Tuesday, 29 November 2011

CERPEN -----> Tiada Lagi Keliru..

Views
    Assalammualaikum...hye tawan2...kali ni rajin pulak nak mengupate cerpen utk entry...papepun jom kita layan dulu cite ni...hope kwn2 enjoy membaca ye...




                


"Assalammualaikum....Fida ".


"Waalaikummussalam ibu.Maaflah Fida dah lama xcall ibu.Ibu sihat??tanya Fida dengan lembut.


"Baik,baguslah Fida call.Ibu baru je nk call fida.Ibu nk beritahu Fida sesuatu."


"Apa dia ibu???macam serius je bunyi,"tanya Fida kembali.


"Ibu cuma nk cakap ibu dh cari calon untuk tunangkan Fida.Fida setuju tak?"Jawab ibunya beserta ketawa kecil.


"Apa!!!Ibu main2 je ni kn??"


"Taklah..ibu serius ni.Fida terima ye sayang..."


"Bu boleh tak Fida fikirkan dulu.Assalammualaikum"..Fida memutuskan talian.




                <3   <3   <3   <3   <3




"Apa dia Ma!!!Mama kan tahu kami tak sebulu,macam mana kami nak kahwin?Please Ma..."


"Itu adalah keputusan yang paling baik mama pernah buat.Kenapa tak nak?Dia cantik,baik,berbudi bahasa,pandai masak,pendek kata semuanya cukup pakej.Apa lagi yang Am nak cari?"


Ibunya bertanya kembali.Adam hanya berdiam.Sungguh ini merupakan kerja gila.Ibu mahu dia berkahwin dengan Fida.Memang dia cukup pakej sebagai perempuan idaman tapi apabila mengenangkan kembali macam mana pertemuan pertama mereka dahulu,sungguh menyakitkan.Dia baru saja berpindah ke rumah baharu kerana ayahnya terpaksa bertukar kerja.Semasa keluar berjalan untuk melihat kawasan perumahan yang baru saja dia jejaki,Adam terpandang seorang perempuan.Sungguh ayu,tak dapat disangkalkan lagi.


"Apa awak pandang2?baru keluar dari hutan ke tak pernah tengok orang?"Tengking si gadis dengan begitu garang


Terkejut Adam bukan kepalang.Muka aja ayu tapi perangai mengalahkan Orang Utan.Gumamnya dalam hati,namun terkeluar jua dengan kata sehingga didengari oleh si gadis tadi.


Gadis itu terus pergi meninggalkan Adam selepas membaling sekotak air laici.Geramnya Adam sehingga Tuhan saja yang tahu.rupa2nya gadis tadi merupakan jirannya.Dia cuba untuk berbaik namun usahanya sia-sia.Pertemuan mereka selepas itu disulami dengan pertengkaran.


                    
                     <3   <3   <3   <3   <3


Selepas lima bulan...


"Ibu,Fida tak tahu lagi siapa sebenarnya yang akan jadi suami Fida.Sampai sekarang dia tak pernah call Fida pun.Bakal suami Fida tu sibuk sangat ke bu?"Tanya Fida.


"Takkan Adam tak call fida.Masa ibu pergi rumah dia dulu dia cakap dah call Fida."Jawab ibunya kembali dengan terkejut.


"What!!!maksud ibu Fida akan berkahwin dengan Adam.Fida tak nak bu."Jawab Fida sambil menjerit.


"Fida jangan nak mengada-ngada ya.Fida dah nak kahwin esok.bukannya bulan depan.


"Tapi bu..."


"Ibu nak Fida terima Adam,lagipun dia tu baik budaknya,"jawab ibunya sambil melangkah keluar dari bilik Fida.


     Memang la Adam tu baik dengan ibu tapi dengan fida tak.Dia tu sengaja nak cari gaduh dengan Fida.Macam mana kami nak kahwin,nanti hari2 Fida akan bergaduh dengan dia.Gumam Fida dalam hatinya.Salah dia juga kerana tak bertanya dari awal.kan dh susah.Sabar jelah moga-moga dia dah berubah setelah 10 tahun tak jumpa.


