Sunday, 4 December 2011

CERPEN -----> Cinta Homestay..

Views


Assalammualaikum dan salam sejahtera..berjumpa lagi kita pada hari ini..kali ni aku nk kasi cerpen gak la...jom layan cite ni...muahhhhh










"Khai Nur Adam..."laungan kuat buat angan-angan aku terus mati disitu.Hurm,mak ni memang tak boleh tengik aku nak landing atas pokok nilah.


"Apa dia mak?Orang baru duk atas tu mak dah panggil orang.Ni pe hal?"Aku mencekak pinggang tanda protes dengan tindakan ibu ku itu.


"Kau ni,ambik basikal ayah tu,tolong pergi kedai.Mak nak masak asam pedas tapi lupa pula asam jawa dah habis,"ujar Puan Latifah kepada anak tunggal perempuannya.Dah mengalahkan lelaki pula perangainya sejak balik kampung ni.Dulu masa kat kolej mungkin cikgunya ajar panjat pokok kot.Hurm,dia mengeluh perlahan-lahan.


"Alah mak ni,sekarang baru cakap.Tadi mak pergi beli ikan tak ada pula mak ingat.Alih-alih time orang dok atas pokok tu juga la mak nak suruh,"ucapku.


"Dah.Tak payah banyak songehlah.Pergi sekarang,"ujar Puan Latifah sambil tangannya mengangkat penyapu lidi yang dipegangnya.


"pak Leman,mak cakap dia nak asam seringgit,"ujar ku lalu melompat dari basikal tua arwah ayah yang kemudiannya menjadi pengangkutan ayah ke masjid.


"Nah,asal dengan baju tu Khai?"


Aku tergelak kecil.Tidak perasan pula dengan baju ku sedikit kotor.


"Tadi panjat pokok jambu,tak perasan pula kotor baju ni.Takpelah Pak Leman.Saya bukannya pergi kenduri orang kahwin.Saya datang kedai je,jumpa dengan Pak Leman."


"Kamu ni."


"Saya balik dulu,Kang tak pasal-pasal Mak Latifah tu datang,saya juga yang susahnya pak Leman."


Pak Leman tersenyum.Memang bagus budai itu tapi hairan juga kenapa dia nak tinggal kat kampung ni sedangkan ijazah pun dia dah ada.Mungkin dia ada strateginya tersendiri.Lagipun homestay yang diusahakan oleh kedua-dua orang tuanya cukup menjadi.tiap-tiap bulan ada sahaja orang yang menempah bilik di rumahnya.


Khai Nur Adam mengayuh basikal tua itu.Tetapi kayuhannya berhenti dibahu jalan apabila melihat Aini sedang berjalan.Nak balik rumah kot.


"Hah kau nak pergi mana ni?nak tumpang aku tak?"Aku menghentikan basikal tua itu di bahu jalan.


Tanpa bercakap banyak,Aini terus melompat ke atas tempat duduk di belakang basikal itu.


"Dam,bawak basikal tu lajulah sedikit.ni macam semutlah kau ni."Dia menepuk bahu sahabat baiknya.


'Kau ni Aini,bagilah aku nak feeling sikit.Kau tengok kat depan tu,sawah padi meluas.Wow...kalaulah semua orang tanam padi satu keluarga satu bidangtanah padi kan bagus.Tak adalah negara kita terpaksa import lagi beras ke negara kita,kan?"Ujarku bersahaja sambil mengayuh basikal perlahan-lahan.


"Kau ni teruk betullah Adam.Mak kau sara kau sampai pergi universiti tapi kau fikir macam tu pula,kalau aku ni sebjak kau,tak adalah sampai hari ni aku tinggal dengan family aku,"ujar panjang sambil membetulkan kedudukannya.


"Apa best sa....mak..."Aku berhentikan basikal di bahu jalan.Habis baju aku basah dengan selut kerana dilanggar oleh kereta mewah yang datang dari arah belakang kami.


"Asal kau?"


"Memang nak kena mangkuk ayun driver kereta ni.Apa?Ingat aku ni pokok kayu ke?Adoi...habislah aku.."ujarku mengeluh sambil mengesat baju yang aku pakai dengan tangan.


"Mak aih...kotornya baju kau."


"Takpe...takpe...Ada lori ada bas.Ada hari aku libas."


"Sapa punya pantun tu Dam?"


"Akulah.Aik,berhenti pula kereta tu.Memang nak kena nih."


