Kereta Nissan Skyline berwarna hitam meluncur laju membelah angin malam.Tiba-tiba bunyi seretan tayar yang membingitkan telinga berakhir dihujung pantai.Gadis itu keluar dari kereta itu dan berlari ke arah pantai..Akhirnya dia terduduk diatas pasir pantai yang halus itu."Arrggghhhhhh!!!"Kedengaran jeritan melepaskan sesak dijiwa.Sayup-sayup jeritan itu bertukar menjadi tangisan mengisi kesunyian malam sepertimana sunyinya hati suci milik gadis bernama Nur Syira Alyaa Bt Hashim.
"Papa..papa..papa.."hanya itu yang mampu keluar dari mulut Syira.
Puan Maimon memeluk erat satu-satunya anaknya itu.
"Sabar sayang.Kita kena kuat.Syira tak nak papa Syira susah disana nanti kan?kata salah seorang saudara yang hadir.
Syira masih tidak dapat terima yang ayahnya telah tiada.Puan Maimon mengusap lembut rambut anaknya.Anaknya itu memang manja dengan suaminya.Tidak pernah sekali gadis manja itu dimarahinya.Sejak dari kecil,apa saja kemahuan Syira cuba dipenuhinya.Malah suaminya pernah menegurnya kerana memarahi anak gadis mereka itu.Syira ditatang bagai minyak yang penuh kerana itulah satu-satunya waris mereka.Syira yang baru menjejakkan kaki ke tingkatan satu itu terlalu muda untuk melalui episod duka dalam hidupnya.
"Syira..."lembut suara Azrul memanggil.Syira mendongak dan memandang Azrul serta-merta dia meleraikan pelukan mamanya dan memeluk Azrul."Abang...papa Syira dah takde..kenapa papa kena pergi?Syira sayang papa.Syira janji Syira tak akan mintak macam-macam.Syira akan belajar rajin-rajin sampai berjaya.Syira sanggup buat apa saja,Syira cuma nak papa."ujar Syira dalam tangisan.
Basah dada Azrul dengan airmata Syira.Azrul membalas pelukan Syira.
"Sabar ya sayang.Syira kena kuat.Kalau Syira sayangkan papa,Syira tak boleh nangis macam ni.Lebih baik Syira ambik wuduk dan sedekahkan yasin untuk arwah.Doakan papa Syira ditempatkan disamping orang-orang yang beriman.Ok sayang?"Azrul tunduk memandang wajah tidak bermaya Syira sambil dia mengesat air mata yang tidak henti-henti mengalir itu.Dengan lemah Syira mengangguk dan menuju ke bilik air.
"Terima kasih Azrul."Kata Puan Maimon dalam nada sebak.Azrul hanya mengangguk sambil memandang Syira yang melangkah.
Sayang...pertama kali dia memanggil gadis itu comel itu dengan begitu.Dia memang sayangkan Syira.Walaupun semua orang mengingatkan yang sayang dia hanyalah seperti sayang seorang abang angkat terhadap adik angkatnya,tetapi tidak didalam hatinya.Dia sayangkan Syira lebih daripada seorang adik.Tapi untuk meluahkan itu semua tidak mungkin akan terjadi pada waktu ini kerana Syira masih terlalu muda dan dirinya juga yang akan mengambil SPM pada hujung tahun ini membatasi kata hatinya.Apa orang kata nanti,cinta monyet tidak akan ke mana,mengenali dan membesar bersama Syira.Azrul merasakan hidupnya bahagia dengan adanya Syira.
Puan Maimon menepuk bahu Azrul.Tersentak dengan tepukan itu,Azrul memandang wanita yang telah dianggap macam mamanya itu.
"Kamu tak nak makan ke Azrul?Lauk tahlil tadi ada lagi.Ibu kamu beritahu dengan auntie,dari dia ambil kamu di asrama tadi kamu tak makan apa-apa lagi.Meh la makan."ajak Puan Maimon sambil tersenyum tawar.Jelas terpancar kesedihan dari mata wanita itu.
