Wednesday 29 February 2012

JOM EXERCISE LIDAH...

Views
Assalammualaikum...


Kot dalam kampung aku ada soghang ni,kami dok pangge dia Awang kalut.keh yang ogang kampung gelaq dia lagu tu dia manjang kelam kabut,nak p pekena ayaq kat kedai kopi sampai pakai baju beghalih pon dia tak peghasan dah.


haqi senanyan minggu lepaih,pagi2 buta lagi dia teqebit pada qhumah stat mutu Honda 5 kupang dia hat jeneh lama pesyen boh gea 1 kot belakang tu nak p meqacun kat bendang dia,nuu kat2 lohoq baqu dia balik.


Bendang dia loih gak la 20 qelong ada kot,dok qalit2 meqacun panggung kepala naik ke langit tengok2 matahaqi tepacak dah ataih kepala.kawan pun kalot la stat mutu pedeghaih menyembung kot dalam kampung nak balik sebab lapaq nasik,dah la cucoq keria yang hat bini dia buat pagi tadi pun tak dan nak menyoghok.


Dia punya la deghaih nek mutu tang kona pun tak mau cheng gea dah.sama2 dia kona ka tudia ulaq sawa punya la besaq nganga mulut loih nak mampuih dok tunggu nak telan dia.dah kawan pun deghaih pakai tak dan nak tekan brek dah,dia masuk dalam peghut ulaq tu dengan mutu2 skali.


Tiha haqi dah ogang kampung duk caqi dia,lepaih tu ada la ogang kampung jumpak ulaq sawa hat telan Awang kalut tu,dia pun heqan la awat yang peghut ulaq sawa tu besaq sangat,nak kata telan kambing tak kan la sampai besaq tu.


Dia pun pangge la ogang kampung pakat2 p belah peghut ulaq tu,depa punya la tekejut tengok2 Awang kalut dengan mata duk kelipoq2 baguih punya duk ataih mutu,yang syok tu mutu pun dok hidup tak mampuih lagi.Awang kalut ni tak loghat kat sapa dah,dia gelut tekan gea 1 menyerit pedeghaih balik qumah makan nasi,tiga haqi dah dok dalam peghut ulaq tak makan nasi.


cheqita ni gheka2 nak seqonok2 saja no,xdak sangkut dengan sapa2 pun.Hat nama Awang tu jangan duk p beghasa pulak.kalau betoi pun,kebetulan la kot.tapi takkan la ada ulaq boleh telan mutu.


:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Thursday 23 February 2012

BERPELUH NAIK BENDA TERPANJANG KAT ASIA...

Views
Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh..cepat jawab oiii..jgn taw laju nak baca yang lain..jawab dulu baru boleh sambung baca..okeh Jumaat yang lepaih 17hb Feb,boyafren cek mai Langkawi,cek pun terkejut xgtaw pun tiba2 ja muncul kat jeti..bukan pa satg kot kantoi dengan skandal yang lain kah3..cek lawak ja no..kalau betoi pun makalau hawatnya..muahehehe


Dia sampai dah tengahari so nak bawak la p makan nasi campur yang ikan bakar sedap kat Padang Matsirat tu.lalu kot kedai tu tengok2 tutup la pulak.heran la pasai pa plak tutup..alahai Jumaat la sayang oii..Langkawi memang kedai kebanyakan tutup hari Jumaat..xpelah terus la p makan kat kedai Laksa Kaw depan sekolah rendah Pdg Matsirat,serius char kueh teow dia sedap.yang bes tu dia dh order semua,tiba2 call masuk kat henfon cek.tengok2 guest nak return motor sewa,drift pulak ke Pantai Cenang.yang perut ni toksah duk kata la,siap menyanyi mayang diulek campur gamelan macam kat Makam Mahsuri tu.xpa utamakan kerja dulu walaupun hari cuti..baguih dak cek??tolong lempang sorang sedaih..duk buat prasan apa tak taw..


dah setel ambik motor dari guest,drift balik p makan kat kedai tadi,janji perut diisi kn.tengah makan,duk plan la nak p mana pulak lepas makan,tetiba cek teringat kawan cek nama Fiza,Fiza dengan boyafren cek ni cuma kenai dalam FB ja,blm jumpa face to face.kami drift pulak ke tempat keje Fiza kat Harbour Park..