Aku mengayuh laju menuju ke kereta BMW perak itu.Nampak gaya macam lelaki yang drive kereta tu.


"Cik,kat mana ye Hujan Panas Homestay?"


Aku tersengih,jaga kau.


"Owh,Hujan Panas Homestay ye.Encik ikut je jalan ni straight pastu encik nampak kubur sebelah kiri dan ikut jalan kubur tu.Penghujung jalan tulah Hujan Panas Homestay,"ujarku lalu tersenyum manis.Padan muka kau.Bukan homestay yang kau jumpa tapi jalan mati...hehehe....


Aku masuk halaman rumah sambil mengayuh malas.hah...kereta tadi.Mampus aku.


"Owh Encik Haizril.Naiklah dulu.kita bercakap diatas rumah,"ujar Encik Hussien Paidi sambil bersalaman dengan lelaki yang berbadan tegap dihadapannya.


"Ya Allah kau ni kenapa Khai?Kau pergi mana sampai petang-petang macam ni baru balik?kan ke mak pesan suruh cepat balik?Hah...ni kenapa pula dengan baju nih?Kau pergi berkubang ke?Tengok muka pun penuh dengan selut,"leter Puan Jainah Nashrin.


Aku melihat sekilas.Memang betul lelaki yang aku kencing tadi yang berada dihadapan ku.


"Alah mak,tadi entah sapa tak ada hati perut pergi langgar becak dekat depan rumah Pak Mail tu mak.Pastu tak minta maaf terus pergi,'ujar ku sedikit kuat.Biar dia mendengar kata-kataku.Sakit hati aku.


Aku menuju ke bahagian dapur rumah.Terkejut besar aku apabila melihat muka ku kotor dengan sekut yang berwarna coklat.Namun aku harus bersabar kerana lelaki itu pelanggan keluarga kami.Sudah hampir lima tahun ibu bapa ku menguruskan perniagaan homestay.Di rumah itu,terdapat lima buah bilik yang aku sendiri yang menghiasnya.Gaya klasik yang aku gunakan.Walaupun bukan bidang aku dalam menata rias tapi itulah hobi yang paling aku gemari.Sebulan sekali mesti bilik ku akan ku ubah kedudukan perabotnya walaupun hanya perabot penting yang berada didalam bilik itu.


Berkat usaha ibubapaku dan juga saranan kerajaan yang inginkan penduduk menjadikan rumah kediaman sebagai inap desa. "Khai nanti tolong mak masak makanan kampung ye.kamu masaklah asam pedas ikan patin tu ye.Mak tahu masakan kamu sedap."


"Hai mak,jangan puji-puji sangat tau,nanti orang tak boleh tidur malam ni,"ujarku lalu turun.Hanya kain batik yang membaluti tubuhku dan t-shirt merah.Aku terus melangkah menuju ke dapur sementara ayahku menguruskan borang yang perlu diisi oleh lelaki itu.Nak pula dia tinggal kat rumah ni walaupun tahu aku anak tuan rumah?Hurm maybe nak kenakan aku balik ni.Tak mengapa.Tak heran pun.


Lauk pauk dihidangkan di beranda dengan cara makan bersila dan menghadap ke arah kawasan padi yang luas.


"Makanlah Encik Haizril.Ni makanan kampung.Semua mengikut menu yang disediakan.Saya harap Encik haizril puas hati dengan masakan ini,"ujar ayahku.


"Tak mengapalah pakcik,makcik."


Lelaki yang hanya ku kenali dengan nama haizril itu memandang ke arah ku.namun aku hanya berlagak tiada apa-apa berlaku di antara kami.kami terus menyuap makanan sambil berbual-bual.Aku hanya mendiamkan diri dan membiarkan orang tua ku melayani dia.


"Khai seorang je ke anak pakcik?"ujar lelaki itu sambil memandangkan wajahnya ke arah lelaki yang sebaya dengan papanya itu.


"Tak adalah Encik haizril.Pakcik ada dua orang anak.Khai dengan Qalish Nur Iman.Dia tak ada kat sini.Dia belajar kat Ukraine."


"Ye ke?hebatnya dia."


"Qalish tu menurut perintah sedikit Haizril tapi kalau anak perempuan yang sorang ni memanglah sukar nak didik sikit.Dia tak jahat tapi nakal.Perangai macam lelaki sikit.Tapi alhamdullilah dapat juga pergi universiti.."


