagainya..

Keluasan menipu ni kita boleh lihat dari
pelbagai site,adakah dia menipu
untuk kepentingan dirinya sendiri??
adakah dia menipu kerana terpaksa
untuk menjaga hati??adakah dia menipu
kerana merasa menipu itu lebih baik
dari bercakap jujur??

Sesetengah orang menipu kerana orang
yang terdekat dengannya tidak boleh menerima
perkara yang jujur,contohnya sang Bf beritahu
kepada sang Gf nk pergi tengok wayang
sedangkan dia pergi karaoke..
sebab sang Bf tahu yang sang Gf
xdapat menerima sang Bf pergi karaoke
so dia terpaksa la menipu untuk menjaga 
hati dan perasaan sang gf..
Tapi better bersikap jujur la
sebab sejauh mana dia tidak menerima
hakikat itu tapi lambat laun dia akan
menerima jugak kejujuran itu
dari dapat tahu kebenaran di kemudian hari..

Sebahagian menipu untuk menjaga hati dan 
perasaan orang lain..
sebagai contohnya,seorang perempuan
terpaksa menipu kawan lelaki yang
meminatinya dan pergi berjumpa sang Bf..
Andai dia bersikap jujur dgn kawan
lelakinya maybe kawan lelakinya
akan sakit hati so dia terpaksa menjaga 
ati orang yang terdekat dengannya..
Bersikap jujur tu memang sangat penting,
walaupun sakit untuk diterima tapi
lebih baik sakit kerana kejujuran
dari sakit dengan pembohongan...

Andai sikap kita terjebak dalam
segala macam pembohongan,
cubalah untuk berubah untuk bersikap
jujur dengan orang sekeliling kita..
takde rugi kat mana-mana pun
if kita bersikap jujur..
maybe mula2 orang akan sakit ati bila
kita bersikap jujur tapi
lama-kelamaan depa akn pikir
kejujuran itu adalah realistik,
kot mana pun orang akan terima..

Mukadimah untuk diri sendiri dan kawan-kawan jugak..  



:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Wednesday 24 October 2012

Beronok...makanan eksotik penduduk Langkawi..

Views
Assalammualaikum...kali ni mengenai makanan la pulak ye..


Beronok atau lebih dikenali sebagai timun laut adalah makanan yang agak pelik la bagi orang yang tak penah dengar,tak penah tengok lagi2 la tak penah makan..selalunya beronok ini akan dibuat sebagai kerabu beronok..ala wat kerabu macam wat kerabu kaki ayam tu..pastu dimakan dengan nasi putih panas2..pehhh

Terdapat 2jenis beronok setakat yang cek taw selama cek hidup ni iaitu beronok pesisiran pantai dengan beronok selut(lumpur).Senang je nak beza dia,hat duk ataih pasir laut dengan hat duk dalam selut la..

ni beronok selut atau lumpur


ni beronok pantai

ampa tak payah nak pening kepala nak bezakan kedua-dua beronok sebab tekstur dia berbeza..beronok ni jauh sekali keturunan yang sama dengan gamat,gamat sangat berbeza dengan beronok..

Gamat keras dan boleh dimasak serta dijadikan minyak gamat,andai beronok ni dimasak,ia akan cair dan menghilang kerana tekstur badannya 100% air laut + selut..oleh itu ianya dimakan mentah2 dan dijadikan kerabu..


nindia proses membuat kerabu beronok..


nak taw macam mana rasa kerabu beronok ni??ok rasa dia liat2 lagu  kita duk kunyah tulang lembut ayam tu pastu rasa masin2 skit tapi bila dicampur dengan kerisik,mempelam pehhh rasa dia lg meleleh la..maksudnya memang sedap la..

Andai ampa kawan-kawan mai Langkawi,cek taw 1kedai ni memang ada juai kerabu beronok,dulu penah masuk dalam Majalah tiga..Restoran Siti Fatimah jalan Mata Ayer berdekatan Tok Senik Resort..so cepat simpan alamat ni bagi sapa2 yang nak merasa kerabu beronok..hanya di Langkawi je taw boleh jumpa beronok ni...

:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Antara customer cek...

Views
Assalammualaikum semua kawan-kawan belog..sory sangat sebab lama cek mendiamkan diri..bz dengan gheja,bz dgn atur hat tu hat ni..haishhh macam la bz sangat padahal kuat tido dgn kuat makan hehehe...

     Raya Aidilfitri haritu,dalam raya ke4 ada sorang blogger ni mai Langkawi,kalau kawan2 yang selalu ikut blog akak ni mesti kenai punya la..nama dia kak Moon..ni blog KAK MOON..akak ni mai bercuti dengan family ke Langkawi..kebetulan dia dah dapat tempat penginapan tapi cuma kereta sewa je takde..so ada sorang kawan cek ni nama dia Nurulaini,dalam masa yang sama Aini ni fren dgn kak moon dalam facebook so Aini bagi la contact nombor cek kat kak moon n then akak moon pun call la nk sewa keta..

     Sebelum kak moon call,Aini dah gtaw cek dia ada bagi nombor cek kat sorang blogger ni so cek ingatkan sapa,sekali tengok,alamak hat ni blogger femes diamos yang selalu cite pasai adik ipaq dia dalam blog tu,makngah cek selalu baca blog dia,sekali terus cek gtaw makngah psai blogger tu..makngah memang excited gila nak jumpa kak moon tapi xdapat disebabkan ada hal yang perlu diuruskan...

     cek urus semua keta sewa yang kak moon nak,alhamdullilah xde pape masalah selama depa mai Langkawi..kalau kawan2 nak mai Langkawi dan perlukan tempat penginapan,kereta sewa,pakej island hopping..blh je terus emel cek ke hidayaharisztravel@yahoo.com...jom layan blog kak moon selama dia bercuti ke Langkawi di SINI...

terima kasih daun keladi,ada umur jumpa lagi...
:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Sunday 23 September 2012

CERPEN -----> Kasih Ibu...

