Sunday, 25 December 2011

SIFAT SEMULAJADI...

Views

Assalammualaikum semua kawan2 laman muka buku,kawan2 blogging,stalker dan seangkatan dengannya.Sihat ke??skrng cuti sekolah so mesti yg pergi bercuti dgn femily kn???mesti bes sngt..hope perjalanan tu lawatan sambil mencari ilmu ye..xde la sia2 je perjalanan tu.


Okey balik kepada tajuk entry aku nih..Sifat semulajadi...nk cerita pasal sapa plak ni..pasal aku la kan,xkn nk cite psal kau plak..adehhh..ampa tgk pic peluk2 tu..xpatut betul la..kecik2 dh gatai muahaha...


Aku kat sini bukan nk cite aku gatai..tu pic aku dgn cousin aku time zaman kegemilangan ececece...sifat penyayang sesama manusia tu perlu kan???kita perlu sayang menyayangi antara satu sama lain..binatang pun ada sifat penyayang,apakan plak manusia.


Tapi dunia sekarang ni mcam2 dah jadi,sifat penyayang dh banyak yang berkurang sebab ada yang sanggup buang anak,rogol anak,dera dan pelbagai lagi.Apa nk jadi la sekarang ni..


Syukur kepada Ilahi kerana aku dibesarkan tanpa semua tu..masih ada orang2 yang terdekat masih menyayangi aku..aku perlu hargai mereka sebelum mereka pergi meninggalkan aku..Tetiba sedih tak boleh blah btoi la..tp itu kenyataan kn??


Dah malas la nak membebel..hah lagi satu...sapa2 antara kawan2 ni nak datang Pulau Langkawi,sila la contact aku ye..ni emel facebook aku...futrihidayah@yahoo.com...bye love u all...




:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Saturday, 24 December 2011

BERFIKIR SEJENAK...

Views
Wanita 1 : Betul?
Lelaki : Ye sayang, I tak tipu.
Wanita 1 : U ni, jangan la raba-raba i..
Lelaki: I raba sikit je sayang
Wanita 1 : Tak nak la.. Kalau terlanjur macam mana?
Lelaki : Kita kahwin la.. I jumpa parents u
Wanita 1 : Betul? U nak kahwin dengan i?
Lelaki : Betul sayang.. Sumpah.. u diam je . jangan cakap apa-apa. I pegang sikit-sikit je.

Setahun selepas itu. . .

Wanita 1 : Sampai hati u.. Tipu i.. Dulu u kata nak nak kahwin dengan i. Tapi bila u dah dapat. U kawen dengan perempuan lain..
Lelaki : I lelaki, u ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang-senang i boleh dapat? I nak perempuan yang suci.. Bukan mcm u, yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kahwin dengan u?
Wanita1: Sampai hati u cakap macam tu, dulu.. Masa u nak.. Macam-macam janji manis u bagi. Tapi sekarang u salahkan i?
Lelaki: I lelaki.. I Cuma uji u.. Tapi u bagi.. I ambil la. .
Wanita1: U memang jantan tak guna.. I menyesal kenal dengan u
Lelaki: U menyesal? Tapi I puas.. Jangan lupa datang kenduri I nanti.
Wanita1: U akan dapat balasannya nanti . .

Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya..
MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA.

Lelaki: Sayang… I love u so much..
Wanita 2: Me too sayang..
Lelaki: I bertuah kahwin dengan u.
Wanita 2 : I pun, sayang.. I ada something nak baritahu u
Lelaki: Apa dia sayang?
Wanita 2 : Sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tidur dengan I.. I pernah tidur dengan semua teman lelaki i.. Untuk suka-suka.. Cari kepuasan sebelum kahwin.. Tapi bile nak kahwin. . I cari lelaki baik mcm u untuk jadi suami i.. U tak kisahkan?
Lelaki: WHAT??????????????????

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

P/S PDH : Jika pernah dikau membuat zina maka bertaubatlah, kerana ALLAH Maha Pengasih. Dahulu kau melakukan maksiat, kau adalah MUSUH Allah, kini kau bertaubat, kau adalah KEKASIH Allah.......




:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Friday, 23 December 2011

TEMPAT TIDUR YANG PELIK DAN UNIK...

Views






























:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Tuesday, 20 December 2011

HOTEL TERGANTUNG...

Views

Assalammualaikum...tajuk entry aku kali ni hotel tergantung doh...ish betoi ke benda ni...xkan kot...boleh seram sejuk tuh...