"Tak mengapalah pakcik.Nakal tu biasa lah.Owh sebelum saya terlupa,saya datang kesini hanya nak tenangkan fikiran aje jadi saya mungkin tak berapa berminat dengan permainan tradisional seperti pakej yang disediakan.Mungkin hanya bersiar-siar di kawasan kampung ini sudah cukup,"


"Betul ke ni?ok takpelah nanti pakcik akan susun jadual untuk awak ye,Haizril,"


"Terima kasih pakcik.Saya nak duduk dibangku tu sekejap.Udara kat sini sungguh segarlah."Dia turun setelah meminta kebenaran untuk berada di bangku yang disediakan.Betul seperti yang digambarkan di dalam website Hujan Panas Homestay.Kedamaian yang dicari cukup menenangkan hatinya yang perit dengan pemergian Fitriyah beberapa tahun yang lalu.Entah mengapa kenangan mereka bersama bermain di mindanya lagi sehinggakan dia tidak dapat menumpukan kepada kerjanya.Mujurlah disarankan oleh Aiman untuk datang ke sini.


Matanya menangkap bayang wanita disebalik cermin tingkap bilik rumah tradisional itu.Cantik.memang cantik tp ah...Dia cuba memulaukan perasaan itu,namun matanya masih memandang akan bayang-bayang yang berada di sebalik cermin tingkap itu.Matanya terus melihat tanpa ada perasaan puas tapi jauh di sudut hati suatu ketika nanti dia akan kenakan perempuan itu kerana memberi plan homestay yang salah.Jaga kau.Dia tersenyum nakal.


Pagi itu aku tidur lena,namun aku tak dapat tidur lama kerana mak memanggil aku untuk menjadi pemandu pelancong lelaki itu.Mak ni memang kacau daun betullah..


"Encik Haizril.Jom ikut saya,nanti saya beritahu tentang kampung ni serba sedikit dan kalau nak tahu dengan lebih detail lagi nanti saya bawa awak pergi ke rumah penghulu kampung ni.Rumah dia tak jauh sangat dari sini,"ujar ku lalu meneruskan langkah beriringan bersama lelaki itu.Diam aje ni.


"Cik Khai,saya rasa awak hanya diperlukan untuk menemani saya je kan.Lagipun kalau awak berceloteh rasanya saya ni ditipu hidup-hiduplah.So saya sarankan awak diam je,bawa jalan je.Jangan pulak bawak saya ke jalan mati,"sinis sungguh kata-katanya.


Aku memandang lelaki itu.Nampak gayanya memang dia tak puas hati lagi dengan tindakan aku petang semalam.Aku melangkah tanpa banyak soal walaupun sedikit terasa.Entah kenapa aku terasa dengan lelaki ini sedangkan baru hari ini dan semalam kami kenal.


"Tengoklah"Aku berdiri di sebelahnya.Aku berdiri di atas jalan sementara lelaki kitu berada di bawah pokok rendang.Aku tak berganjak dari tempat ku walaupun sedikit panas.


"Adam"Laungan kuat itu membuatkan aku tersentak dan aku loihat Haizril turut berpaling.Aku memandang perempuan yang berada di atas basikal itu dengan wajah penuh tanda tanya.


"Apa dia cik Aini.Kau ni tak senonoh betullah.Aku cebik sebiji baru kau tahu."


Perempuan tu tersengih sahaja.


"Aku nak minta tolong kau ni."Aini memulakan cerita.


"Apa dia?"Aku melangkah ke tempat duduk belakang basikal sahabat baikku.


"Ni aku nak cite la ni.Aku dapat temuduga kerani kat bandar.Kau boleh tolong prepare apa yang patut untuk au tak?Aku tak biasa nak bertemuduga ni."Aini memandang sekilas lelaki yang berada sedepa dari tempatnya bercakap.Suaranya yang kuat itu sememangnya membuatkan lelaki itu tahu apa butir yang dibualkannya.


"Alah senang je tu.Tapi aku kena handle pelanggan mak aku ni dulu.Apa-apa pun balik nanti mesej aku pastu aku cakap bila aku free ye,"ujar ku lalu bangun dari tempat duduk basikal itu.Aku menepuk-nepuk bahu Aini.


"Hah satu lg aku lupa nak cakap."


"Apa lagi ni?Sat-sat lagi tak boleh cakap ke?Kejap Encik Haizril,maaf ye ada masalah skitni."