Views

 ‘’Ibu,ibu jangan tinggalkan ruby ibu..”Aku terus melambai-lambai tangan kearah ibu,Berulang kali aku memekik nama ibu,supaya ibu mendengar aku…Tetapi ibu tidak mempedulikan aku,lalu kelibat  ibu terus hilang dari pandangan.``Ya Allah bermimpi aku rupanya,’’Saat ini air mata mengalir membasahi wajah.Bagaimanakah rasanya bila ibu benar-benar lagi tiada disisi,Aku tak nak kehilangan ibu,Aku tak boleh langsung memikirkan apa yang akan terjadi pada hidupku andai ibu sudah tiada lagi.
    Aku Rubiyah zalikha,Berasal dari utara,menetap di Kampung Lang Asli,aku merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik,kesemuanya perempuan,Zaharah Aisyah dan Umi Sumaiyyah,kami bukan nya keluarga senang,``Kais pagi makan pagi,Kais petang makan petang’’itulah kehidupan kami yang penuh dengan kesusahan,Aku hanya seorang pelajar tingkatan empat.Bagaimana aku mahu membantu mengubah nasib keluarga,sedangkan tak tertangung ibu menyara persekolahanku dengan dua orang lagi adik perempuanku.Kemankah ayah?bagaimanakah ayah sangup membiarkan ibu dan kami susah sebegini.Kejamnya ayah pada kami.Kenapa ayah?Tak sayang kah ayah pada kami?Beribu persoalan sedang bermain di minda,Sebagai seorang anak aku tidak boleh mengeluh begini,kerana aku tahu ayah tetap ayah kandung ku,Hormat padanya adalah tangung jawab juga kewajipan aku sebagai seorang anak.Serba salah aku dibuatnya.
     Sewaktu pulang dari sekolah,Seperti biasa aku singgah dikedai Makcik Zainab,mengambil bekas kuih yang aku letak kan dikedai nya pagi tadi,``Alhamdulillah,syukur pada Allah,habis juga kuih yang ibu buat hari ini,’’``Terima kasih makcik zainab,’’.Sambil menghulurkn tangan mengambil duit hasil jualan Untuk diberi kepada ibu.Aku meneruskan perjalanan,Mesti ibu gembira nanti,Memang sengaja ibu mengambil hasil nya setiap seminggu sekali,baru Nampak sedikit kata ibu,``Ya allah kau berikan lah kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapa ku ya allah,Amin’’.
     ``Abang sakit bang,jangan pukul milah abang,tolong lah abang’’…Ibu merayu dilepaskan,Tetapi ayah tetap terus memukul ibu,seolah-olah ayah sudah tidak punya hati dan perasaan lagi,Aku hanya mampu menangis dari dalam bilik mendengar tangisan ibu menahan kesakitan,Aku memeluk kedua-dua  adik aku,adik-adik juga menangis teresak-esak menahan sebak,``Ibu,kenapa ibu tidak membenarkan ruby membantu ibu??’’.Ibu pernah berpesan jangan jadi anak derhaka,jangan pernah sesekali masuk campur bila ibu dan ayah bertengkar,ibu tak nak ayah juga memukul kami.Kasihan ibu menangung kesakitan seorang diri.Maafkan ruby ibu.
     Aku melihat  dari  lubang pintu,berkali-kali tangan ayah hinggap diwajah ibu,ibu menekup wajah nya supaya tamparan ayah tidak kena pada wajah ibu,ibu meronta-ronta dilepaskan,Ayah langsung tidak mendengar rayuan ibu,ayah seperti seorang yang sudah terkena rasukan iblis yang sangat kejam,ayah mengambil paku tukang nya,lalu dicucuk-cucuk pada badan ibu,ibu menangis dan meronta,tak cukup itu ayah terus bertubi-tubi membelasah ibu..sesekali terdengar suara ibu beristifar dan meminta ayah berhenti memukulnya lagi,``abang cukup la bang,milah sakit abang,’’``ibu bertahan ibu,’’Aku kaku memerhati saja tingkah laku seorang ayah yang tidak bertangung jawab.Lalu ayah terus keluar dari rumah setelah mengambil kesemua duit hasil jualan kuih ibu.Aku dan adik-adik terus belari meluru kearah ibu,kami memeluk ibu,Sesekali aku melihat tubuh ibu dipenuhi kesan lebam,dan bibir ibu berdarah kerana kesan tamparan sebentar tadi,Kejam sungguh ayah,sampai hati ayah….sampai hati ayah…..
    Hari ini pagi-pagi lagi aku sudah bangun,menyiapkan sarapan buat ibu dan  adik-adik ku Zaharah Aisyah dan Umi Sumaiyyah,``adik-adik akak makan banyak sikit ye,lepas tu boleh pergi ke sekolah,akak dah siapkan bekal Untuk adik-adik,jangan lupa bawak nanti’’aku berpesan pada mereka sambil tangan membasuh kuali..air mata deras membasahi pipi,``maafkan akak ruby yer adik-adik sayang,akak ruby hanya boleh masak,akak tak duit nak bagi pada adik-adik akak Untuk buat belanja sekolah pada hari ini’’… Zaharah Aisyah dan Umi Sumaiyyah meluru ke arah aku dan mereka mengesat air mata yang laju turun membasahi pipi gebu ku..``akak ruby,adik faham situasi kehidupan kita,akak ruby jangan lah risau tentang kami’’.Sambil menghulurkan tangan berjabat salam mereka berdua berlalu pergi meninggalkan aku dan ibu dirumah,Untung aku punya adik- beradik seperti mereka yang sangat memahami masalah keluarga.Aku membawa sarapan kepada ibu,dari semalam ibu tidak menjamah langsung walupun sesuap nasi,ibu hanya menagis dan bersedih,kesan lebam pada badan ibu semakin membuatkan ibu berasa sakit,sambil memberi ibu makan aku turut merendam tuala ke dalam air panas lalu aku meletakkan tuala pada kesan lebam tersebut,Ibu menjerit kecil menahan sakit,Kasihan aku melihat ibu,sangup ayah mendera ibu sebegini….dimanakah kasih ayah pada anak-anak nya?dimanakah kasih seorang suami pada isterinya?`` Ya allah kau ampunilah segala-gala dosa ayahku ya allah’’.Aku dan ibu terdiam seribu bahasa,Hanya air mata yang menyusun kata-kata,walaupun sekadar berbicara didalam hati,cukup buat kami memahami apa sebenarnya yang kami rasa….Tak perlu orang lain mengetahui kesedihan kami…Ibu bukan lah seorang wanita yang lemah,yang mudah menagih simpati mahu pun meminta simpati atau belas ikhsan dari orang lain,Walaupun susah sekalipun ibu akan membanting tulang empat kerat nya bagi memberi aku dan adik-adik ku makan.Sungguh besar pengorbananmu ibu…
    Sewaktu aku berusia 19 tahun Ayah telah pergi mengadap ilahi,dalam keadaan yang memilukan,ayah mabuk,akhirnya ayah dilanggar oleh sebuah kereta,dan mati ditempat kejadian,``ya allah kau ampunkan lah kesemua dosa-dosa ayah ku,tempatkan lah dia di kalangan orang-orang yang beriman,amin’’.Sejak ayah meninggal ibu tidak banyak bercakap,sesekali terlihat wajah ibu yang suram,Aku tahu walupun ayah sering mendera ibu dan selalu melukai hati ibu,Ibu tetap mencintai ayah..Ayah merupakan cinta pertama ibu,
    Kini aku sudah berusia 34 tahun, Manakala Zaharah Aisyah sudah mencecah 23 tahun dan Umi Sumaiyyah pula 25 tahun,Kedua-dua adik ku sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di Jordan,Aku pula seorang pensyarah di Universiti Malaya,Aku telah berkahwin dengan seorang jejaka pilihan ibuku sendiri,Alhamdulillah aku sungguh bahgia dengan perkahwinan ini,Aku telah dikurniakan dua orang cahaya mata,seorang lelaki dan perempuan bernama Putra Haziq Iquan Ilham dan juga Putri Aliya Maisara Ilham
  Buat Bondaku Jamilah bt Ahmad semoga ibu tenang disana...ruby sangat merindui ibu,Segala pengorbanan ibu tetap ruby ingat sampai ruby dah tiada lagi,ibu, hanya al fatihah dan yasin mampu ruby titip kn buat ibu disana..Kini ibu telah pergi dan tidak mungkin akan kembali lagi,hanya semangat dan ketabahan ibu menjadi dorongan ruby Untuk ruby terus tabah dalam mengatur langkah dalam meneruskan kehidupan ruby di alam maya….Buat anak-anak ku,akan aku beri sepenuh kasih sayang pada dirimu wahai cahaya hati,jadikan kisah mama Untuk kalian lebih menghargai  kasih seorang ibu dan juga ayah..berikan lah kebahagiaan Untuk kami yang masih hidup…hormati lah kami yang masih bernyawa,jangan bila ibu sudah tiada lagi anak-anak mama akan menyesali dan akan merindui Kasih seorang ibu yang sudah tiada lagi…Jangan jadikan kisah mama hanya sebagai cerita,Jadikanlah ia sebagai azam Untuk anak-anak mama…jangan lalui seperti mama,ingat nasihat dan juga warkah terakhir mama Untuk cahaya hati mama Putra Haziq Iquan Ilham dan juga Putri Aliya Maisara Ilham……
    Jasad ku berlegar..sesekali terdengar alunan merdu bacaan talkin..kedengaran suara tangisan sayup dan mendayu….Dimanakah aku?Aku memanggil suami dan juga anak-anak ku,mereka tidak mengendahkan aku..mereka pergi meninggalkan aku seorang diri…``abang jangan tinggal ruby,putra putri mama jangan tinggal mama sayang’’ DI manakah aku???Aku berada di makam ibu dan pusara ku sendri…~AL FATIHAH  buat arwah nenek dan mama ku Rubiyah zalikha… semoga roh mama dicucuri rahmat..-the EnD-