"Yela,auntie dengan Syira dah makan?"tanya Azrul."Aunty dah makan,Syira tu haa yang auntie risau.Dah berapa hari dia tak makan.Minum air je."Keluh Puan Maimon.Segera Azrul melangkah ke arah Syira yang termenung di anjung rumah.
"Syira..meh makan"ajak Azrul.
"Abang makan la,Syira tak lapar."kata Syira.
"Ala...tak best la macam tu.Abang bosan la makan sorang-sorang.Teman abang makan boleh?"pujuk Azrul.Syira hanya membisu.
"Syira,janganlah macamni.Tak baik taw buat mama,abang dan saudara lain risaukan Syira.Kalau papa tengok Syira macam ni mesti dia sedih.Syira kena teruskan hidup.Jadi anak yang berjaya dan solehah supaya papa kat sana tak sedih bila dia tengok Syira.Memang papa Syira dah tak ada,tapi dia masih hidup disini Syira."kata Azrul sambil meletak tangannya didada.
"Syira kena tabah,sentiasa doakan papa dan jaga mama Syira untuk papa.Kalau Syira terus bersedih macam ni,mama Syira boleh sakit tau.Syira tak nak mama sakitkan??"Perlahan Azrul cuba menaikkan semula semangat Syira.Pantas Syira menggeleng laju.
"jadi Syira kena la tabahkan hati.Adik abang ni kuatkan?"Tanya Azrul lembut.Syira mengangguk.Azrul tersenyum dan mengusap kepala Syira.."Janji dengan abang,Syira akan belajar rajin-rajin,dapat kerja bagus dan bahagiakan mama.boleh?"pinta Azrul sambil memegang bahu Syira.
"Syira janji.Syira tak nak papa sedih.Syira sayang papa,sayang mama,sayang abang,"ujar Syira membulatkan tekad dihati untuk menunaikan janji itu.
******************************************************
Syira mengangkat mata dari memandang laporan ditangan apabila terdengar ketukan di pintu."Masuk,"arah Syira.Dia memegang batang hidungnya.Letih sungguh rasanya."Cik Syira,Encik Aiman dah sampai,"kata Suzy yang merupakan setiausahanya.
"Suruh dia masuk,"kata Syira perlahan sambil menanggalkan cermin matanya.Siapa kata jadi anak bos tak penat.Syarikat yang ditinggalkan arwah papanya itu sekarang dibawah kendaliannya.Terima kasih kepada Encik Harun yang merupakan kawan baik arwah papanya.Syarikat yang dahulunya hanya dibuka kecil-kecilan di bangunan rumah kedai sekarang sudah mampu berdiri gah di ibu kota.Dan hari ini,dia akan berjumpa dengan anak Encik Harun untuk berbincang hal mengambil alih tugas Encik Harun.Encik Harun sudah dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.
"Assalammualaikum,'ujar Aiman ketika masuk ke bilik yang bertulis NUR SYIRA ALYAA - CEO MEGAH HOLDINGS.Nama itu macam pernah aku dengar tapi dimana ya??Aiman bermonolog sendiri.
"Waalaikummussalam.Silakan duduk,"kata Syira sambil memandang tetamu yang hadir.Dia mengecilkan matanya.Macam pernah tengok.Pelanduk dua serupa kot.Haih,ko ni Syira kot ye pun kau pernah minat mamat tu takkan la terbayang muka dia kat tetamu kau ni.Entah-entah memang sama tak?
"Yaya?"tanya Aiman tak percaya.Biar betul ni Yaya,cantik dan bergaya tak macam masa belajar di UKM dulu.Lagi buat aku tak tidur malam ni...
"Aie..."Lama dah tak sebut nama tu.Bukan tak rindu tapi menyesal.Dahulu Aie pernah meluahkan perasaannya tapi pada masa itu dia belum ada hati kat Aie.bila Aie mula menjauhkan diri masa di tahun akhir,baru dia sedar yang dia sayangkan lelaki itu.Tapi dia terlalu malu untuk berterus-terang dan akhirnya semuanya tergantung macam itu sahaja.