Lelaki itu memandang dan mengangguk.


"Sham balik esok dan dia beritahu aku dia dah putus dengan kekasih dia itu.So aku rasa kau bolehlah pulihkan balik semangat kau tu."


Aku mengerut kening kemudian ketawa.


"Aku dengan dia dah sejarah.Tak payah kenang benda yang takkan jadi milik kita.Lagipun aku dengan dia dulu tak la gila-gila so biarlah dia nak balik pun.Kan ke ni kampung dia."


"Kau masih berjauh hati."Aini memandang sahabatnya.Kami bertiga pernah menjadi sahabat baik tapi setelah Sham memutuskan hubungannya dengan Khai,hanya dia sahaja yang berhubung dengan Sham dan dia dapat mengagak Khai takkan berpatah balik terhadap perasaannya.


"Let bygone be bygone la beb..."Aku mengangkat tangan lalu mengajak lelaki itu berjalan ke tempat lain pula.


"Jom kita pergi kesana.Tapi kita kena berjalan atas batas sawah padi ni tau,"ujarku sambil menunjuk ke arah kawasan padi yang nampaknya lebih luas.Aku berani membawa dia ke sana kerana terdapat banyak rumah disana.


lelaki itu hany mengikut.Tak payah fikirkan lagi hal Aini tadi.Malas aku.


Aku berhenti melangkah dan berpaling ke arahnya.Jaraknya hanya beberapa langkah dari tempat aku berdiri.Aku memandang tepat ke arahnya.Namun mataku hanya sekejap singah di wajah kacak itu.Aku memberi senyuman yang cukup manis kepadanya.


Lelaki itu terkesima,memang memukau senyuman itu.


"Encik haizril,kalau mengikut jadual yang dirancang,awak kena berada di kawasan ini selama dua jam kan so kalau saya tak layan sah-sahnya saya ni tak bertanggungjawab kan.Awak dah cop saya penipu dan saya tak nak awak cop saya dengan tak bertanggungjawab dan fokus pada awak.Boleh Encik Haizril?"


"Suka hati awaklah."Sedikit sebanyak dia telah mendengar tentang perempuan tinggi lampai dihadapannya.Wajahnya cantik dan mempunyai tahi lalat dibawah mata kanan.Wajah itu kemerahan.Mungkin terkena panas gamaknya.


"Memang setiap perkara yang saya lakukan mengikut kehendak hati saya."


"Termasuk jadi pemandu saya gitu?"potong lelaki itu.


"Jadi pemandu pelancong awak?Agaknya apa?"ujarku berteka-teki dengan lelaki itu sambil melabuhkan punggung dia jalan yang bertanah merah lagi di kampung itu.Taklah jauh sangat dari rumah ku.


"Erm...sebab mak awak suruhkan?Kalau tak belum tentu awak nak jadi pemandu saya?"ujar lelaki itu.Dia turut membuat perkara yang sama seperti ku.


"Maybe.Entahlah Encik Haizril,saya ni nak kata ikut cakap mak ayah pun tak jugak.Kan ayah sendiri cakap perangai saya kat awak semalam.So awak sendiri dapat agak kn tapi sejujurnya saya sedikit terasa bila awak tuduh saya ni penipu."ujarku lembut dan apalah saya aku mahu mengenakannya.




"Haizril je."


Aku mengangguk sambil melihat orang menanam padi di dalam sawah padi.Dulu tempat ini pernah menjadi tempat untuk ku berkubang.Haha...


"Maaflah memang saya sedikit marah hari tu bila awak bagi plan yang tak betul sedangkan plan yang saya minta tu rumah awak Khai,"cerita lelaki itu.


Aku tergelak.


"Oh..tahu pun...Apa?Awak langgar lumpur pastu tinggal macam tu.Yang xboleh blah bila awak berhenti pastu boleh plak tanya mana Hujan Panas Homestay.Maaf pun awak tak cakap macam mana saya tak marah.Ok sekarang kira kosong-kosong ye?"ucapku sambil membuat angka kosong dengan jari ku.


Haizril mengangguk.Terasa senang pula bila berada di sisinya.Rupanya nampak ganas di luarannya sahaja.


"Kenapa Aini panggil awak Adam?"


Aku ketawa.Adam?


"Tahu pula awak dengan nama kawan saya,"ujarku.Mungkin mendengar daripada perbualan ku tadi.


"Ye,awak panggil dia Aini tadi kebetulan saya dengar."