Cerpen ini hak cipta terpelihara Fatin Almieya,cek telah meminta izin untuk masukkan cerpen ni kedalam blog yang tidak seberapa ini..sini fb tuan empunya cerpen---> Fatin Almieya



:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Tuesday 18 September 2012

Yang hidup pasti akan kembali kepadaNya...

Views
Assalammualaikum...


     Ahad bersamaan 16 September 2012,Mohd Akif,anak menakan (anak sedara) telah kembali ke rahmatullah kerana menghidapi asma dan satu penyakit yang agak ganjil iaitu sel darah putih lebih banyak dari sel darah merah,doktor hospital dan doktor tentera tidak dapat mengesahkan penyakit apa dan juga sejarah Hosital Kulim bagi penyakit ini bagi bayi sebesarnya...arwah baru berusia 9bulan..arwah telah dimasukkan ke icu selepas mengalami koma,arwah hanya mampu bertahan selama 5hari didalam icu..

     Minggu lepaih,mak cek dah bagitau yang anak menakan dimasukkan ke icu so cek dah minta cuti untuk hari Sabtu,kebetulan Jumaat memang dah cuti so pagi Jumaat dalam lingkungan pukul 10pagi,cek sekeluarga bertolak menaiki feri ke Kuala Perlis.Perjalanan selama sejam diatas feri.Setibanya di jeti Kuala Perlis,kami sewa kereta saga flx dan terus ke KMC (Kedah Medical Centre).Alang-alang dan p ke seberang,kami singgah untuk check ayah sebab dia sakit,sebelum ni dah msuk wad situ kerana batu karang tapi doktor tak buat operate just bagi ubat je untuk keluarkan sisa-sisa batu tu.

     Dalam pukul 3.30ptg,kami terus keluar dari KMC dan bergerak ke Kulim yang mengambil masa 2jam diatas highway.Cek bagi ayah rehat je kat belakang,cek drive dan ditemani adik lelaki disebelah.Pukul 6ptg kami turun dari Tol Juru dan bergerak masuk ke Petronas Simpang Ampat,call abg spupu(abg Ejon)mai ambik kami sebab kebetulan susah nak cari kawasan umah dia.Dalam 10minit dia sampai dan kami follow dari belakang keta dia,terus ke rumah dia.Kami rehat sat (kejap) kat rumah dia dan terus ke Hospital Kulim untuk melawat anak dia.Actually dia dah ada 2org anak,Nur Atikah dan Mohd Alif Hakimi,yang bongsu tu yang sakit,Mohd Akif.