                 The Loaf Bakery & Bistro Langkawi




Fiza serve bread untuk kami berdua tapi tu pun xberdaya nak makan kasi habis sebab dah makan awai tu.ayaq dalam botol tu bukan ayaq mabuk ok,tu ayaq ginger beer dengan creamy soda non-alcohol.takkan la Tun Mahathir nak juai ayaq mabuk kat bakery dia..ye tak??creamy soda tu serius marvellous..tak percaya tanya cek ekeke...


pastu cek ajak boyafren berendam kat air terjun Telaga Tujuh.disebabkan cuaca memang panas tahap boleh bakar BBQ.Kami pun bertungkus lumus mendaki anak-anak tangga ke air terjun tu,dengan penuh semangat tanpa mempedulikan betis yang sakit gara2 lama xbersenam.Sampai ja kat air terjun,air terjun tu turun meleleh2 je.Angin je 1badan si boyafren..padan muka haha...jahat x cek??bagi dia exercise skit.usha punya usha selamat ada gak takungan air kat kawasan bawak,boleh gak berendam kat situ.Fuh lega.sory xdak pic la,xambik pun disebabkn air yang kureng.


dah setel mandi semua,kami bergerak ambik Fiza kat umah lepas dia habis keje sebab dah janji nak ajak dia p naik Cable Car.Sampai kat umh Fiza,sembang n bergelak sakan dengan family dia,kes tu cek suka p umh dia,family dia ramah tahap tamah(cmner tu cer ampa bayangkn ekeke)..


cek dengar tiket cable car naik rm30 dari rm15 untuk bulan Februari ni.p tengok selamat still lagi rm15 tapi dengan syarat tunjukkan Mykad ampa.kalau ampa negro ka siam ka minah saleh ka arab celup ka tanpa Mykad Malaysia konpom rm30..tapi time cmni la bes,yang mana blagak minah saleh tu,nk taw Malaysia ka dak ampa tunggu tengok kat kaunter,tengok dia bawak kuar mykad ka dak..dah terkantoi disituh..tu pun kalau ampa rajin nak tunggu la..makalau sapa2 xdak keje sangat tuh,boleh la wat keje cenggitu..jom layan pic yang ada..




  ni gondola atau dikenali cable car,kot2 la sapa2 xpenah tengok.




org sebelah cek tu berpeluh xsangga nek benda ni,dia jenis xpercaya benda ni,kononnya takut jatuh.padahal dah banyak tahun benda ni,xpenah dengar jatuh pun.haishhhh




              stesen atas puncak ginung Matchincang




                 konon2 romantik lettew..puihhhh




                            my bestie!!!




                           *xde motif


                    oihhhh teropong apa tu???


                         at sky bridge..


love la sangatttt,makalau baik jgn duk cakap apa,makalau berkelai tak laku sekupang..


                         girlfren cek...


okeh nak balik keje dah..mak ajak kuar makan mlmni...tadaaaa...wasalam...ngeeee


:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Monday 20 February 2012

M besaq...toing toing!!!

Views
Assalammualaikum para blogger,FBians,stalker dan para-para rumah hahaha...hampa taw ka para atau paqa tu apa??xtaw kna selak kamus bahasa utara muahaha...

okey nak start cheqita dah ni..9bulan yang lepas,rasanya bulan 4 tahun 2011,time tu cek duk belajaq kat kolej lagi la..pensyarah nak semua student cari 5tempat untuk jalani praktikal,cek dah dpat 5tempat tu..kawan-kawan yang len pun dapat tapi ada tempat yang nak kena interview sebelum masuk praktikal.


4orang kawan ni,nama depa Shahir,Sofian,Liyana dengan Faezah.Depa ni ambik tempat praktikal yang sama kat Port Dickson,sebelum masuk praktikal kena interview dulu..disebabkan depa berempat ni tak boleh drive,depa ajak la cek dengan kak Ina untuk jadi drebar.


cek tolong urus keta sewa kat depa,kami ambik keta Alza..so muat-muat jelah untuk kami 6orang.perjalanan kami bermula dari Perlis pukul 5petang.cek drive dari perlis sampai masuk ke highway Alor Setar.