                      <3   <3   <3   <3   <3


    Hari ini adalah hari perkahwinan Fida dan Adam.Jika bagi pasangan lain ini adalah hari yang paling ditinggu-tunggu tapi tidak bagi Fida.Ingin saja rasanya dia lari meninggalkan majlis,namun dia tak sanggup untuk memalukan ahli keluarganya.Tanpa sedar sudah selesai upacara akad nikah dan orang ramai memberi laluan untuk pengantin lelaki melakukan acara pembatalan air sembahyang.Fida masih lagi termenung.Dia terkejut apabila terasa ada jari menyentuh jarinya.Tahulah dia kini sudah menjadi hak mutlak Mohd Adam Afendi.Fida menyalami Adam dan Adam pula mengucup dahi Fida.Didalam hati Adam berdoa semoga perkahwinan mereka akan kekal sepanjang hayatnya.Dia tahu hatinya memang untuk Fida,namun pertengkaran yang sering berlaku membuatkan dia menutup semua cintanya untuk Fida.Tapi sekarang ini fida menjadi hak mutlaknya dan dia akan cuba mengajar wanita itu untuk belajar mencintai dirinya.Pada malam pertama mereka,Fida mula menunjukkan protes.Jika tadi dihadapan orang ramai dia berlakon,namun di dalam bulik dia mendiamkan diri.Adam bertanya pun dia tak menjawab.Sehinggalah Fida tidur di atas sofa di dalam biliknya.


                     <3   <3   <3   <3   <3


Selepas kenduri di rumah Adam,mereka pun pulang semula ke Kuala Lumpur untuk bekerja.Fida hanya bercakap dengan Adam ketika di depan orang ramai,bahkan jika berdua dengan Adam dia lebih suka mendiamkan diri.


"Sayang,kita nak balik rumah abang atau rumah sayang?"Tanya Adam.Mengada-ngadalah Adam ni nak bersayang-sayang pulak.Pelik betul perangai dia sekarang ni,memang dah berubah.


"Saya nak balik rumah saya.Nak kemaskan barang,lepas tu saya pindah la ke rumah awak."


"ok kalau macam tu kita balik rumah sayang dulu dalam beberapa hari.Abang tolong sayang kemas ya,"jawab Adam kembali.


Sesampai je dirumah,Fida terus melangkah ke bilik tanpa mempedulikan Adam.Adam hanya menggelengkan kepala.Dia terlalu penat dan terus berbaring di sofa di ruang tamu.Ketika keluar dari bilik,Fida berasa bersalah pada suaminya yang sedang tidur diatas sofa.Lantas kakinya laju melangkah ke arah suaminya dan terus merenung wajah Adam.Belum akalnya melarang Fida terus membetulkan rambut Adam yang terjuntai ke dahi membuatkan Adam terjaga daripada tidur.


"A...bang nak minum?"Tanya Fida menutup rasa malu.Adam hanya tersenyum dan mengangguk.Apa hal dengan aku ni macam mana la pulak aku boleh panggil dia abang.Gumam Fida sendiri dalam perjalanan ke dapur.


                    <3   <3   <3   <3   <3


Dalam perjalanan ke rumah Adam,mereka berdua hanya berdiam diri.Hanya radio yang memecah kesepian.Tiba-tiba Fida teringatkan kisah semalam.Semasa dia baru saja bersiap untuk tidur,tiba-tiba Adam masuk ke dalam bilik dan terus memeluknya.Spontan dia menolak Adam.Dengan muka yang berkerut Adam bertanya.


"Kenapa ni sayang?"


"Maafkan saya,saya terkejut,"jawab Fida tergagap-gagap.Adam hanya tersenyum dan ingin memeluk Fida semula.