     Sampai di hospital dalam kul 7ptg,adik dalam wad icu so tak semua dapat masuk,mak cek je masuk tu pun terpaksa tipu guard cakap tok (nenek) dari kampung.Cek sedih gak la sebab dari dia lahir sampai masuk icu memang tak penah tengok muka adik.Abang sepupu,Abg Ejon merangkap ayah dia ada cakap nak bawak anak-anak dia balik Langkawi lepas raya,tapi xsempat sebab adik dah sakit.Mak cek keluar dari wad dan bagitau badan adik nampak gemuk pastu ada darah kat mulut dia,isteri abg Ejon,Kak Ayu cakap adik tak gemuk tapi nampak gemuk lepas kena cucuk berkali2 pastu masuk pelbagai ubat.

     Malam tu kami sekeluarga tido dirumah abang sepupu di daerah Junjung,abang sepupu dengan isteri jamu (hidang) kami dengan pulut durian kampung dan kawen.Walaupun dalam keadaan sedih dengan anak berada dihospital tapi depa (mereka) tetap melayan kami dengan penuh kasih sayang.Kak Ayu sanggup balik tido kat umah disebabkan kami balik tidur kat umah depa,kebetulan keadaan adik dah stabil,tu yang kak Ayu berani tinggal dengan nurse,cek rasa tak sedap ati jugak tinggal adik cmtu tapi kak Ayu cakap nurse akan call kalau ada apa-apa.Lega hati dengar camtu.

     Keesokan pagi dalam kul 10.30,kami sekeluarga bertolak balik ke Alor Setar.Abang Ejon nak hantar kami keluar ke highway tapi cek cakap xpa boleh cari sendiri sebab tak mau nyusahkan dia,lagipun dia ligan (kejar) masa nak ke hospital.Pusing punya pusing xjumpa highway,punah camner nak balik ni.Last2 tanya orang keje kontrak,alhamdullilah akhirnya keluar jugak dari situ.tu pun tersalah gak masuk tol huhu.nak keluar ke tol Juru menghala ke Alor Setar tapi termasuk tol ke Kuala Lumpur,selamat abang tol tu tolong bagi keta u-turn balik,kalau tak nyah ke KL la pulak.Dulu selalu lalu situ time Jom Heboh Batu Kawan 2011,tido kat Autocity pastu ulang alik naik highway ke Batu Kawan,ntah cmner boleh lupa..adoyaiii

     Dalam kul 3ptg kami sekeluarga sampai di Alor Setar pastu pusing pulak pekan sebab nak cari absober keta cek,naik pening cari sebab mahai sngt,ayah cari yang secondhand jek.Akhirnya dapat jugak,mak dengan cek memang tak mau balik lagi,kami ingat nak tido kat Perlis lagi 1malam tapi ayah pulak tak sihat so naik feri ke Langkawi kul 6ptg tu jugak.

     Sampai di Langkawi,mak terus ajak tok n tokwan keluar makan diluar,memang rutin keluarga cek akan keluar makan tiap2 minggu.Sambil tunggu makanan,kami sembang pasai adik.Dah habis semua kami balik tidur.Penat sangat dengan perjalanan jauh.

     Keesokan pagi dalam kul 9pg,mak cek call bagitau adik dah takde.Innalilah terkejut sangat,cek duk rasa patut la kemarin (semalam) cek dengan mak tak mau balik pulau lagi,rupa-rupanya ada benda yang nak jadi.Maklong,mak pada abg Ejon call cek dan ajak cek ke Kulim semula untuk ziarah cucu dia.Maklong takut nak drive kat seberang,cek terus call bos dan mintak cuti lagi 1hari,alhamdullilah boss bagi cuti.terima kasih sangat bos.

     Cek,maklong,paklong,anak paklong(Najihah) dan pakndak sampai di jeti Langkawi kul 11.30pg,cek duk agak mesti ada feri kul 12.Tengok2 feri kul 1,terpaksa la kami tunggu sejam setengah di jeti.Kebetulan orang luar ramai nak balik haritu sebab cuti Hari Malaysia dah habis so semua kerumun nak balik la,jeti pun memang sesak.

     Cek dah call agen kereta sewa di Kuala Perlis dan mintak viva auto,xlarat nak tekan clash kalau bawak keta manual sebab kat Penang selalu jem time orang ramai balik keje.Kul 3ptg kami kuar dari negeri Perlis dan terus tala(straight) ke highway Alor Setar Utara.Cek memang tekan minyak kaw2 la sebab nak sngat tgk muka arwah untuk kali terakhir.

     Pukul 5,selamat sampai dirumah Abg Ejon tanpa bantuan Abg Ejon lagi,alhamdullilah cek mampu ingat lagi jalan nak ke rumah dia.Tapi kami sedih sangat sebab tak sempat nak jumpa arwah,arwah dikebumikan lepas Zohor sebab takut cuaca gelap kebetulan cuaca disana masa tu sat (sekejap) panas sat hujan.Awai tu depa bagitau nak kebumi lepas Asar so cek agak mesti sempat.Tapi lebih afdal dikebumikan lebih awai.maybe kami xdak jodoh untuk bertemu..apa-apa pun semua dah selamat..al-fatihah buat adik Mohd Akif..

     



  
:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Saturday 8 September 2012

AIR TERJUN TEMURUN LANGKAWI....

Views
Assalammualaikum kawan2,sahabat2,friends,hater,liker,stalker..Dihari sabtu nan hujan plus angin sepoi tampaq2 pipi dan boleh buat orang menggigil,orang lain bes je menikmati cuti dihujung minggu tapi cek bekerja dihari ini..Kedah dan Kelantan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu,so kemarin bg orang bukan sebelah utara depa cakap semalam adalah hari cuti la bagi cek..

     Disebabkan cek cuti,rutin cek tiap2 minggu haruslah tidur dirumah makngah cek,makngah cek ni muda lagi,baru 25tahun,bujang trang tang tang okeh..bergetah siot pehhh mantap..ni leklan(iklan) Nandos ke hapa nih???..Ada kawan dia sorang nih baru ja start ngajar 2hari di pulau ni,nama dia Ainun Wardah,dia segagan(sebaya) je dgn cek tapi cek panggil kak Ainun,cek dh tersebut kak dari mula jumpa sampai hari ni la cek panggil kak kekeke...do i care???