Sememangnya betul la ada hotel tergantung ni..Lokasinya terletak di tepi cenuram puncak gunung Mont Blanc,Itali...sapa2 yang tak gayat boleh la nak try hotel ni.Aku yg xgayat ni pun duk pikir dua tiga kali gak nk tido kat hotel tu.tgh2 duk tido kang sedar2 duk kat batu dua...kalau dh ajal nk wat cmner kn...hehe...


Hotel kabin ni berbentuk silinder dihasilkan oleh syarikat Itali iaitu Leap,diletakkan pada ketinggian 2,835 meter di gunung tertinggi Eropah itu dengan menggunakan helikopter.memang terbaik la kan.orang kaya-kaya boleh la nak mencuba hotel ni..


Hotel ini disasarkan kepada pendaki gunung yang ingin menetap di bilik berhawa dingin setelah penat mendaki.So pasni pendaki2 gunung di malaysia ni bertukar la angin pulak untuk mendaki gunung Mont Blanc tu,penat2 boleh rehat kat hotel ni.


Rekaan mesra alam dengan kos penghasilan 214,000 pound(RM1.05 juta) itu dilengkap 12 katil,sebuah ruang tamu,dapur dan tandas serta satu tingkap besar menunjukkan pemandangan mengagumkan dari puncak gunung tersebut.Mahal gila padahal ada 12 katil je.ntah ke balik modal ke tidak ni.tapi takpe sebab ini menunjukkan teknologi semakin maju kan??


Struktur kayu itu dibina supaya dapat menahan tekanan dikawasan tinggi dan boleh dipindahkan menggunakan helikopter tanpa memberi sebarang kesan buruk kepada alam sekitar.


Hebatla dunia sekarang ni...sekurang2nya kita tahu benda ni...tambah la ilmu pengetahuan..andai orang tnya,tahu gak pasal hal ni..





:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Saturday, 17 December 2011

9 BENTUK LOVE TERJADI SECARA SEMULAJADI JUGA BUATAN...

Views
1.Heart-Shaped Mangrove, Voh, New Caledonia

Pernah tengok cite Boys Over Flower? Inilah tempatnya di mana Goo Jun Pyo membawa kekasihnya, Gum Jan Di menggunakan helikopter untuk menyatakan rasa cintanya kepada gadis itu. Mungkin inilah salah satu potongan mangrove berbentuk hati yang paling terkenal di New Caledonia, dibuat oleh fotografer udara terkenal Yann Arthus Bertrand dan ditampilkan pada muka depan bukunya, dengan judul “Earth From Above.”

2. Heart-Shaped Island, Gutierrez Lake, Patagonia

Sebuah pulau berbentuk 'love', dilitupi oleh pohon indah ini dapat dilawati di Patagonia, Argentina dan paling indah bila dilihat dari sisi timur tasik Gutierrez. 

3. Heart-Shaped Wetland, Guandu Nature Park, Taiwan 

 Guandu Park merupakan sebuah taman alam semulajadi yang terletak di Taipei City. Di taman ini anda akan dapat melihat kawasan delta berbentuk hati seperti gambar di atas.

4. Tavarua Island, Fiji 

Pulau Tavarua adalah sebuah pulau syurga menakjubkan yang berbentuk hati. Terletak di pesisir pantai Viti Levu, serta dikelilingi oleh
terumbu karang.


5. Galesnjak, Croatia

 Pulau yang diberi nama Galesnjak ini terletak di selatan Zadar, Craotia

6. Heart-Shaped Lake, Ohio

Tasik berbentuk hati yang paling sempurna ini boleh ditemui di Columbia Hills Corner, Ohio

7. Heart-Shaped Forest, Cantabria, Spain

Hutan yang indah ini dapat dilawati di Cantabria, Utara Sepanyol

8. Heart-Shaped Lake, Chembra, India

Inilah salah satu daya tarik pelancongan di India, tasik yang terletak di bahagian atas Chembra Peak di India ini dikatakan tidak pernah kering. Rupanya lebih dari 150 orang melawat tasik ini setiap hari walaupun terpaksa menempuh  perjalanan sejauh 3km ke atasnya.

9. Heart Reef, Great Barrier Reef of the Whitsundays 

Heart Reef ini terbentuk secara semulajadi dan merupakan koleksi batu karang berbentuk hati terkenal di Australia.



:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Friday, 16 December 2011

ILMU LEBIH BAIK DARI HARTA...

Views

Dikisahkan Dalam suatu majlis ilmu, 10 orang lelaki hendak menguji kehebatan Saidina Ali.

Pemuda 1 bertanya kepada Saidina Ali,
"Wahai Ali, benarkah Rasulullah berkata baginda ialah kota ilmu dan engkau adalah pintunya?"
Saidina Ali menjawab "Ya, benar katamu itu".