"Abang,saya tak boleh solat."Adam terus melepaskan pelukan.Fida menganggukkan kepala bagi menyakinkan Adam.Melihat kesungguhan Fida,Adam kemudiannya ketawa kecil.


"Maaf,abang terlupa la sayang.ok la macam tu jom kita tidur."Fida hanya mengikut.Entah mengapa sejak pulang dari kampung,hatinya sudah mula menerima Adam.Mungkin sifat Adam yang sekarang ini yang romantik membuatkan hatinya seperti salju yang terkena sinaran matahari.Lamunan Fida terhenti apabila Adam menepuk lembut bahunya.


"Kenapa isteri abang ni senyum sorang2?Abang tak nak nanti sayang jadi gila pulak,"gurau Adam.


"Kalau gila pun Fida tetap akan jadi isteri abangkn?"Adam hanya tersenyum terus menarik Fida masuk ke dalam rumah.


Semasa mereka sedang menjelajah isi rumah,telefon Adam bernyanyi riang.


"Sayang,abang kena ke tapak projek sekejap,ada masalah sikit."Fida hanya mengangguk dan mencium tangan Adam.Sebelum pergi,Adam sempat menghadiahkan kucupan di dahi isteri tercinta.


                  <3   <3   <3   <3   <3


Semasa sedang mengemas bilik,Fida terjumpa sekeping foto Adam bersama perempuan lain.Dibelakang foto itu tertulis, "Abang akan terus mencintaimu sayang"-Adam.Fida berasa sangat sedih dan terus mengemas kembali bajunya.Tanpa berfikir panjang,Fida kembali ke rumah sewanya.


Sepanjang perjalanan didalam teksi dia hanya menangis.Sampai di rumah dia berkurung di dalam bilik dan menangis sepuas hati sehingga tertidur sambil memeluk gambar perkahwinan mereka.Apabila terjaga,Fida terasa ada jari yang membelai pipinya.Adam!!!Dia terus menepis tangan Adam.


"Apa lagi yang awak mahu daripada saya?Tolong jangan kacau saya.Saya benci awak."


"Sayang,sebenarnya...."


"Jangan panggil saya sayang kalau awak tak sayangkan saya."Jerit fida.


"Fida,dengar dulu apa yang abang nak cakap.Duduk dan dengar."Arah Adam dengan tegas.Fida berasa sedikit cuak lantas mengikut arahan Adam.


"Sayang,sebenarnya perempuan dalam foto tu gambar tunang abang.Tapi dia sudah meninggal dunia tiga tahun lalu.Sekarang abang hanya sayangkan Fida.Tolong percayakan abang.Abang minta maaf sebab tak berterus-terang dengan Fida tapi sungguh kini hanya Fida yang bertakhta di hati abang,"jelas Adam.


Fida terdiam.Dia hanya mampu menangis.Dia sedar dia banyak berdosa dengan Adam.Dia terlalu mencintai Adam kerana itu dia tak sangup untuk berkongsi kasih dengan orang lain.Adam lantas memeluk Fida,dia mengesat air mata yang mengalir di pipi gebu isterinya.


"Abang,fida minta maaf."


"It's ok sayang.Abang tak nak Fida buat perkara macam ni lagi sayang.Kalau ada apa-apa tolong ceritakan pada abang dan kita selesaikan dengan baik,"luah Adam lalu mengucup dahi isterinya dengan penuh kasih sayang.


Kini tiada lagi kebencian dan tiada lagi kekeliruan yang bersarang di hati Fida.Hanya perasaan sayang dan hormat berbunga dalam dirinya.Sungguh,dia amat mencintai Adam lelaki yang dahulunya dibenci kini menjadi suami yang amat disayangi.Fida berdoa agar ikatan ini kekal sehingga akhir hayat.





                                                                                                           
:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

0 000 korek rahsia:

Copyright@Semua yang tercatat adalah hak milik Hanania Eedaya