     Kak Ainun teringin sangat2 la,makalau orang pregnant tu lebih kurang macam mengidam la nak p mandi air terjun Temurun.tapi dia tak pregnant ye sebab belum nikah ngeeee..peluang tu sapa2 nak kenai huehue..Pagi Jumaat tu kami bangun masak nasi tengahari(tomyam ayam,terung msak kunyit,ikan sebelah goreng)mee goreng untuk bawak bekal,crutton hat(jenis)stai roti keraih tu tapi disalutkan dengan tepung n telur pastu goreng..

     Habis masak,makan tengahari pastu dalam kul satu jugak la baru kami bertolak ke Temurun.Ambik masa setengah jam jugak la dari Kg Nyior Chabang,kalau dari pantai cenang dalam 45minit,Kuah pun 45minit gak kalau shortcut dari Ayer Hangat.Sampai sana,cek parking keta tempat strategik punya,masing2 bawak la beg dan makanan,punya la semangat nak berendam nih..ops lupa pulak,kami semua 5org,cek,makngah,Kak Ainun,adik makngah n adk cek,Aisyah.

     On the way nak menaiki tangga2 ke air terjun tu ada pelancong mintak tolong makngah ambikkan gambar so takpelah makngah pun ambikkan,dalam masa yang sama,adik dia ada dibelakang dia,kat tangan ada crutton siap skali dgn botoi sos n mayonis..Tiba-tiba kera tarik plastik tu sampai carik(koyak),punya la lapaq kera tu huhu..better sapa2 yang nak p air terjun jangan pegang plastik makanan camtu ke,lebih baik bungkus dan masukkan ke dalam beg..kera dah xmengenal plastik makanan ke plastik baju je,apa yang dia pikir,semua benda dalam plastik haruslah makanan so lebih baik berhati-hati.


ha ni la tangga nk ke air terjun tu..
curam taw,makngah pun penat nak
daki taw hehe

Cantikkan air terjun ni??
kawan2 yang belum datang Langkawi,
cepat2 la datang dan rasai
sendiri saat ketar2 dan sejuk dalam
air ni,serius bes...

ha ni tempat nak mandi manda..pic ni 
ambik dalam google je..air cetek time ni
sebab air terjun kat Langkawi ni pelik
sikit..kalau tak hujan confirm
air sikit,kalau hujan air banyak..
macam tak logikkan sebab selalunya air terjun 
sentiasa ada air..
air terjun kat pulau ni
lain sikit hehehe

 Cek,makngah dan Kak Ainun..
sejuk cool giler..
Sapa2 nak datang pulau contact
la cek ye,cek boleh
arrangekan keta sewa,motel,
pakej island hopping,
mangrove tour dan
lain2 lagi..
Add my bb pin 22BE3E2B...


:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Sunday 2 September 2012

CERPEN -----> Cinta Itu Ketabahan...

Views

Kereta Nissan Skyline berwarna hitam meluncur laju membelah angin malam.Tiba-tiba bunyi seretan tayar yang membingitkan telinga berakhir dihujung pantai.Gadis itu keluar dari kereta itu dan berlari ke arah pantai..Akhirnya dia terduduk diatas pasir pantai yang halus itu."Arrggghhhhhh!!!"Kedengaran jeritan melepaskan sesak dijiwa.Sayup-sayup jeritan itu bertukar menjadi tangisan mengisi kesunyian malam sepertimana sunyinya hati suci milik gadis bernama Nur Syira Alyaa Bt Hashim.


     "Papa..papa..papa.."hanya itu yang mampu keluar dari mulut Syira.


     Puan Maimon memeluk erat satu-satunya anaknya itu.


     "Sabar sayang.Kita kena kuat.Syira tak nak papa Syira susah disana nanti kan?kata salah seorang saudara yang hadir.


     Syira masih tidak dapat terima yang ayahnya telah tiada.Puan Maimon mengusap lembut rambut anaknya.Anaknya itu memang manja dengan suaminya.Tidak pernah sekali gadis manja itu dimarahinya.Sejak dari kecil,apa saja kemahuan Syira cuba dipenuhinya.Malah suaminya pernah menegurnya kerana memarahi anak gadis mereka itu.Syira ditatang bagai minyak yang penuh kerana itulah satu-satunya waris mereka.Syira yang baru menjejakkan kaki ke tingkatan satu itu terlalu muda untuk melalui episod duka dalam hidupnya.

     "Syira..."lembut suara Azrul memanggil.Syira mendongak dan memandang Azrul serta-merta dia meleraikan pelukan mamanya dan memeluk Azrul."Abang...papa Syira dah takde..kenapa papa kena pergi?Syira sayang papa.Syira janji Syira tak akan  mintak macam-macam.Syira akan belajar rajin-rajin sampai berjaya.Syira sanggup buat apa saja,Syira cuma nak papa."ujar Syira dalam tangisan.


     Basah dada Azrul dengan airmata Syira.Azrul membalas pelukan Syira.


     "Sabar ya sayang.Syira kena kuat.Kalau Syira sayangkan papa,Syira tak boleh nangis macam ni.Lebih baik Syira ambik wuduk dan sedekahkan yasin untuk arwah.Doakan papa Syira ditempatkan disamping orang-orang yang beriman.Ok sayang?"Azrul tunduk memandang wajah tidak bermaya Syira sambil dia mengesat air mata yang tidak henti-henti mengalir itu.Dengan lemah Syira mengangguk dan menuju ke bilik air.


     "Terima kasih Azrul."Kata Puan Maimon dalam nada sebak.Azrul hanya mengangguk sambil memandang Syira yang melangkah.


     Sayang...pertama kali dia memanggil gadis itu comel itu dengan begitu.Dia memang sayangkan Syira.Walaupun semua orang mengingatkan yang sayang dia hanyalah seperti sayang seorang abang angkat terhadap adik angkatnya,tetapi tidak didalam hatinya.Dia sayangkan Syira lebih daripada seorang adik.Tapi untuk meluahkan itu semua tidak mungkin akan terjadi pada waktu ini kerana Syira masih terlalu muda dan dirinya juga yang akan mengambil SPM pada hujung tahun ini membatasi kata hatinya.Apa orang kata nanti,cinta monyet tidak akan ke mana,mengenali dan membesar bersama Syira.Azrul merasakan hidupnya bahagia dengan adanya Syira.


