Di perkarangan tempat letak kereta di sebuah universiti di ibu negara,seorang gadis sedang menunggu ketibaan seseorang.
"Adoi,manalah Nazmi ni...kucing dah bertanduk dua pun dia belum tentu sampai."Dan panjang lagi gadis itu berleter-leter.Biasalah perempuan.Tiba-tiba hujan renyai-renyai turun,"Astaghfirullahalazim,habis laptop aku."Gadis itu kalut hendak menyelamatkan komputer ribanya.Tepat pada masanya,sebuah kereta Myvi berhenti berdekatan dengan gadis yang sedang kalut itu.Sepantas kilat gadis itu melompat ke dalam kereta itu.
"Awalnya sampai Encik Nazmi."Gadis itu berkata sebaik sahaja pintu kereta ditutup.
"Asalammualaikum Cik Linda,"Nazmi memberi salam dengan kening dijongketkan sedikit.Kedua-dua kepala angin!
"Ok stop it!Waalaikummussalam,kau nak apa?"Linda mengesat beg laptopnyayang sedikiy kuyup."kau kenal budak ni?"Nazmi menyuakan sekeping gambar ke arah Linda.
"Eh macam kenal...oh budak ni,Alia Imanina.Aku kenal,asal?"Linda pelik dengan riak muka Nazmi."Erm aku nak minta tolong,"kata-kata Nazmi dipotong.."ushakan budak ni?"Linda menghabiskan ayat Nazmi.Nazmi mengangguk perlahan."No way lelaki jenis apa kau ni?Gentleman la sikit,ada nak usha perempuan guna cable?"Linda menolak.
"Oh yeke?Tak gentleman ke kalau guna cable?Kalau macam tu,apa kata aku usha dia sendiri,kau tolong aku sikit-sikit je,please." "Oklah kalau macam tu boleh lagi aku terima."Bagaikan disantau Linda terus setuju.
<3 <3 <3 <3 <3
"Lin,bisingnya handphone kau ni,melalak-lalak.Tuannya pula mandi bukan main lama!Berkubang agaknya."Kawan Linda,Farina berleter mengenangkan handphone kawannya yang tak berhenti berbunyi dari tadi.
"Ye,kejap lagi aku keluarlah."Tidak sampai seminit,Linda keluar dari bilik air.Lega rasanya dah mandi.Oh handphone aku.Telefon bimbitnya dicapai.Empat miss call.Satu mesej diterima.Keempat-empat panggilan tadi daripada Nazmi,begitu juga mesej tadi.
SalamLin,aku nak cakap thanks sebab kau rela tolong aku selama ni,aku hargai semua pertolongan kau,lepas ni aku tak nak dah menyusahkan kau lagi,maybe dia bukan jodoh aku,salam.
Nazmi tak nak pertolongan aku lagi?Maknanya dia dah putus harapan dengan perempuan tu?Huh,baguslah!Dah tiga bulan aku tolong kau.
Terus mesej Nazmi dibalas..Wasalam Nazmi,aku tak kisahlah,kawan yang memerlukan,itulah kawan yang sebenarkan?
<3 <3 <3 <3 <3
"Wah,thanks korang,tak sangka aku dapat surprise hari jadi kali ni.'Nazmi teruja dengan kejutan yang diaturkan oleh rakannya,Haziq.Siap dengan banner,belon dan macam-macam lagi.Selesai sesi bergambar dan potong kek,tetamu semakin berkurangan.
"Naz,ni hadiah daripada aku,"Sebuah kotak berwarna hitam dihulurkan.
"Thanks Ziq,aku tak sangka semua ni."haziq membalasnya dengan senyuman."Dan yang ni pulak daripada Linda."Sebuah beg berwarna-warni sampai ke tangan Nazmi.
Sampai saja di rumah,Nazmi melihat satu persatu hadiah pemberian kawan-kawannya.Ada notebook,teddy bear,kafling,tali leher,kad ucapan dan banyak lagi hadiah yang masih ada di dalam keretanya.Kad ucapan yang menimbun dibaca satu-persatu.Ada yang serius,ada yang lucu.Kad ucapan yang terakhir,pengirimnya Linda.Bulat mata Nazmi membaca apa yang ditulis oleh Linda."Semoga birthday awak ini menjadi lembaran baru buat kita ye?You are the best that ever happen to me."Apa maknanya semua ini?Awak?Lembaran baru?Malam itu Nazmi tak boleh melelapkan matanya,pusing ke kiri,pusing ke kanan.Matanya tetap degil.Keesokan paginya,Haziq adalah orang pertama yang dihubunginya.
"Assalammualaikum."
"Waalaikummussalam.yup Naz?"
"Linda...dia..."Suara Nazmi tersekat-sekat.
"Huh?Whats wrong with Linda?"
"kejap lagi aku sampai rumah kau.Assalammualaikum."
"Uh..ok...Waalaikumsalam..."
"OMG.Meremang bulu roma aku."haziq melempar kad ucapan Linda ke arah Nazmi.