Pemuda 2 bertanya "Wahai Ali di manakah yang lebih baik, ilmu atau pun harta?".
"Ilmu kerana ilmu warisan para nabi & rasul manakala harta warisan Qarun, Firaun dan Syaddad", jawab Saidina Ali.

Pemuda 3 bertanya kepada Saidina Ali soalan yang sama mengenai ilmu dan harta.
Saidina Ali menjawab "Ilmu kerana ilmu menjaga kamu tetapi harta kamu yang menjaganya".

Pemuda 4 bertanya lagi soalan yang sama kepada Saidina Ali.
Jawapannya, "Ilmu kerana orang yang banyak hartanya ramailah musuhnya. Lain pula dengan ilmu, semakin tinggi ilmu seseorang itu, semakin ramai kawannya".

Pemuda 5 bertanya kepada Ali soalan yang serupa juga.
Saidina Ali masih lagi boleh memberikan jawapannya iaitu "Ilmu kerana harta semakin digunakan semakin berkurang tetapi ilmu apabila diamalkan semakin bertambah".

Soalan yang sama masih lagi ditujukan kepada Saidina Ali oleh pemuda 6.
Jawabnya Ali, "Orang yang berharta kebiasaannya kedekut. Jauh berbeza dengan orang yang berilmu yang sangat pemurah dan dihormati".

Pemuda 7 juga bertanyakan soalan yang sama kepada Saidina Ali.
Saidina Ali masih lagi boleh memberikan jawapan yang berbeza meskipun soalan yang serupa. "Ilmu kerana pemilik harta dihisab pada hari akhirat tetapi ilmu memberi syafaat kepada pemiliknya".

Soalan yang sama ditanyakan kepada Saidina Ali oleh pemuda 8.
Jawapan Saidina Ali tetapi lagi sama, "Ilmu kerana pemilik harta keras dan gelap hatinya berbeza dengan pemilik ilmu yang terang dan lembut hatinya".

Pemuda 9 masih lagi tidak berpuas hati dengan kehebatan Saidina Ali mengajukan soalan yang sama.
Saidina Ali dengan tenangnya menjawab "Ilmu kerana harta semakin lama disimpan semakin usang tetapi ilmu tidak pernah usang".

Pemuda 10, orang yang terakhir masih lagi mengajukan soalan yang serupa kepada Saidina Ali dengan harapan Saidina Ali sudah ketandusan idea dan pendapat.
Tetapi sangkaannya meleset. Saidina Ali sambil tersenyum menjawab, "Ilmu kerana pemilik harta mengatakan bahawa harta itu miliknya tetapi pemilik ilmu mengakui ilmu itu milik mutlak Allah Taala".

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Hadis riwayat Muslim)


:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Thursday, 15 December 2011

PERTUBUHAN MELAYU MURTAD DITUBUHKAN???APA SUDAH JADI DGN NEGARA KITA??

Views

MINTAK2 KEPADA KAWAN2 SEMUA,,,BACA LAAA,,,BUKAN SAJE2 NK POST NIE!!!~~~
DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN.. ALLAHHUAKBAR

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!

persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...



:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Tuesday, 13 December 2011

37 FAKTA MENARIK MENGENAI LELAKI...

Views

  1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
  10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  11. Lelaki juga akan menangis.
  12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
  16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
  18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
  19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
  21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  25. Lelaki lebih banyak berfikir.
  26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
  29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
  34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
  36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.
  37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.



:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Monday, 12 December 2011

CERPEN -----> Antara aku,kau & dia...

Views




Di perkarangan tempat letak kereta di sebuah universiti di ibu negara,seorang gadis sedang menunggu ketibaan seseorang.


     "Adoi,manalah Nazmi ni...kucing dah bertanduk dua pun dia belum tentu sampai."Dan panjang lagi gadis itu berleter-leter.Biasalah perempuan.Tiba-tiba hujan renyai-renyai turun,"Astaghfirullahalazim,habis laptop aku."Gadis itu kalut hendak menyelamatkan komputer ribanya.Tepat pada masanya,sebuah kereta Myvi berhenti berdekatan dengan gadis yang sedang kalut itu.Sepantas kilat gadis itu melompat ke dalam kereta itu.


     "Awalnya sampai Encik Nazmi."Gadis itu berkata sebaik sahaja pintu kereta ditutup.


     "Asalammualaikum Cik Linda,"Nazmi memberi salam dengan kening dijongketkan sedikit.Kedua-dua kepala angin!