"Lama tak jumpa.Apa khabar?Makin cantik nampaknya,"kata Aiman sambil memuji."Kau ni ada saja modal nak mengusik,dari dulu tak pernah berubah,'jawab Syira untuk menutup malu apabila dipuji begitu.
"Aku memang tak berubah,masih sama Syira.Kat dalam ni pun sama."kata Aiman sambil memegang dadanya.Syira gugup Aie meluahkan rahsia hatinya sekali lagi.Aduh!Apa yang patut aku lakukan?Inilah peluang yang aku tunggu tepi perlu ke aku terus memberi jawapanku?Syira keliru.
*******************************************
Setelah setahun bekerja bersama,akhirnya Aiman dan Syira ditunangkan.Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Syira kepada Azrul.Azrul agak terkejut.Walaupun penantiannya selama ini tidak membuahkan hasil tapi dia tetap berpuas hati kerana Syira bahagia.Bagi dirinya,kegembiraan dan kebahagiaan Syira adalah segala-galanya.
Azrul yang baru bercadang untuk pulang ke tanah air setelah menamatkan sarjana membatalkan niat tersebut.Walaupun dia mahu Syira bahagia tapi dia tak mampu untuk melihat Syira diijabkabulkan dengan orang lain.Kita hanya merancang,Allah yang menentukan segala-galanya.Dua minggu sebelum perkahwinan Syira dan Aiman,Aiman menelefon Azrul.Azrul agak terperanjat pada mulanya tapi apabila dia merasakan Aiman hanya mahu mengenalinya,dia akhirnya akur.
"Rul...aku tak berapa kenal kau.Aku hanya kenal kau daripada cerita Syira.Aku merasakan kau adalah orang yang amat penting dalam hidupnya daripada cara dia bercerita.Bukan aku cemburu atau dengki,cuma aku tidak sedap hati jika aku mengahwininya tapi tidak mengenali orang terpenting yang menaikkan semangatnya untuk hidup selama ini.itu yang aku telefon ni,aku harap kau tak salah faham,"kata Aiman.
"Tak adalah,aku tak bersangka buruk terhadap kau malah aku berterima kasih kepada kau kerana membahagiakan Syira.Apabila dia beritahu yang kau nak masuk meminang dahulu,ceria sungguh suaranya.Aku tumpang gembira,"ujar Azrul ikhlas.
"Terima kasih Rul.Dia memang gembira sangat.ini pun dia bising sebab aku tak edar kad jemputan untuk pihak lelaki lagi.Untk pihak perempuan,minggu lepas lagi sudah pos,teruja sungguh dia,"kata Aiman sambil ketawa kecil.
"Syira memang macam tu,membebel je dia tau.Aku harap kau dapat jaga dia dengan baik,"pesan Azrul.
"Rul...aku tak taulah kenapa tapi aku nak cakap dengan kau ni,kalau apa-apa jadi kat aku,kau tolong jaga Syira.Aku tau kalau aku tak cakap pun kau akan tetap buat benda yang sama.Tapi aku rasa kau adalah orang yang terbaik dan paling sesuai untuk dia sebenarnya.Maaflah,aku pun tak tahu apa yang aku merapu malam ni,"luah Aiman penuh perasaan.Azrul tertnya-tanya dengan kata-kata Aiman.
*******************************************
Azrul bergegas pulang ke Malaysia selepas mendapat panggilan telefon daripada Syira.Setibanya dirumah Syira,dia segera mencari wajah pengarang jantungnya itu.Matanya singgah di muka yang sembap itu.lebih merisaukan Azrul apabila ibunya memberitahu yang Syira memecut keluar dengan keretanya selepas mendapat berita sedih itu.
Syira yang melihat Azrul,segera berlari ke arahnya.Dia menangis tersedu-sedu di dada Azrul.Azrul memeluk Syira erat sambil mengusap rambutnya.
