Monday 24 November 2014

CUTI-CUTI LANGKAWI

Views
Musim cuti sekolah sudah bermula,masih tertanya-tanya nak bercuti kemana,xtahu destinasi yang nak dituju???mencari pulau yang menarik untuk mandi laut??bawa anak-anak main pasir pantai sambil hirup angin sepoi-sepoi bahasa...

    Mai la ke pulau Langkawi.Saya menyediakan perkhidmatan kereta sewa,hotel,motel,homestay dan chalet.Guest boleh memilih pengangkutan dan penginapan mengikut bajet sendiri.Penginapan boleh dipilih mengikut keselesaan masing-masing seperti ditepi laut atau ditengah bandar.

   Malahan saya juga menyediakan pakej island hopping,snorkeling,mangrove tour, sunset dinner cruise.Ada yang datang mahukan aktiviti beramai-ramai,ada yang nak berdua-duaan bersama pasangan.Semua tu saya boleh tolong aturkan..so semua dihujung jari sahaja.

    Encik,tuan,puan,makcik,pakcik,adik,abang jangan pening-pening macam mana nak aturkan percutian tu..semuanya saya boleh uruskan

  •     WHATSAPP,TELEGRAM

              NOR HIDAYAH ZON   017-5354286

  •    WECHAT 
             G1M8979

  •   INSTAGRAM
            HANANIA_EEDAYA atau CUTI2LANGKAWI


:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Friday 28 June 2013

Tuah ayam nampak dikaki...

Views
Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

     Cek mintak maap banyak-banyak sebab dah lama menghilangkan diri..sejak dua menjak ni cek kalut dengan gheja la..kadang-kadang tak kalut pun tapi dah jenih suka wat kalut ekeke...

     Alhamdullilah hidup cek semakin stabil sejak bos transfer tempat gheja ke airport..ampa percaya dak dulu gaji cek RM500 ja,tolak socso dgn kwsp tinggai la RM400++..Sekarang alhamdullilah la dah naik sebanyak 5kali ganda...aippp tutup mulut tu...serius cek tak tipu...

   Gaji basic semua org tahu sekarang ni dah selaraskan kepada RM900,selebihnya tu kalau cek rajin buat sale memang duit dapat beriban-riban la...mau dengan tak mau ja..gheja macam cek pulak bukannya susah cuma kering air liur ja...kebanyakannya makan duit atas angin ja...tapi niat mau baik,jangan duk tipu customer..kalau customer suka dengan kita punya service,alhamdullilah dia akan promote kat kawan-kawan dia pulak...

     Syukur setakat ni ramai customer yang cari cek balik pastu wat booking dengan cek...haritu ada salah sorang blogger femes diamos kakak moon...mesti ampa kenai punya...ha nindia kak moon punya blog...Kak moon mai Langkawi sewa keta kawan cek pastu dia promote la dalam dia punya blog,so automatik kawan-kawan dia contact cek...terima kasih banyak-banyak kak moon...

     InsyaAllah dalam masa terdekat ni cek nak beli kereta...nak taw keta apa??????????tunggu dan lihat....toing...toing...toing....

     Terima kasih mak sebab banyak mendoakan anakmu ini.....love u so much...tak lupa jugak kawan baik cek yang sentiasa ada disisi selama susah dan senang selamani...love u Fiezza...jugak makngah yang kuat makan pastu selalu belanja cek makan kekeke...
:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Sunday 31 March 2013

HAPPY KAT TEMPAT BARU...

Views
     Assalammualaikum..tahun 2013 cek xdak update apa2 pun lagi huhu..la ni cek btoi-betoi kalut dengan gheja huhu..la ni cek duk kat airport pulak tapi bawah company yg sama..ampa semua boleh ja search Arisz Travel..company cek ada menyediakan kereta sewa,hotel,motel...eh salah company bos cek..makalau bos baca ni mesti dia kata,staff dia suka suki ja duk ngaku company sendiri..mana la tau kot-kot rezeki cek murah boleh bukak company sendiri no..ampa semua doa la sama na tapi doa mak kita memang mudarat..baik-baik la dengan mak na,jangan kecikkan hati dia...cek sayang mak cek..tiba-tiba pulak hehe...jom layan pic cek keje kat airport...

ngulat tera nak tunggu flight turun...

hat ni duk qalih kelebet gambaq anak kak Fynn Jamal hat wat lagu 150juta tu....

yang ni tak boleh nak buat apa-apa sebab depa suh
pose ala-ala model kat kaunter airport haha

hat ni pakat-pakat pose time pembuka tirai LIMA...

hi-tea dengan kawan-kawan sekerja...

:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Thursday 8 November 2012

Thinking about future...

Views
Assalammualaikum wahai adam dan hawa yang segak dan cantik..sesungguhnya semua yang dijadikan oleh Allah itu cantik-cantik belaka..