     "Ok stop it!Waalaikummussalam,kau nak apa?"Linda mengesat beg laptopnyayang sedikiy kuyup."kau kenal budak ni?"Nazmi menyuakan sekeping gambar ke arah Linda.


     "Eh macam kenal...oh budak ni,Alia Imanina.Aku kenal,asal?"Linda pelik dengan riak muka Nazmi."Erm aku nak minta tolong,"kata-kata Nazmi dipotong.."ushakan budak ni?"Linda menghabiskan ayat Nazmi.Nazmi mengangguk perlahan."No way lelaki jenis apa kau ni?Gentleman la sikit,ada nak usha perempuan guna cable?"Linda menolak.


    "Oh yeke?Tak gentleman ke kalau guna cable?Kalau macam tu,apa kata aku usha dia sendiri,kau tolong aku sikit-sikit je,please." "Oklah kalau macam tu boleh lagi aku terima."Bagaikan disantau Linda terus setuju.


                  <3   <3   <3   <3   <3


     "Lin,bisingnya handphone kau ni,melalak-lalak.Tuannya pula mandi bukan main lama!Berkubang agaknya."Kawan Linda,Farina berleter mengenangkan handphone kawannya yang tak berhenti berbunyi dari tadi.


     "Ye,kejap lagi aku keluarlah."Tidak sampai seminit,Linda keluar dari bilik air.Lega rasanya dah mandi.Oh handphone aku.Telefon bimbitnya dicapai.Empat miss call.Satu mesej diterima.Keempat-empat panggilan tadi daripada Nazmi,begitu juga mesej tadi.


     SalamLin,aku nak cakap thanks sebab kau rela tolong aku selama ni,aku hargai semua pertolongan kau,lepas ni aku tak nak dah menyusahkan kau lagi,maybe dia bukan jodoh aku,salam.


     Nazmi tak nak pertolongan aku lagi?Maknanya dia dah putus harapan dengan perempuan tu?Huh,baguslah!Dah tiga bulan aku tolong kau.


    Terus mesej Nazmi dibalas..Wasalam Nazmi,aku tak kisahlah,kawan yang memerlukan,itulah kawan yang sebenarkan?


                   <3   <3   <3   <3   <3


     "Wah,thanks korang,tak sangka aku dapat surprise hari jadi kali ni.'Nazmi teruja dengan kejutan yang diaturkan oleh rakannya,Haziq.Siap dengan banner,belon dan macam-macam lagi.Selesai sesi bergambar dan potong kek,tetamu semakin berkurangan.


    "Naz,ni hadiah daripada aku,"Sebuah kotak berwarna hitam dihulurkan.


    "Thanks Ziq,aku tak sangka semua ni."haziq membalasnya dengan senyuman."Dan yang ni pulak daripada Linda."Sebuah beg berwarna-warni sampai ke tangan Nazmi.


    Sampai saja di rumah,Nazmi melihat satu persatu hadiah pemberian kawan-kawannya.Ada notebook,teddy bear,kafling,tali leher,kad ucapan dan banyak lagi hadiah yang masih ada di dalam keretanya.Kad ucapan yang menimbun dibaca satu-persatu.Ada yang serius,ada yang lucu.Kad ucapan yang terakhir,pengirimnya Linda.Bulat mata Nazmi membaca apa yang ditulis oleh Linda."Semoga birthday awak ini menjadi lembaran baru buat kita ye?You are the best that ever happen to me."Apa maknanya semua ini?Awak?Lembaran baru?Malam itu Nazmi tak boleh melelapkan matanya,pusing ke kiri,pusing ke kanan.Matanya tetap degil.Keesokan paginya,Haziq adalah orang pertama yang dihubunginya.


     "Assalammualaikum."


     "Waalaikummussalam.yup Naz?"


     "Linda...dia..."Suara Nazmi tersekat-sekat.


     "Huh?Whats wrong with Linda?"


     "kejap lagi aku sampai rumah kau.Assalammualaikum."


     "Uh..ok...Waalaikumsalam..."


     "OMG.Meremang bulu roma aku."haziq melempar kad ucapan Linda ke arah Nazmi.


     "Nazmi,terang lagi bersuluh,budak Linda tu mengharapkan kau.Kau suka dia ke?"Haziq menjongketkan keningnya."Ish taklah..."Fikiran Nazmi semakin berserabut.


     "Senang je,sekarang ni kau call dia,jelaskan betul-betul tang kau tak ada perasaan dekat dia."Haziq menepuk bahu Nazmi,tanda dia menyokong rakannya itu.Nazmi mencapai telefon bimbitnya itu.Haziq memberi ruang kepada rakannya itu.