"Sabar sayang,setiap yang hidup itu pasti akan pergi.kita yang hidup ini kena teruskan hidup ya sayang.Jangan putus asa.Abang tau sayang abang ni kuat,"Azrul terus meluahkan kata-kata semangat.
"Tapi...kami baru saja bersama kenapa dia kena pergi?Kenapa semua orang yang Syira sayang pergi tinggalkan Syira?"tanya Syira dalam esaknya.
"Syira tak boleh cakap macam tu sayang.Kita hanya mampu merancang tapi yang menentukan adalah DIA.Kita hanya berdoa.Sayang masih ingat kan apa yang abang pernah cakap masa arwah papa pergi dulu,"Azrul cuba memujuk lagi.
"Ingat...kalau orang yang pergi itu nampak kita bersedih,nanti dia pun sedih sama,"perlahan suara Syira.
Azrul merangkul erat tubuh gadis yang sangat dicintainya itu.Adakah ini yang dinamakan jodoh?Permintaan mama Syira dan saranan daripada ibunya sendiri terngiang-ngiang ditelinganya.
"Rul,makcik tahu Rul dan keluarga Rul sudah banyak bantu makcik dan Syira.Tapi makcik tak tahu nak minta tolong kat siapa lagi.Hanya Rul harapan makcik,tolong kahwin dengan Syira.Kad jemputan pihak perempuan sudah diedarkan semuanya.Tempoh satu minggu terlalu singkat untuk makcik beritahu semua jemputan majlis dibatalkan,"pinta Puan Maimon.
"Tolonglah Rul,ibu tahu sebenarnya dari dulu lagi kamu ada hati pada Syira.Bantulah makcik Maimon tu.Ibu dah lama harapkan yang Syira menjadi menantu ibu,"ibunya memberi restu.
Permintaan Puan maimon dan ibunya itu ibarat bulan jatuh ke riba.Memang itu kehendaknya selama ini.Tapi mahukah Syira menerima cintanya?Persoalan itu terus bermain di fikiran Azrul.
************************************
"Aiman...kan mama cakap jangan lari.Nanti jatuh,"kata Syira memberi nasihat.Tapi anak kecil itu masih terus berlari mengejar anak kucing yang leka bermain di taman itu.Dia hanya mampu menggeleng melihat kedegilan anaknya.
"Biarlah dia sayang,dia kan budak-budak lagi,"satu suara menegur dari belakang sambil merangkul pinggang Syira.Dia tersenyum sambil memandang anak kecilnya yang lincah itu.
"Abang ni suka manjakan budak tu.Penat tau Syira nak layan kerenah dia.Kerenah papa dia lagi,manja mengalahkan anak,"dalam bebelan Syira sempat mengusik suami tercintanya itu.lelaki itu ketawa sambil mengeratkan lagi pautan dipinggang Syira.
Mereka sama-sama memandang ke arah Aiman.Masing-masing tersenyum dengan telatah Aiman.Azrul bersyukur kerana diberi kebahagiaan ini.Walaupun pada awal perkahwinan Syira agak susah untuk menerima dirinya tetapi berkat kesabaran dan doa keluarga kini mereka bahagia.Syira sekarang sudah menerimanya,bukan itu sahaja.
Berkat ketabahan kami bersama mengharungi alam rumah tangga,kami dikurniakan Aiman yang kini hampir berusia tiga tahun.Semoga kebahagiaan menjadi milik kami selamanya.Amin...Azrul bersyukur kesabarannya selama ini memberi hasil yang berbaloi.Pengorbanannya demi cinta suci dibalas dengan perkahwinan yang amat membahagiakan.Kini hidupnya lengkap dengan permaisuri idaman dan buah cinta mereka,Aiman.Dalam kegembiraan itu,Azrul tersenyum manis mengenangkan arwah Aiman.Dia tidak pernah lupa mendoakan lelaki berhati mulia itu.Al-fatihah untuk arwah Aiman Bin Harun.
0 000 korek rahsia:
Post a Comment