Time nak masuk highway mula-mula tu dah salah highway,masuk kat highway yang pusing balik kuar ke pekan Alor Setar pulak.Salah taktik pulak,terpaksa la bayar tol pastu U-turn plak.Kami naik highway pastu terus ke Sungai petani sebab Sofian dengan Shahir tunggu kat sana.So kami pickup depa kat sana.


dah setel semua penuh kereta,perjalanan pun bermula la.Kak Ina drive dari tol Alor Setar sampai la ke Tol Duta.macam-macam la yang disembangkan time dalam perjalanan tu.yang duk belakang macam biasa la banyak tido je.cek dengan Kak ina sembang je kat depan.cek memang tak tido la takut jadi pape nanti.


sampai je Tol Duta,cek terus ambik alih jadi drebar,nak pick up boyafren cek kat pantai Dalam sebab kami semua dalam keta tu bukan taw jalan nak p Port Dickson hahaha..setakat nek highway Alor Setar terus ke KL boleh la ekeke..


kami sampai KL dalam kul 2pagi,menyelit ja masuk kota metropolitan tu.haram xtaw jalan pun,main qodok ja..boyafren cakap suh kami cari Midvalley sebab Pantai Dalam dekat je dengan situ.So cek pesan la dengan budak2 dalam keta ni,tengok kanan n kiri jalan kot2 jumpa Midvalley.


Lalu la satu jalan ni,tiba2 dengan sora tu cakap 'Kak ... tu Midvalley kat belakang..cek U-turn smpai 2kali tapi tak nampak pun batang hidung Midvalley,slamat xdak banyak kete time pagi buta tu,kalau tidak kena hon menyerit la..


cek cakap kat depa xdak pun,tak nampak pun..'tu yang M besaq tu'..p dekat-dekat tengok-tengok M besaq lambang Mcd hahaha...gelak pecah perut bergegaq satu keta hahaha..


kami punya gelak dari M besaq sampai la ke Pantai Dalam..tobat takkan lupa sampai bila-bila kenangan ni..bila cek jumpa ja simbol M mcd tu mesti cek teringat punya..serius tak boleh lupa..hope ni kenangan terindah time belajar hehe..


pic kami semua time kat Gunung Jerai,dh setel interview mkn angin la pulok...ngeeee  







:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Saturday 11 February 2012

AUTO atau MANUAL???

Views
Assalammualaikum semua..maaf dah banyak hari tak update blog ni sebab kekangan masa dengan kerja..semua sihat ke??sekarang cuaca panas dan ramai yang jatuh sakit,hope semua baik2 je.ramai perempuan atau wanita lebih suka memandu kereta automatik dari manualkan??sesetangah tu sampai dh lupa nk memandu guna manual sebab dah terbiasa dengan kereta auto.


dulu aku pun camtu gak,lepas je dapat lesen kereta.asyik drive keta auto je sebab time tu bedal keta mak je.kebetulan mak taw drive keta auto je,so naik jelahkan.aku tengok kawan aku drive manual,aku rasa wah hebatnya sebab aku dh lupa cmner nak drive manual,waaaa daifnya aku..aku taw semua gear manual tapi tak yakin takut kang salah tekan clutch trus mampos enjin tengah jalan..tak ke malu haishhhhh


start je blaja kat kolej,weekend je mesti nk keluar so apa lagi,keje aku sewa keta la..selalu sewa dengan kak angkat aku la..aku blh drive keta manual pun start bawak keta dia la dari alor setar smpai perlis,tu pun sebab terpaksa..aku nk exam dlm masa 2jam..drive alor setar ke perlis ambk masa 1jam.nak tak nak kena drive jugak sebab final exam kot.serius ketar lutut takut enjin mampos.tapi syukur sampai jugak aku ke perlis.berpeluh jugak la tera nk sampai ekekeke


bila aku dh rasa boleh drive manual,aku praktik slow-slow la xmau bg lupa dah..setahun lpas tu ayah aku tukar keta vitara,kebetulan keta tu manual..fuh lega boleh la aku drive kn..




perempuan sepatutnya boleh drive keta auto dengan manual,sebab takut nanti ada pape kecemasan,boleh jugak kita handle.contohnya pakcik kita sakit dan perlu dibawa ke hospital dengan segera,dia cuma ada keta manual je.xde la kelam kabut andai kita boleh drive,xde nk nyusahkan orang lain.


Aku ada dengar kerajaan nak bukak lesen kereta untuk keta auto sahaja.kawan-kawan perempuan yang nak ambk lesen keta,baik pikir banyak kali.kalau ampa ambk lesen kereta auto,ampa tak boleh drive kereta manual.andai ampa ambk lesen kereta manual,ampa boleh drive kereta auto..yang mana lagi untung???renung2kan dan slamat beramal toing3!!!






:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Saturday 4 February 2012

ASSALAMMUALAIKUM..KUM..KUM..

