Monday 29 October 2012

Siakap senohong gelama ikan duri...

Views
Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

Kawan-kawan penah dengarkn peribahasa tu,siakap
senohong gelama ikan duri,bercakap
bohong lama-lama mencuri...
Perumpamaan ini memang benar sekali
akan terjadi apabila seseorang itu
bergiat aktif dalam perbohongan,
lama kelamaan dia akan terjebak dalam
aktiviti mencuri pula..
maybe bukan mencuri dalam bentuk wang ringgit
tapi perspektif mencuri boleh dilihat
dalam pelbagai bentuk seperti
mencuri waktu yang sedia ada untuk perkara
yang tidak memanfaat,mencuri kesempatan diatas
kesenangan orang lain,mencuri kepercayaan
orang lain atas dirinya dan sebagainya..

Keluasan menipu ni kita boleh lihat dari
pelbagai site,adakah dia menipu
untuk kepentingan dirinya sendiri??
adakah dia menipu kerana terpaksa
untuk menjaga hati??adakah dia menipu
kerana merasa menipu itu lebih baik
dari bercakap jujur??

Sesetengah orang menipu kerana orang
yang terdekat dengannya tidak boleh menerima
perkara yang jujur,contohnya sang Bf beritahu
kepada sang Gf nk pergi tengok wayang
sedangkan dia pergi karaoke..
sebab sang Bf tahu yang sang Gf
xdapat menerima sang Bf pergi karaoke
so dia terpaksa la menipu untuk menjaga 
hati dan perasaan sang gf..
Tapi better bersikap jujur la
sebab sejauh mana dia tidak menerima
hakikat itu tapi lambat laun dia akan
menerima jugak kejujuran itu
dari dapat tahu kebenaran di kemudian hari..

Sebahagian menipu untuk menjaga hati dan 
perasaan orang lain..
sebagai contohnya,seorang perempuan
terpaksa menipu kawan lelaki yang
meminatinya dan pergi berjumpa sang Bf..
Andai dia bersikap jujur dgn kawan
lelakinya maybe kawan lelakinya
akan sakit hati so dia terpaksa menjaga 
ati orang yang terdekat dengannya..
Bersikap jujur tu memang sangat penting,
walaupun sakit untuk diterima tapi
lebih baik sakit kerana kejujuran
dari sakit dengan pembohongan...

Andai sikap kita terjebak dalam
segala macam pembohongan,
cubalah untuk berubah untuk bersikap
jujur dengan orang sekeliling kita..
takde rugi kat mana-mana pun
if kita bersikap jujur..
maybe mula2 orang akan sakit ati bila
kita bersikap jujur tapi
lama-kelamaan depa akn pikir
kejujuran itu adalah realistik,
kot mana pun orang akan terima..

Mukadimah untuk diri sendiri dan kawan-kawan jugak..  



:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Wednesday 24 October 2012

Beronok...makanan eksotik penduduk Langkawi..

Views
Assalammualaikum...kali ni mengenai makanan la pulak ye..


Beronok atau lebih dikenali sebagai timun laut adalah makanan yang agak pelik la bagi orang yang tak penah dengar,tak penah tengok lagi2 la tak penah makan..selalunya beronok ini akan dibuat sebagai kerabu beronok..ala wat kerabu macam wat kerabu kaki ayam tu..pastu dimakan dengan nasi putih panas2..pehhh

Terdapat 2jenis beronok setakat yang cek taw selama cek hidup ni iaitu beronok pesisiran pantai dengan beronok selut(lumpur).Senang je nak beza dia,hat duk ataih pasir laut dengan hat duk dalam selut la..

ni beronok selut atau lumpur


ni beronok pantai

ampa tak payah nak pening kepala nak bezakan kedua-dua beronok sebab tekstur dia berbeza..beronok ni jauh sekali keturunan yang sama dengan gamat,gamat sangat berbeza dengan beronok..

Gamat keras dan boleh dimasak serta dijadikan minyak gamat,andai beronok ni dimasak,ia akan cair dan menghilang kerana tekstur badannya 100% air laut + selut..oleh itu ianya dimakan mentah2 dan dijadikan kerabu..


nindia proses membuat kerabu beronok..


nak taw macam mana rasa kerabu beronok ni??ok rasa dia liat2 lagu  kita duk kunyah tulang lembut ayam tu pastu rasa masin2 skit tapi bila dicampur dengan kerisik,mempelam pehhh rasa dia lg meleleh la..maksudnya memang sedap la..

Andai ampa kawan-kawan mai Langkawi,cek taw 1kedai ni memang ada juai kerabu beronok,dulu penah masuk dalam Majalah tiga..Restoran Siti Fatimah jalan Mata Ayer berdekatan Tok Senik Resort..so cepat simpan alamat ni bagi sapa2 yang nak merasa kerabu beronok..hanya di Langkawi je taw boleh jumpa beronok ni...

:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Antara customer cek...

Views
Assalammualaikum semua kawan-kawan belog..sory sangat sebab lama cek mendiamkan diri..bz dengan gheja,bz dgn atur hat tu hat ni..haishhh macam la bz sangat padahal kuat tido dgn kuat makan hehehe...

     Raya Aidilfitri haritu,dalam raya ke4 ada sorang blogger ni mai Langkawi,kalau kawan2 yang selalu ikut blog akak ni mesti kenai punya la..nama dia kak Moon..ni blog KAK MOON..akak ni mai bercuti dengan family ke Langkawi..kebetulan dia dah dapat tempat penginapan tapi cuma kereta sewa je takde..so ada sorang kawan cek ni nama dia Nurulaini,dalam masa yang sama Aini ni fren dgn kak moon dalam facebook so Aini bagi la contact nombor cek kat kak moon n then akak moon pun call la nk sewa keta..

     Sebelum kak moon call,Aini dah gtaw cek dia ada bagi nombor cek kat sorang blogger ni so cek ingatkan sapa,sekali tengok,alamak hat ni blogger femes diamos yang selalu cite pasai adik ipaq dia dalam blog tu,makngah cek selalu baca blog dia,sekali terus cek gtaw makngah psai blogger tu..makngah memang excited gila nak jumpa kak moon tapi xdapat disebabkan ada hal yang perlu diuruskan...

     cek urus semua keta sewa yang kak moon nak,alhamdullilah xde pape masalah selama depa mai Langkawi..kalau kawan2 nak mai Langkawi dan perlukan tempat penginapan,kereta sewa,pakej island hopping..blh je terus emel cek ke hidayaharisztravel@yahoo.com...jom layan blog kak moon selama dia bercuti ke Langkawi di SINI...

terima kasih daun keladi,ada umur jumpa lagi...
:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Copyright@Semua yang tercatat adalah hak milik Hanania Eedaya