     Puan Maimon menepuk bahu Azrul.Tersentak dengan tepukan itu,Azrul memandang wanita yang telah dianggap macam mamanya itu.


     "Kamu tak nak makan ke Azrul?Lauk tahlil tadi ada lagi.Ibu kamu beritahu dengan auntie,dari dia ambil kamu di asrama tadi kamu tak makan apa-apa lagi.Meh la makan."ajak Puan Maimon sambil tersenyum tawar.Jelas terpancar kesedihan dari mata wanita itu.


       "Yela,auntie dengan Syira dah makan?"tanya Azrul."Aunty dah makan,Syira tu haa yang auntie risau.Dah berapa hari dia tak makan.Minum air je."Keluh Puan Maimon.Segera Azrul melangkah ke arah Syira yang termenung di anjung rumah.


     "Syira..meh makan"ajak Azrul.


     "Abang makan la,Syira tak lapar."kata Syira.


     "Ala...tak best la macam tu.Abang bosan la makan sorang-sorang.Teman abang makan boleh?"pujuk Azrul.Syira hanya membisu.


     "Syira,janganlah macamni.Tak baik taw buat mama,abang dan saudara lain risaukan Syira.Kalau papa tengok Syira macam ni mesti dia sedih.Syira kena teruskan hidup.Jadi anak yang berjaya dan solehah supaya papa kat sana tak sedih  bila dia tengok Syira.Memang papa Syira dah tak ada,tapi dia masih hidup disini Syira."kata Azrul sambil meletak tangannya didada.

     "Syira kena tabah,sentiasa doakan papa dan jaga mama Syira untuk papa.Kalau Syira terus bersedih macam ni,mama Syira boleh sakit tau.Syira tak nak mama sakitkan??"Perlahan Azrul cuba menaikkan semula semangat Syira.Pantas Syira menggeleng laju.

     "jadi Syira kena la tabahkan hati.Adik abang ni kuatkan?"Tanya Azrul lembut.Syira mengangguk.Azrul tersenyum dan mengusap kepala Syira.."Janji dengan abang,Syira akan belajar rajin-rajin,dapat kerja bagus dan bahagiakan mama.boleh?"pinta Azrul sambil memegang bahu Syira.

     "Syira janji.Syira tak nak papa sedih.Syira sayang papa,sayang mama,sayang abang,"ujar Syira membulatkan tekad dihati untuk menunaikan janji itu.


     ******************************************************

Syira mengangkat mata dari memandang laporan ditangan apabila terdengar ketukan di pintu."Masuk,"arah Syira.Dia memegang batang hidungnya.Letih sungguh rasanya."Cik Syira,Encik Aiman dah sampai,"kata Suzy yang merupakan setiausahanya.

     "Suruh dia masuk,"kata Syira perlahan sambil menanggalkan cermin matanya.Siapa kata jadi anak bos tak penat.Syarikat yang ditinggalkan arwah papanya itu sekarang dibawah kendaliannya.Terima kasih kepada Encik Harun yang merupakan kawan baik arwah papanya.Syarikat yang dahulunya hanya dibuka kecil-kecilan di bangunan rumah kedai sekarang sudah mampu berdiri gah di ibu kota.Dan hari ini,dia akan berjumpa dengan anak Encik Harun untuk berbincang hal mengambil alih tugas Encik Harun.Encik Harun sudah dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.

     "Assalammualaikum,'ujar Aiman ketika masuk ke bilik yang bertulis NUR SYIRA ALYAA - CEO MEGAH HOLDINGS.Nama itu macam pernah aku dengar tapi dimana ya??Aiman bermonolog sendiri.

     "Waalaikummussalam.Silakan duduk,"kata Syira sambil memandang tetamu yang hadir.Dia mengecilkan matanya.Macam pernah tengok.Pelanduk dua serupa kot.Haih,ko ni Syira kot ye pun kau pernah minat mamat tu takkan la terbayang muka dia kat tetamu kau ni.Entah-entah memang sama tak?

     "Yaya?"tanya Aiman tak percaya.Biar betul ni Yaya,cantik dan bergaya tak macam masa belajar di UKM dulu.Lagi buat aku tak tidur malam ni...

     "Aie..."Lama dah tak sebut nama tu.Bukan tak rindu tapi menyesal.Dahulu Aie pernah meluahkan perasaannya tapi pada masa itu dia belum ada hati kat Aie.bila Aie mula menjauhkan diri masa di tahun akhir,baru dia sedar yang dia sayangkan lelaki itu.Tapi dia terlalu malu untuk berterus-terang dan akhirnya semuanya tergantung macam itu sahaja.

     "Lama tak jumpa.Apa khabar?Makin cantik nampaknya,"kata Aiman sambil memuji."Kau ni ada saja modal nak mengusik,dari dulu tak pernah berubah,'jawab Syira untuk menutup malu apabila dipuji begitu.

     "Aku memang tak berubah,masih sama Syira.Kat dalam ni pun sama."kata Aiman sambil memegang dadanya.Syira gugup Aie meluahkan rahsia hatinya sekali lagi.Aduh!Apa yang patut aku lakukan?Inilah peluang yang aku tunggu tepi perlu ke aku terus memberi jawapanku?Syira keliru.

*******************************************

     Setelah setahun bekerja bersama,akhirnya Aiman dan Syira ditunangkan.Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Syira kepada Azrul.Azrul agak terkejut.Walaupun penantiannya selama ini tidak membuahkan hasil tapi dia tetap berpuas hati kerana Syira bahagia.Bagi dirinya,kegembiraan dan kebahagiaan Syira adalah segala-galanya.

     Azrul yang baru bercadang untuk pulang ke tanah air setelah menamatkan sarjana membatalkan niat tersebut.Walaupun dia mahu Syira bahagia tapi dia tak mampu untuk melihat Syira diijabkabulkan dengan orang lain.Kita hanya merancang,Allah yang menentukan segala-galanya.Dua minggu sebelum perkahwinan Syira dan Aiman,Aiman menelefon Azrul.Azrul agak terperanjat pada mulanya tapi apabila dia merasakan Aiman hanya mahu mengenalinya,dia akhirnya akur.