Views
Hye semua blogger,FBians dan rakan-rakan sekalian..sihatkah kalian??Kemarin cek bagitau la boyafren cek yg cek nk p tgk wayang sorang-sorang..mati-mati dia xbg cek p...hampas nyioq btoi..dia xtaw ka yang cek ni gian xsangga nak tengok wayang..cek frust menonggeng tambah bebai trus tidoq lpas cuci keta dengan motor..bengang tahap gaban taw...


cek mesej la kawan cek,Fujee nama dia..tnya dia ada plan pape tak sebab nak ajak dia p tengok wayang sebab kawan-kawan yang lain semua kerja..2jam lebih dia xbalas,cek agak memang peluang tipis la nak tengok wayang..tup tup kul 2lebih dia balas,fuh lega cek..dia call cineplex tanya tayangan Sumpahan Kum Kum start kul bape..tengok2 kul 7.45,gila bapak tengok cite hantu time maghrib..mau xmau p jugak la dh gian kan hahaha...




Tengah tunggu nak masuk panggung tu,cek kata kat kawan cek,satg kita jerit puas-puas bagi hilang tension..masuk2 je,hek eleh xramai pun..macam mana la nak ramai,filem ni tayang 26 Januari,3 Februari baru aku p tengok..padan la hahaha...


mula-mula penuh semangat la tengok cite ni..mai tang hantu muncul kawan aku siap tutup mata pastu tanya aku tak sat nampak apa hahaha...nak tengok,nak tengok tapi takut...tapi yang xboleh blah bila hantu tu tiba-tiba muncul depan mata..comfirm menjerit cek oiii...aku duk agak dalam panggung tu dengar sora cek dgn kawan cek jelah hahaha...


cite ni mengisahkan Adi seorang anak Mak Som yang memang sangat menyayangi mak dia dan telah kehilangan adik kesayangan dia..tapi mak dia langsung tak mau jumpa ank Adi ni.Bila cek tengok je muka Mak Som ni trus kepala otak aku pikir,mesti orang tua ni membela sebab muka dia habis jadi hitam-hitam..


part-part hantu muncul tu memang seram gila la..yang cek paling hangat hati sekali bila hantu tu pegang tangan Adi time dia pegang henfon..cuak gila la time tu sebab cek duk pikir dah la satg aku nak balik sorang-sorang lepas antar kawan aku...adoyaiiii...


Kak Milah duk mai berkawan pulak dengan anak si Adi ni yang tak boleh blah,siap tolong ayunkan endoi lagi.cek pun heran awat la Milah tu nak kacau depa ni...tengok2 kak milah tu rupa2nya...tetttttt sila tengok sendiri cite ini haha...bengang dak bengang dak???bwekkkkk


jenis cek takut tu memang takut bila hantu-hantu tu muncul tapi last kat ending bila dah cek tahu nape hantu tu muncul..cek dah ok la...cek kalau nak tengok wayang selalu suka tengok cite hantu atau aksi...bab cite cinta-cinta melayu kureng skit sebab cek pikir cite ni berbaloi ke x cek nak tengok...kalau macam cite ombak rindu tu confirm-confirm la xrugi tengok...


sapa-sapa belum tengok cite sumpahan kum kum ni cepat-cepat la p tgk wayang xpun beli je cd lg senang..tapi perlu la semangat yang kuat kalau hat jenis takut hantu...bukan apa kot-kot demam malam ekekeke...sedaq tak sedaq kencing plak ataih katil...ha puas la hahaha...





:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Wednesday 1 February 2012

TERKEJUT BERUK!!!

Views
Assalammualaikum kawan2 semua...Semalam(org Kedah kalau semalam tu malam tadi la bkn kemarin),faham dak??ala cpat2 la ampa faham ye...xpa nnt cek ajaq ampa skit2 cakap loghat kedah na na...okeh sambung blik,semalam cek tngok facebook blog cek ada org like tapi org tu cek xkenai pun..heran bin pelik bin muka kerut2..cek lari laju2 bukak la blog pastu tengok ada org komen kat 1entry ni..dia cakap tahniah Abg Ben pilih blog cek...apa kena mengena pulak blog cek dgn Abg Ben ni...


cek pun bukak la blog Abg Ben Shaari,tengok2 Abg Ben pilih 5blog untuk bulan Januari 2012..tobat eh cek rasa macam tak percaya sabit cek baru ja lagi dalam dunia blog ni,kalau baby tu bru nk blaja meniarap la..serius terkejut beruk..