     La ni cik ada kat ofis aka travel shop sambil ditemani alunan lagu dari hot fm dan hujan yang agak lebat diluar sana,bru je lepas pekena burger mcdeluxe dalam 15minit yang lepas bersama fiza,dia layan nasi campur sebab lapar katanya..sekarang dia ada dalam keta tengah sembang dgn si bfnya..so cek disini yang boring tahap gaban kerana tiada guest,tambah2 hari hujan camni memang nan hado la..

     Adik cek yang lelaki tu dah menyuarakan isi hati kat family kami yang dia ingin mendirikan rumah tangga bersama buah ati kesayangannya,tera family nak setuju nak kasi dia kawen tu,maunya dia ngamuk 2kali baru depa bagi..dia muda nak mampos tu pasai la family xbape nak setuju mula2 tu,sekarang dia baru 19tahun okeh makcik2...akak dia yang tua nak mampos ni pun belum terpikiaq lagi nak kawen huhu..

     insyaAllah kalau dia ada jodoh dengan kekasih nan satu itu,majlis pertunangan akan dibuat pada bulan 1 tahun depan,majlis akad nikah maybe bulan 4 ye tuan2..kalau la ada orang masuk minang kakaknya,mesti boleh wat majlis kawen sama2 kn???ooo besnyaaa....jangan gatai sangat ye si kakak...si kakak bukannya apa,si kakak macam sedih pulak,adik nak langkah bendoi uhuk uhuk..kalau la adik nan nak kawen tu adik pompuan,kan senang si kakak nak mintak emas 916 7karat huahua...omak si kakak ni materialistik gila oiiii...hahaha lawak je ye makcik2 pakcik2...

     si kakak harap majlis adik nan satu ni dapat berjalan dengan lancar la,so bulan 12 2012 si kakak memang kena bertungkus lumus la menyiapkan apa yang patut kerana si kakak ini sulung so haruslah bertanggungjawab ye..nak harapkan sapa lagi nak kemaskan umah,cat kan umah,seri2kan umah hohoho seri la sangat kn...

    so bagi sesiapa yang rasa terpikiaq,terasa,terniat,termahu nak berkenalan,merisik si kakak dengan niat mahu berkawen,bertunang sila la antar resume ke hidayaharisztravel@yahoo.com....hahaha tetiba,gila gatai ang mek....kuikuikuikui
:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Monday 29 October 2012

Siakap senohong gelama ikan duri...

Views
Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

Kawan-kawan penah dengarkn peribahasa tu,siakap
senohong gelama ikan duri,bercakap
bohong lama-lama mencuri...
Perumpamaan ini memang benar sekali
akan terjadi apabila seseorang itu
bergiat aktif dalam perbohongan,
lama kelamaan dia akan terjebak dalam
aktiviti mencuri pula..
maybe bukan mencuri dalam bentuk wang ringgit
tapi perspektif mencuri boleh dilihat
dalam pelbagai bentuk seperti
mencuri waktu yang sedia ada untuk perkara
yang tidak memanfaat,mencuri kesempatan diatas
kesenangan orang lain,mencuri kepercayaan
orang lain atas dirinya dan sebagainya..

Keluasan menipu ni kita boleh lihat dari
pelbagai site,adakah dia menipu
untuk kepentingan dirinya sendiri??
adakah dia menipu kerana terpaksa
untuk menjaga hati??adakah dia menipu
kerana merasa menipu itu lebih baik
dari bercakap jujur??

Sesetengah orang menipu kerana orang
yang terdekat dengannya tidak boleh menerima
perkara yang jujur,contohnya sang Bf beritahu
kepada sang Gf nk pergi tengok wayang
sedangkan dia pergi karaoke..
sebab sang Bf tahu yang sang Gf
xdapat menerima sang Bf pergi karaoke
so dia terpaksa la menipu untuk menjaga 
hati dan perasaan sang gf..
Tapi better bersikap jujur la
sebab sejauh mana dia tidak menerima
hakikat itu tapi lambat laun dia akan
menerima jugak kejujuran itu
dari dapat tahu kebenaran di kemudian hari..

Sebahagian menipu untuk menjaga hati dan 
perasaan orang lain..
sebagai contohnya,seorang perempuan
terpaksa menipu kawan lelaki yang
meminatinya dan pergi berjumpa sang Bf..
Andai dia bersikap jujur dgn kawan
lelakinya maybe kawan lelakinya
akan sakit hati so dia terpaksa menjaga 
ati orang yang terdekat dengannya..
Bersikap jujur tu memang sangat penting,
walaupun sakit untuk diterima tapi
lebih baik sakit kerana kejujuran
dari sakit dengan pembohongan...

Andai sikap kita terjebak dalam
segala macam pembohongan,
cubalah untuk berubah untuk bersikap
jujur dengan orang sekeliling kita..
takde rugi kat mana-mana pun
if kita bersikap jujur..
maybe mula2 orang akan sakit ati bila
kita bersikap jujur tapi
lama-kelamaan depa akn pikir
kejujuran itu adalah realistik,
kot mana pun orang akan terima..

Mukadimah untuk diri sendiri dan kawan-kawan jugak..  



:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

Copyright@Semua yang tercatat adalah hak milik Hanania Eedaya