"Ye,memang Aini dan kawan-kawan kat sekolaj dulu panggil saya Adam."


"Kenapa?Kan ke lebih ke arah nama lelaki itu?"


"Oklah,nama saya Khai Nur Adam.So masa belajar kat sekolah tu,nama Khai dan Nur dah diguna pakai.Oleh kerana nama saya ni unikdan pelik sedikit kedengaran so diorang panggil la Adam dan saya tak kisah.Sedap jugak nama tu.Kan nama nabi kita yang pertama."


"Owh,patutlah.Tapi ok jugak nama Adam."


"Boleh saya tanya satu perkara?"


"Apa dia?"


"kenapa awak datang sini dan biasanya orang datang sini sebab ada masalah dan datang ke tempat seperti ni dapat ketenangan.'


"Ye,saya mengaku.Dulu saya ada kekasih tapi perempuan tu meninggal kerana barah ovari dan saya tahu dia sakit bila dia balik Malaysia.Kebetulan masa dia balik saya tak dapat balik sebab saya ada program so lambat sikit saya sampai.Bila saya sampai disini,saya cari dia tapi berita yang saya dapat adalah kekecewaan.Walaupun dah hampir dua tahun dia pergi tapi kehadiran dia cukup buat saya tak dapat terima orang lain dalam hidup saya.Hanya dengan bekerja saya dapat buang semua perasaan kecewa,'ujatnya panjang.Sedikit pasrah berada dihujung katanya.


"Syukurlah awak,sekurang-kurangnya kita dapat hidup lagi dan yang pergi takkan kembali lagi.Kita hanya boleh menginsafi diri bahawa tak selamanya kita akan berada disini,"ujarku.


"Your story?"


Aku tersenyum kemudian mengelengkan kepala.


"Saya tiada apa cerita yang nak dikongsikan.Yang saya boleh cakapkan saya takkan mencari cinta.Biarlah saya disini."


"Awak masih sayangkan dia?"


Aku melihatnya sekilas kemudian mengeleng.


"Sayang?Baik saya sayangkan awak orang yang saya tak kenal dari orang yang dah buat saya tak mampu mencari cinta walaupun saya berada di luar negeri hampir 4 tahun.


"Betul ke?"


"Saya bergurau jelah.Jom,sekarang dah masa makan tengahari.nanti mak bising pula."


"Kalau saya cakap saya nak cuba,"ujarnya sambil meniti di atas batas sawah padi semula.


Langkah ku terhenti."Cuba apa pula ni?"


"Belajar jadi lelaki dalam hidup awak?"Terkejut aku mendengar kata-kata lelaki itu lalu melangkah laju tanpa aku sedar kaki aku semakin ke tepi batas sawah itulalu jatih ke dalam sawah.


"Eh..Khai,"lelaki itu menghulur tangan ke arah aku.Aku tak menyambutnya sebaliknya terus bangun sendiri.Mujurlah jatuh di kawasan banyak air.Tak banyak lumpur yang terkena pakaian aku cuma hampir seluruh badan ku basah.


"Saya boleh bangun sendirilah,"ujar ku lalu kembali melangkah.Biarlah baju itu basah asalkan aku cepat sampai ke rumah.Aku malu dengan kata-kata lelaki itu.Ingin sekali aku menyatakan ya tapi siapalah aku.Baru dua hari lelaki itu disini.Takkan semudah itu aku menyukai lelaki itu.


hari terakhir Haizril di kampung itu cukup membuatkan hati lelakinya gelisah.Andai dapat diputar masa supaya lambat,ingin dia beritahu Encik Hussien dan Puan Jainah bahawa dia sudah jatuh cinta dengan anak perempuan mereka.Walaupun dia telah meluahkan perasaan itu tapi sejak hari itu Khai jarang bersuara dengannya.Dia diam bila bertemu.


"Pakcik,terima kasih ye sebab bagi layanan yang baik sejak saya disini.Kalau diizinkan Tuhan ingin saya tinggal kat kampung ni sambil matanya merenung mata Khai di sebelah matanya.


"Owh..boleh..datanglah lagi."


Haizril berlalu ke keretanya.Kemudian dia berpaling.


"Boleh saya bercakap dengan Khai sekejap makcik,pakcik?"


Kedua-dua orang tu itu mengangguk perlahan sambil melihat anak perempuannya.Khai Nur Adam mengekorinya ke kereta.