     "Rul...aku tak berapa kenal kau.Aku hanya kenal kau daripada cerita Syira.Aku merasakan kau adalah orang yang amat penting dalam hidupnya daripada cara dia bercerita.Bukan aku cemburu atau dengki,cuma aku tidak sedap hati jika aku mengahwininya tapi tidak mengenali orang terpenting yang menaikkan semangatnya untuk hidup selama ini.itu yang aku telefon ni,aku harap kau tak salah faham,"kata Aiman.

     "Tak adalah,aku tak bersangka buruk terhadap kau malah aku berterima kasih kepada kau kerana membahagiakan Syira.Apabila dia beritahu yang kau nak masuk meminang dahulu,ceria sungguh suaranya.Aku tumpang gembira,"ujar Azrul ikhlas.

     "Terima kasih Rul.Dia memang gembira sangat.ini pun dia bising sebab aku tak edar kad jemputan untuk pihak lelaki lagi.Untk pihak perempuan,minggu lepas lagi sudah pos,teruja sungguh dia,"kata Aiman sambil ketawa kecil.

     "Syira memang macam tu,membebel je dia tau.Aku harap kau dapat jaga dia dengan baik,"pesan Azrul.

     "Rul...aku tak taulah kenapa tapi aku nak cakap dengan kau ni,kalau apa-apa jadi kat aku,kau tolong jaga Syira.Aku tau kalau aku tak cakap pun kau akan tetap buat benda yang sama.Tapi aku rasa kau adalah orang yang terbaik dan paling sesuai untuk dia sebenarnya.Maaflah,aku pun tak tahu apa yang aku merapu malam ni,"luah Aiman penuh perasaan.Azrul tertnya-tanya dengan kata-kata Aiman.

*******************************************

     Azrul bergegas pulang ke Malaysia selepas mendapat panggilan telefon daripada Syira.Setibanya dirumah Syira,dia segera mencari wajah pengarang jantungnya itu.Matanya singgah di muka yang sembap itu.lebih merisaukan Azrul apabila ibunya memberitahu yang Syira memecut keluar dengan keretanya selepas mendapat berita sedih itu.

     Syira yang melihat Azrul,segera berlari ke arahnya.Dia menangis tersedu-sedu di dada Azrul.Azrul memeluk Syira erat sambil mengusap rambutnya.

     "Sabar sayang,setiap yang hidup itu pasti akan pergi.kita yang hidup ini kena teruskan hidup ya sayang.Jangan putus asa.Abang tau sayang abang ni kuat,"Azrul terus meluahkan kata-kata semangat.

     "Tapi...kami baru saja bersama kenapa dia kena pergi?Kenapa semua orang yang Syira sayang pergi tinggalkan Syira?"tanya Syira dalam esaknya.

     "Syira tak boleh cakap macam tu sayang.Kita hanya mampu merancang tapi yang menentukan adalah DIA.Kita hanya berdoa.Sayang masih ingat kan apa yang abang pernah cakap masa arwah papa pergi dulu,"Azrul cuba memujuk lagi.

     "Ingat...kalau orang yang pergi itu nampak kita bersedih,nanti dia pun sedih sama,"perlahan suara Syira.

     Azrul merangkul erat tubuh gadis yang sangat dicintainya itu.Adakah ini yang dinamakan jodoh?Permintaan mama Syira dan saranan daripada ibunya sendiri terngiang-ngiang ditelinganya.

     "Rul,makcik tahu Rul dan keluarga Rul sudah banyak bantu makcik dan Syira.Tapi makcik tak tahu nak minta tolong kat siapa lagi.Hanya Rul harapan makcik,tolong kahwin dengan Syira.Kad jemputan pihak perempuan sudah diedarkan semuanya.Tempoh satu minggu terlalu singkat untuk makcik beritahu semua jemputan majlis dibatalkan,"pinta Puan Maimon.

     "Tolonglah Rul,ibu tahu sebenarnya dari dulu lagi kamu ada hati pada Syira.Bantulah makcik Maimon tu.Ibu dah lama harapkan yang Syira menjadi menantu ibu,"ibunya memberi restu.

     Permintaan Puan maimon dan ibunya itu ibarat bulan jatuh ke riba.Memang itu kehendaknya selama ini.Tapi mahukah Syira menerima cintanya?Persoalan itu terus bermain di fikiran Azrul.

************************************

     "Aiman...kan mama cakap jangan lari.Nanti jatuh,"kata Syira memberi nasihat.Tapi anak kecil itu masih terus berlari mengejar anak kucing yang leka bermain di taman itu.Dia hanya mampu menggeleng melihat kedegilan anaknya.

     "Biarlah dia sayang,dia kan budak-budak lagi,"satu suara menegur dari belakang sambil merangkul pinggang Syira.Dia tersenyum sambil memandang anak kecilnya yang lincah itu.

     "Abang ni suka manjakan budak tu.Penat tau Syira nak layan kerenah dia.Kerenah papa dia lagi,manja mengalahkan anak,"dalam bebelan Syira sempat mengusik suami tercintanya itu.lelaki itu ketawa sambil mengeratkan lagi pautan dipinggang Syira.

     Mereka sama-sama memandang ke arah Aiman.Masing-masing tersenyum dengan telatah Aiman.Azrul bersyukur kerana diberi kebahagiaan ini.Walaupun pada awal perkahwinan Syira agak susah untuk menerima dirinya tetapi berkat kesabaran dan doa keluarga kini mereka bahagia.Syira sekarang sudah menerimanya,bukan itu sahaja.

Berkat ketabahan kami bersama mengharungi alam rumah tangga,kami dikurniakan Aiman yang kini hampir berusia tiga tahun.Semoga kebahagiaan menjadi milik kami selamanya.Amin...Azrul bersyukur kesabarannya selama ini memberi hasil yang berbaloi.Pengorbanannya demi cinta suci dibalas dengan perkahwinan yang amat membahagiakan.Kini hidupnya lengkap dengan permaisuri idaman dan buah cinta mereka,Aiman.Dalam kegembiraan itu,Azrul tersenyum manis mengenangkan arwah Aiman.Dia tidak pernah lupa mendoakan lelaki berhati mulia itu.Al-fatihah untuk arwah Aiman Bin Harun.

