Ahad bersamaan 16 September 2012,Mohd Akif,anak menakan (anak sedara) telah kembali ke rahmatullah kerana menghidapi asma dan satu penyakit yang agak ganjil iaitu sel darah putih lebih banyak dari sel darah merah,doktor hospital dan doktor tentera tidak dapat mengesahkan penyakit apa dan juga sejarah Hosital Kulim bagi penyakit ini bagi bayi sebesarnya...arwah baru berusia 9bulan..arwah telah dimasukkan ke icu selepas mengalami koma,arwah hanya mampu bertahan selama 5hari didalam icu..
Minggu lepaih,mak cek dah bagitau yang anak menakan dimasukkan ke icu so cek dah minta cuti untuk hari Sabtu,kebetulan Jumaat memang dah cuti so pagi Jumaat dalam lingkungan pukul 10pagi,cek sekeluarga bertolak menaiki feri ke Kuala Perlis.Perjalanan selama sejam diatas feri.Setibanya di jeti Kuala Perlis,kami sewa kereta saga flx dan terus ke KMC (Kedah Medical Centre).Alang-alang dan p ke seberang,kami singgah untuk check ayah sebab dia sakit,sebelum ni dah msuk wad situ kerana batu karang tapi doktor tak buat operate just bagi ubat je untuk keluarkan sisa-sisa batu tu.
Dalam pukul 3.30ptg,kami terus keluar dari KMC dan bergerak ke Kulim yang mengambil masa 2jam diatas highway.Cek bagi ayah rehat je kat belakang,cek drive dan ditemani adik lelaki disebelah.Pukul 6ptg kami turun dari Tol Juru dan bergerak masuk ke Petronas Simpang Ampat,call abg spupu(abg Ejon)mai ambik kami sebab kebetulan susah nak cari kawasan umah dia.Dalam 10minit dia sampai dan kami follow dari belakang keta dia,terus ke rumah dia.Kami rehat sat (kejap) kat rumah dia dan terus ke Hospital Kulim untuk melawat anak dia.Actually dia dah ada 2org anak,Nur Atikah dan Mohd Alif Hakimi,yang bongsu tu yang sakit,Mohd Akif.
Sampai di hospital dalam kul 7ptg,adik dalam wad icu so tak semua dapat masuk,mak cek je masuk tu pun terpaksa tipu guard cakap tok (nenek) dari kampung.Cek sedih gak la sebab dari dia lahir sampai masuk icu memang tak penah tengok muka adik.Abang sepupu,Abg Ejon merangkap ayah dia ada cakap nak bawak anak-anak dia balik Langkawi lepas raya,tapi xsempat sebab adik dah sakit.Mak cek keluar dari wad dan bagitau badan adik nampak gemuk pastu ada darah kat mulut dia,isteri abg Ejon,Kak Ayu cakap adik tak gemuk tapi nampak gemuk lepas kena cucuk berkali2 pastu masuk pelbagai ubat.
Malam tu kami sekeluarga tido dirumah abang sepupu di daerah Junjung,abang sepupu dengan isteri jamu (hidang) kami dengan pulut durian kampung dan kawen.Walaupun dalam keadaan sedih dengan anak berada dihospital tapi depa (mereka) tetap melayan kami dengan penuh kasih sayang.Kak Ayu sanggup balik tido kat umah disebabkan kami balik tidur kat umah depa,kebetulan keadaan adik dah stabil,tu yang kak Ayu berani tinggal dengan nurse,cek rasa tak sedap ati jugak tinggal adik cmtu tapi kak Ayu cakap nurse akan call kalau ada apa-apa.Lega hati dengar camtu.
Keesokan pagi dalam kul 10.30,kami sekeluarga bertolak balik ke Alor Setar.Abang Ejon nak hantar kami keluar ke highway tapi cek cakap xpa boleh cari sendiri sebab tak mau nyusahkan dia,lagipun dia ligan (kejar) masa nak ke hospital.Pusing punya pusing xjumpa highway,punah camner nak balik ni.Last2 tanya orang keje kontrak,alhamdullilah akhirnya keluar jugak dari situ.tu pun tersalah gak masuk tol huhu.nak keluar ke tol Juru menghala ke Alor Setar tapi termasuk tol ke Kuala Lumpur,selamat abang tol tu tolong bagi keta u-turn balik,kalau tak nyah ke KL la pulak.Dulu selalu lalu situ time Jom Heboh Batu Kawan 2011,tido kat Autocity pastu ulang alik naik highway ke Batu Kawan,ntah cmner boleh lupa..adoyaiii
Dalam kul 3ptg kami sekeluarga sampai di Alor Setar pastu pusing pulak pekan sebab nak cari absober keta cek,naik pening cari sebab mahai sngt,ayah cari yang secondhand jek.Akhirnya dapat jugak,mak dengan cek memang tak mau balik lagi,kami ingat nak tido kat Perlis lagi 1malam tapi ayah pulak tak sihat so naik feri ke Langkawi kul 6ptg tu jugak.
Sampai di Langkawi,mak terus ajak tok n tokwan keluar makan diluar,memang rutin keluarga cek akan keluar makan tiap2 minggu.Sambil tunggu makanan,kami sembang pasai adik.Dah habis semua kami balik tidur.Penat sangat dengan perjalanan jauh.
Keesokan pagi dalam kul 9pg,mak cek call bagitau adik dah takde.Innalilah terkejut sangat,cek duk rasa patut la kemarin (semalam) cek dengan mak tak mau balik pulau lagi,rupa-rupanya ada benda yang nak jadi.Maklong,mak pada abg Ejon call cek dan ajak cek ke Kulim semula untuk ziarah cucu dia.Maklong takut nak drive kat seberang,cek terus call bos dan mintak cuti lagi 1hari,alhamdullilah boss bagi cuti.terima kasih sangat bos.
Cek,maklong,paklong,anak paklong(Najihah) dan pakndak sampai di jeti Langkawi kul 11.30pg,cek duk agak mesti ada feri kul 12.Tengok2 feri kul 1,terpaksa la kami tunggu sejam setengah di jeti.Kebetulan orang luar ramai nak balik haritu sebab cuti Hari Malaysia dah habis so semua kerumun nak balik la,jeti pun memang sesak.
Cek dah call agen kereta sewa di Kuala Perlis dan mintak viva auto,xlarat nak tekan clash kalau bawak keta manual sebab kat Penang selalu jem time orang ramai balik keje.Kul 3ptg kami kuar dari negeri Perlis dan terus tala(straight) ke highway Alor Setar Utara.Cek memang tekan minyak kaw2 la sebab nak sngat tgk muka arwah untuk kali terakhir.
Pukul 5,selamat sampai dirumah Abg Ejon tanpa bantuan Abg Ejon lagi,alhamdullilah cek mampu ingat lagi jalan nak ke rumah dia.Tapi kami sedih sangat sebab tak sempat nak jumpa arwah,arwah dikebumikan lepas Zohor sebab takut cuaca gelap kebetulan cuaca disana masa tu sat (sekejap) panas sat hujan.Awai tu depa bagitau nak kebumi lepas Asar so cek agak mesti sempat.Tapi lebih afdal dikebumikan lebih awai.maybe kami xdak jodoh untuk bertemu..apa-apa pun semua dah selamat..al-fatihah buat adik Mohd Akif..
0 000 korek rahsia:
Post a Comment