2hari sebelum tu kawan cek ada mai kat tempat keje cek,mai melawat la sebab dia cuti sem dari UM..sembang pnya sembang,pastu cek tnya dia 'eh kenai dak Yuyu Zulaikha blog femes tu,dia budak Langkawi la'..pastu kawan cek smbung 'yelah dia tu kwn skolah aku time skolah rendah dulu,hrtu aku ada sembng2 dgn dia kat fanpage blog dia'...lor dia kenai rupanya...pastu cek tnya dia cmner dia blh femes cmtu..awat aku xkenai pun dia hehe...(eleh bajet smua org kenai cek ekeke)..kwn cek ckp dia ada mesej pape kot kat Abg Ben Shaari tu...cek blas oo yeke...xkn la cek nk mesej Abg ben pulak,agak2 la dh la blog cek jakun nk mampos..header pun ntah pape..nuffnang pun blm daftar...


Sebelum ni header kartun bodoh je,header ats tu cek try wat ntah pape sebab cek serius langsung xkreatif..lantak la,cek pedal je letak kn..pastu siang kemarin cek usaha daftar nuffnang,toturial semua cek ikut dari blog Lissa Faizureen..trima ksh Lisa..suka toturial dia sebab mudah dan senang cara dia..


Dah setel semua daftar n letak kat blog..trus la online facebook tengok kawan2 update status..tengok Santai Ben Shaari trus cek bukak n baca2 entry yang ada..dh hbs baca cek terus la tekan punat follow...pastu cek trus la blah ke facebook blk..


tetiba tup tup Abg Ben pilih blog cek,tu yang terkejut beruk gila..serius blog cek ni langsung xdak pape yang istimewa,banyak cite pasal personal pastu skit2 bab Langkawi,ntah2 orang yang baca pun melugai huhu...


cek sekarang keje dengan travel agent tu pasai skit2 nk cite pasai Langkawi,maaf banyak2 ye hehe...Terima kasih bnyak Abg Ben sebab sudi menjenguk ke blog cek yang xseberapa ni..insyaAllah cek akan menulis dengan lebih baik lagi..apa2 silalah bagi tnjuk ajar ye..


Ampa boleh baca kat sini pasal blog aku dalam entry Ben Ashaari..tq so much..



:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

LANGKAWI DAHULUKALA...

Views
Assalammualaikum semua...sihat ke hrni???dh makan ke belum???cuaca di Langkawi sangat la panas sekarang ni sampai berpeluh-peluh mat saleh pastu mai komplen kat aku...depa ingat aku ni doraemon kot seluk poket bawak kuar mesin tukar cuaca...haishhhh...makalau lagu tu jadi senang,aku tak payah susah payah keje kn,seluk poket kuar duit ekekeke


okehhh stop berbalik kepada tajuk entry..sebelum terlahirnya nama Langkawi Bandaraya Pelancongan atau Langkawi Permata Kedah..semestinya Langkawi dahulu sangat berlainan suasana daripada sekarang ni.so cek kat sini nak bagi ampa semua dapat tengok semua gambaq yang lama2 bagi mengimbau memori yang lalu malah mengetahui serba sedikit sejarah yang ada..boleh tambah pengetahuan tu beb..jom layan zassssss 


                       Jeti Kuah era 60-an




                    Perasmian jeti Kuah 1963




            Perbezaan amat ketara dalam masa 40tahun..




Majlis perasmian pembinaan replika helang di Dataran Helang Langkawi..




                         Pekan Kuah 1957





                       Airport Langkawi 1970




Airport Langkawi ketika menjadi tuan rumah untuk perkhemahan RAAF (1970)




      Beras Terbakar,antara slah satu tmpat tarikan pelancong.




                          Makam Mahsuri..




                       Telaga Ayer Hangat..




                      Pulau Dayang Bunting..




                       Puncak Gunung Raya..




Summer Palace Raja Mongkut-lokasi pengambaran filem 'Anna & The King'di Pantai Kok.Filem ini dilakonkan oleh aktor Hong Kong,Chow Yun Fatt sebagai hero,manakala heroinnya Jodie Foster.(April 2000)




Beronok,sejenis haiwan laut yang dimakan secara mentah,selalunya dibuat kerabu beronok.Haiwan ini hanya dapat ditemui di Langkawi.sapa2 nk try kena la mai sini hehe..sekali tengok macam geli kan??tp bila makan mesti rasa nak lagi..


okeh dah kelia ka???kalau rasa xbrapa nak kelia lagi boleh layan sejarah Langkawi kat sini..ampa dah dapat skit pengetahuan kan kan???berterima kasih la skit kat cek hehe...lain entry cek cite pakej aktiviti yang menarik kat Langkawi ye..byezzzzz...bye tu macam gaya nk tidoq ja ekeke





:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Copyright@Semua yang tercatat adalah hak milik Hanania Eedaya