     


:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Thursday 30 August 2012

SAJA BUAT SYIOKKKK

Views

Assalammualaikum...
cek xtaw la ni handbag ka poket doraemon,
segala bagai ada...almaklum la perempuan kan huehue
yang hampa nampak pack warna hijau tu,
tu sebenarnya pantyliner herba taw..
sangat la bagus,100% dari kapas.
Kebanyakan pad dan pantyliner yang juai
kat supermarket,watson,guardian,kedai
runcit,kedai mak jemah dan merata tu
diperbuat daripada kertas terbuang taw..
Kita xtahu kertas yang telah dikitar semula tu
elok atau sebaliknya,dan bukan tu saja,
kita punya vagina pun akan bertukar bau tahu
sebab kegunaan pad yang cmtu malah
akan terjadinya kanser serviks atau
fibroid,sangat bahaya tu..sebelum terjadinya
benda yang xelok haruslah kita cegah dahulu..
Pantyliner ni jugak bukan saja untuk kegunaan itu, 
ia jugak dapat merawat demam dan sakit lutut..
Cek baru duk pikir nk juai ke x pantyliner ni..
tengah fikir2 lagi hehehe

:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Sunday 26 August 2012

SALAM AIDILFITRI...

Views
Assalammualaikum warga blog,stalker,penghendap terang-terangan dan sembunyi-sembunyian..Syukur alhamdullilah dah selamat berpuasa selama sebulan begitu jugak blog cek ni..dia pun posa jugak kes tu la dia sebulan menghilang ekeke..dia campuq dengan posa enam,hari ni baru dia nk nk keluar beraya hehe..pejam celik pejam celik dah raya ke lapan huhu...

Selamat hari raya maaf zahir dan batin cek ucapkan kepada semua kawan yang mengenali atau tak mengenali...mana taw kot cek terkasar bahasa,terkeluar cakap yang xelok,terkata lebih2,termengata,ter apa lagi ye...terjalan sama2...boleh cmtu keke...kadang-kala orang xkenai pun kita ni cmner,kadang juz kenai diri kita dalam blog ni je...tapi kadang-kala orang yang kenai jauh dari kita tu lebih memahami kita dari org yang dekat dan sentiasa dengan kita...tapi apa2 pun orang yang dekat dengan kita,jangan pulak kita abaikan..malas dh nak beletiaq,jom layan pic raya huehue...


langsung xmakan apa2 pagi raya tu sebab taw 
dah maklong cek buat nasi tomato..
kuar umah trus drive p  melantak nasi
tomato kat umh dia..
bedai 3pinggan huahua


cek bersama dgn sepupu,Nur Atirah...
Dia baru je berpurdah..syukur alhamdullilah..
cek ntah la bila lagi huhu

cek dengan adik kecik sekali (Aisyah) tapi 
xberapa nak kecik la hehe..
Jangan tanya pasai pa muka cek tembam
wahahaha

ni je pic yang full dr atas smpai bawah..
baju kurung simple gila juz buat 
tangan cekak je,tu pun rasa macam alahai alimnya..
biar pakai baju yang kolot dan ketinggalan zaman,
jangan pakai baju yang akhir zaman..setuju??

ni pic cek dengan sepupu sepapat
dan toksu suami isteri..mak ayah kami xde pun
sebab kami sepupu ni p umah toksu
awai dari mak ayah masing2..
Toksu cek ni tok imam Masjid Aisyah,
slh satu masjid kat pulau ni..

time ni cek dgn makngah n spupu kat
umah sepupu sebelah ayah..
kira adik ayah la iaitu teh wa
kat Kg Kumpulan dekat je
dengan Gunung Raya..

mai umah tehwa cek pekena nasi ayam..
sepupu2 pakat gelak ja kat cek
sebab makan kuat huhu..
xpa abaikan depa janji
boleh makan hehehe


Raya ke2 dikejutkan sms dari bff
Mashitah yg sebelah kanan skali tu
cakap nak jumpa kat umah Fiza..
Ceqamuk cek bangun tido,mandy pastu trus p
beli air botol n trus tala p umah fiza..
berpeluh gak la tera nak sampai..
dia dah nak blk johor ptg tu jugak dgn suami,
selamat dan jugak la jumpa..

ha nindia anak Mashitah..
actually dia dah kawen,cek dengan 
Fiza je belum kawen huhu..
sapa2 ada abang ka adik ka
huluq2 la bagi kenai..
kehkehkeh

cek dengan Fiza kuar beraya di
The Loaf cwngan Harbour Park..
dulu Fiza keje sini,la ni dia
kena jaga cwngan baru kat
Cenang mall...

First time beraya cek pakai jubah..
tu pun sbb org sponsor..
sapa sponsor??biarlah rahsia hehe

ni kat umah Hashimah,tudung merah tu..
umah dia wat open house,bihun sup
n laksa..xblh nk tibai kaw2 dah sebab
sebelum tu dah makan mee goreng huhu..
Hashimah ni kawan sekolah rendah dulu,sampai
sekarang kami masih contact dan
seminggu sebelum raya kami ramai2 kawan
sekolah rendah buat majlis iftar + reunion..
alhamdullilah dpat jugak berjumpa
walaupun xsemua yg hadir..

Kiri sekali tu Zalishah,salah sorang bff gak..
Dia pun dh kawen,anak dia ada dengan Fiza
aka ummi chik..cek depa gelar ibu chik..
ok la tu kan hehe

ni beg raya..murah je pun haha
biar murah asal bergaya..
boleh tak trademark cmtu keke..
pat puluh hengget je pun..

ni wedges dari Vincci..
bukan vincci sponsor yerk tapi
cek sedekah duit kat depa,
depa bagi la kasut kat cek hoho

flat ni lagi murah..
cek rembat kat uptown ja haha
disebabkan cun mmg cek rembat la..
20 hengget ja..
perasan x semua leopard..
dah nak terasa pengumpul
leopard yang berjaya hehe...okbai





:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Copyright@Semua yang tercatat adalah hak milik Hanania Eedaya