"Khai,saya tak tahu apa yang saya ada kat hati awak kalau awak tak bersuara.Kalau saya kembali ke KL nanti belum tentu saya akan datang ke sini tapi andai awak mengatakan ya,saya akan datang kembali ke sini untuk menjadi lelaki dalam hidup awak."


"Kalau saya katakan 'naam',ujarku namun kening lelaki itu berkerut.


"Apa tu?"


"Takpelah.Kalau awak tak tahu awak tanya la sesapa yang tahu and time tu kalau awak tak datang pun saya tak kisah ye.Semoga selamat sampai.Assalammualaikum,"ujar ku lalu melangkah ke arah ibu bapa ku.


"Mak,nak pergi sawah jap,"ujar ku lalu melangkah.Sudah sebulan lelaki itu pergi hati ku terasa sepi.Walaupun Omar Hisyam ada di kampung itu tapi hati ku tetap mengingati lelaki itu.Omar Hisyam sudah menjadi sejarah.


Banyak kenangan yang dilakarkan lelaki itu.Memang gaya dan caranya cukup memikat hatiku.Hurm...nasib badan la.Aku tak mengharap apa-apa.Tapi betulkah?Aku sendiri tak mengerti dengan hidup ku.


"Teringat siapa ni?"suara lelaki yang cukup aku kenali.


"Aini mana?"ujarku tanpa aku menjawab soalannya.


"Aini?Takkan setiap kali saya nak jumpa awak kena Aini turut serta kot?"


Aku bangun bila mencari kelibat Aini tiada.


"Sham,kalau kau datang sini nak cakap kau masuh sayangkan aku dan nak tunggu aku,baik tak payah datang,"


"Memang,memang aku sayangkan kau.Apa?Kau nak cakap yang kau sayangkan budak KL tu?"


Aku tergelak sambil memeluk tubuh.


"Kenapa kau gelak?"


"Aku kenal kau lama dah.Dan aku tak mahu lagi apa yang kau lakukan kat aku tu berulang kembali.Bagi aku itu satu pengalaman dan aku harus berhati-hati dalam mencari dan menerima cinta lelaki,"


"Aku dah janjikan takkan ulang lagi..."


"memang kau janji tapi ingat janji kau tu boleh pakai ke?Pasni kau pergi ke sana kau tinggalkan aku jugak"


"Apa kau cakap?"


Aku tersenyum namun belum sempat aku berpaling tangan lelaki itu diangkat.Aku cuba menahan sebelum sempat singgah tapi tangan lain yang menangkap tangan lelaki itu.


"Kalau kau anak jantan,jangan berani dengan perempuan.Meh jumpa aku.'Ujar lelaki itu.Haizril...kenapa dia datang sini?Aku melangkah ke belakangnya.


Omar hisyam melangkah dengan muka yang sangat marah.Aku mendiamkan diri.tak berani nak tegur Haizril.


"Awak tak apa-apa?"ujarnya sambil melihat wanita itu dengan penuh perasaan bimbang.


Aku tersenyum sambil menggelengkan kepala.Hatiku berbunga riang kala lelaki yang ku rindu muncul di hadapan ku.


"Terima kasih sebab dah selamatkan saya.Kalau tidak tak pasal-pasal muka ni lebam kena penampar jantan tak guna tu.Kenapa datang sini?"ujar ku lembut.


"Kasih diterima,"ujar lelaki itu tersenyum menampakkan gigi yang cantik.


Aku memukulnya manja.Lain aku cakap lain yang dibalasnya.


"Ok...ok...abang cakap ek..abang datang ni nak cakap kat makcik dengan pakcik bahawa abang nak anak gadis dia ni jadi isteri abang.Dan lain kali kalau nak jawab jangan sebut naam.buat bengang otak ni sebulan duk fikirkan apalah maksud itu..."


Aku tergelak dengan kata-katanya.Ulat dah naik daun dah.Walau apa pun aku tetap gembira kerana lelaki itu kembali lagi.Dan aku tahu kasih ini tidak sama seperti kasih yang pernah ku berikan kepada Omar Hisyam.Walau pun hanya sekejap lelaki itu berada di rumah ku tapi cukup meninggalkan kesan kepada ku.Mungkin caranya buat aku menyukainya.Biarlah dia lelaki terakhir untuk hidup aku.Amin...









:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

0 000 korek rahsia:

Copyright@Semua yang tercatat adalah hak milik Hanania Eedaya