"Nazmi,terang lagi bersuluh,budak Linda tu mengharapkan kau.Kau suka dia ke?"Haziq menjongketkan keningnya."Ish taklah..."Fikiran Nazmi semakin berserabut.
"Senang je,sekarang ni kau call dia,jelaskan betul-betul tang kau tak ada perasaan dekat dia."Haziq menepuk bahu Nazmi,tanda dia menyokong rakannya itu.Nazmi mencapai telefon bimbitnya itu.Haziq memberi ruang kepada rakannya itu.
<3 <3 <3 <3 <3
Aku?Aku benci kau Tengku Nazmi Haidar!Benci!Benci!Benci!Lelaki tak kenang budi!Linda semakin menggila.Habis perabot rumahnya ditendang.Kau tengok apa aku buat.Sedikit demi sedikit,butir mutiara jatuh ke pipi Linda.Akibat sakit kepala kerana terlalu lama menangis,dia tertidur di sofa.Hampir sejam setengah selepas itu,dia tersedar.Dia bermimpi,Nazmi menolak cintanya kerana sudah berpunya.Dan didalam mimpinya juga,dia melihat Nazmi bersama gadis pilihannya sejak dulu,Alia sedang makan bersama.Akibat terpengaruh dengan mimpinya itu,dia nekad mencari Alia di kampusnya.
Kereta kancil maroon milik Linda diparkir.Dia mahu bersemuka dengan Alia.Biar apa yang orang nak fikir,dia peduli apa?Bagaikan takdir,Alia yang sedang berjalan berjalan berseorangan ke arah tangga ditarik ke tepi."Hei perempuan!"Lengan Alia direntap kasar.Alia mengaduh kesakitan.
"Apa hubungan kau dengan Nazmi huh?"Kasar nada suara Linda.
"Nazmi?"Alia membalas kebingungan.
"Jangan buat tak tahulah!"Linda mula menyinga.
"Serius aku tak faham apa kau cakap,kau datang tanpa usul periksa,tiba-tiba tanya aku pasal Nazmi."Alia cuba menenagkan keadaan.
"Apa hubungan kau dengan Nazmi?"Sekali lagi pertanyaan tu keluar dari mulut Linda.
"Linda,aku tak faham apa kau cakap!what's going on?"Nada suara Alia sedikit meninggi.
"Ahh!Diam kau perempuan tak guna!Penipu!"Linda bagaikan dirasuk,terus menyerang Alia dengan pisau.Jeritan Alia mengembalikan Linda kepada realiti.Jeritan Alia juga menggamit perhatian ramai.Pisau yang tertusuk di perut Alia mengakibatkan pendarahan yang teruk.Linda melarikan diri.
<3 <3 <3 <3 <3
"Alia sayang,ada orang datang."Puan Jasmin membantu anaknya menyarungkan tudung Ariani dan sweater."Siapa ibu?"Alia membetulkan tudungnya.
"Entah,ada dua orang lelaki,katanya kawan Alia.Seminit dua kemudian,Nazmi dan Haziq sudah tercongok di depan Alia.
"Erm,duduklah."Alia mempelawa dua jejaka itu.
"Alia,kau macam mana sekarang?"haziq memecahkan tembok kesunyian antara mereka.
"Macam nilah,sekejap ok,sekejap rasa macam nak demam."Alia membalas sambil tersenyum dihujung bicaranya.
"Erm Alia...sebenarnya saya datang ni,nak minta maaf kat awak.Sebab saya rasa yang bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kat awak."Alia membulatkan matanya.Nazmi yang mengerti memulakan penjelasannya.
"Dulu,saya penah ehem,minat kat awak.Tapi saya tidak yakin nak kenal dengan awak.Saya pun minta tolong Linda."Nazmi berhenti sebentar."Tapi lepas tiga bulan saya pasrah,saya berhenti minta pertolongan Linda.Tapi dia dah ada perasaan kat saya,saya tolak.Jadi sebab tulah dia ingat awak punca saya tolak cinta dia dan sebagai tanda minta maaf saya pada awak,terimalah ini."Sebuah kotak berwarna merah pekat bertukar tangan.
"Saya minta diri dulu,Assalammualaikum."Nazmi bangun diikuti Haziq.
Diikuti hati,mahu saja Alia hantar mereka ke pintu,tapi apakan daya,dia mesti hadkan pergerakannya.Kotak pemberian Nazmi tadi diteliti,lama kemudian barulah dia melihat isinya.Ah,comelnya!Plush Toy Angry Bird!Hahaha,maca tau-tau je Nazmi ni.Angry Bird berwarna biru tadi dibelek-belek,eh ada tulisan dibelakangnya."Be mine,please!J-Tengku Nazmi Haidar."Alia tersenyum riang,tiba-tiba satu suara mematikan senyuman Alia,"Is it yes or no...Miss Alia?"Nazmi sedang berdiri di tepi sofa tempat Alia duduk."Kalau ya,kenapa?"Alia menaikkan keningnya."Kita kahwin!"Gurau Nazmi.
0 000 korek rahsia:
Post a Comment