Monday 29 October 2012

Siakap senohong gelama ikan duri...

Views
Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

Kawan-kawan penah dengarkn peribahasa tu,siakap
senohong gelama ikan duri,bercakap
bohong lama-lama mencuri...
Perumpamaan ini memang benar sekali
akan terjadi apabila seseorang itu
bergiat aktif dalam perbohongan,
lama kelamaan dia akan terjebak dalam
aktiviti mencuri pula..
maybe bukan mencuri dalam bentuk wang ringgit
tapi perspektif mencuri boleh dilihat
dalam pelbagai bentuk seperti
mencuri waktu yang sedia ada untuk perkara
yang tidak memanfaat,mencuri kesempatan diatas
kesenangan orang lain,mencuri kepercayaan
orang lain atas dirinya dan sebagainya..

Keluasan menipu ni kita boleh lihat dari
pelbagai site,adakah dia menipu
untuk kepentingan dirinya sendiri??
adakah dia menipu kerana terpaksa
untuk menjaga hati??adakah dia menipu
kerana merasa menipu itu lebih baik
dari bercakap jujur??

Sesetengah orang menipu kerana orang
yang terdekat dengannya tidak boleh menerima
perkara yang jujur,contohnya sang Bf beritahu
kepada sang Gf nk pergi tengok wayang
sedangkan dia pergi karaoke..
sebab sang Bf tahu yang sang Gf
xdapat menerima sang Bf pergi karaoke
so dia terpaksa la menipu untuk menjaga 
hati dan perasaan sang gf..
Tapi better bersikap jujur la
sebab sejauh mana dia tidak menerima
hakikat itu tapi lambat laun dia akan
menerima jugak kejujuran itu
dari dapat tahu kebenaran di kemudian hari..

Sebahagian menipu untuk menjaga hati dan 
perasaan orang lain..
sebagai contohnya,seorang perempuan
terpaksa menipu kawan lelaki yang
meminatinya dan pergi berjumpa sang Bf..
Andai dia bersikap jujur dgn kawan
lelakinya maybe kawan lelakinya
akan sakit hati so dia terpaksa menjaga 
ati orang yang terdekat dengannya..
Bersikap jujur tu memang sangat penting,
walaupun sakit untuk diterima tapi
lebih baik sakit kerana kejujuran
dari sakit dengan pembohongan...

Andai sikap kita terjebak dalam
segala macam pembohongan,
cubalah untuk berubah untuk bersikap
jujur dengan orang sekeliling kita..
takde rugi kat mana-mana pun
if kita bersikap jujur..
maybe mula2 orang akan sakit ati bila
kita bersikap jujur tapi
lama-kelamaan depa akn pikir
kejujuran itu adalah realistik,
kot mana pun orang akan terima..

Mukadimah untuk diri sendiri dan kawan-kawan jugak..  



:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

0 000 korek rahsia:

Copyright@Semua yang tercatat adalah hak milik Hanania Eedaya