                       <3   <3   <3   <3   <3 


     Aku?Aku benci kau Tengku Nazmi Haidar!Benci!Benci!Benci!Lelaki tak kenang budi!Linda semakin menggila.Habis perabot rumahnya ditendang.Kau tengok apa aku buat.Sedikit demi sedikit,butir mutiara jatuh ke pipi Linda.Akibat sakit kepala kerana terlalu lama menangis,dia tertidur di sofa.Hampir sejam setengah selepas itu,dia tersedar.Dia bermimpi,Nazmi menolak cintanya kerana sudah berpunya.Dan didalam mimpinya juga,dia melihat Nazmi bersama gadis pilihannya sejak dulu,Alia sedang makan bersama.Akibat terpengaruh dengan mimpinya itu,dia nekad mencari Alia di kampusnya.


     Kereta kancil maroon milik Linda diparkir.Dia mahu bersemuka dengan Alia.Biar apa yang orang nak fikir,dia peduli apa?Bagaikan takdir,Alia yang sedang berjalan berjalan berseorangan ke arah tangga ditarik ke tepi."Hei perempuan!"Lengan Alia direntap kasar.Alia mengaduh kesakitan.


     "Apa hubungan kau dengan Nazmi huh?"Kasar nada suara Linda.


     "Nazmi?"Alia membalas kebingungan.


     "Jangan buat tak tahulah!"Linda mula menyinga.


    "Serius aku tak faham apa kau cakap,kau datang tanpa usul periksa,tiba-tiba tanya aku pasal Nazmi."Alia cuba menenagkan keadaan.


     "Apa hubungan kau dengan Nazmi?"Sekali lagi pertanyaan tu keluar dari mulut Linda.


     "Linda,aku tak faham apa kau cakap!what's going on?"Nada suara Alia sedikit meninggi.


     "Ahh!Diam kau perempuan tak guna!Penipu!"Linda bagaikan dirasuk,terus menyerang Alia dengan pisau.Jeritan Alia mengembalikan Linda kepada realiti.Jeritan Alia juga menggamit perhatian ramai.Pisau yang tertusuk di perut Alia mengakibatkan pendarahan yang teruk.Linda melarikan diri.


                  <3   <3   <3   <3   <3 


     "Alia sayang,ada orang datang."Puan Jasmin membantu anaknya menyarungkan tudung Ariani dan sweater."Siapa ibu?"Alia membetulkan tudungnya.


     "Entah,ada dua orang lelaki,katanya kawan Alia.Seminit dua kemudian,Nazmi dan Haziq sudah tercongok di depan Alia.


     "Erm,duduklah."Alia mempelawa dua jejaka itu.


     "Alia,kau macam mana sekarang?"haziq memecahkan tembok kesunyian antara mereka.


     "Macam nilah,sekejap ok,sekejap rasa macam nak demam."Alia membalas sambil tersenyum dihujung bicaranya.


     "Erm Alia...sebenarnya saya datang ni,nak minta maaf kat awak.Sebab saya rasa yang bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kat awak."Alia membulatkan matanya.Nazmi yang mengerti memulakan penjelasannya.


     "Dulu,saya penah ehem,minat kat awak.Tapi saya tidak yakin nak kenal dengan awak.Saya pun minta tolong Linda."Nazmi berhenti sebentar."Tapi lepas tiga bulan saya pasrah,saya berhenti minta pertolongan Linda.Tapi dia dah ada perasaan kat saya,saya tolak.Jadi sebab tulah dia ingat awak punca saya tolak cinta dia dan sebagai tanda minta maaf saya pada awak,terimalah ini."Sebuah kotak berwarna merah pekat bertukar tangan.


     "Saya minta diri dulu,Assalammualaikum."Nazmi bangun diikuti Haziq.


     Diikuti hati,mahu saja Alia hantar mereka ke pintu,tapi apakan daya,dia mesti hadkan pergerakannya.Kotak pemberian Nazmi tadi diteliti,lama kemudian barulah dia melihat isinya.Ah,comelnya!Plush Toy Angry Bird!Hahaha,maca tau-tau je Nazmi ni.Angry Bird berwarna biru tadi dibelek-belek,eh ada tulisan dibelakangnya."Be mine,please!J-Tengku Nazmi Haidar."Alia tersenyum riang,tiba-tiba satu suara mematikan senyuman Alia,"Is it yes or no...Miss Alia?"Nazmi sedang berdiri di tepi sofa tempat Alia duduk."Kalau ya,kenapa?"Alia menaikkan keningnya."Kita kahwin!"Gurau Nazmi.



:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Copyright@Semua yang tercatat adalah hak milik Hanania Eedaya