Sunday, 23 September 2012

CERPEN -----> Kasih Ibu...

Views

 ‘’Ibu,ibu jangan tinggalkan ruby ibu..”Aku terus melambai-lambai tangan kearah ibu,Berulang kali aku memekik nama ibu,supaya ibu mendengar aku…Tetapi ibu tidak mempedulikan aku,lalu kelibat  ibu terus hilang dari pandangan.``Ya Allah bermimpi aku rupanya,’’Saat ini air mata mengalir membasahi wajah.Bagaimanakah rasanya bila ibu benar-benar lagi tiada disisi,Aku tak nak kehilangan ibu,Aku tak boleh langsung memikirkan apa yang akan terjadi pada hidupku andai ibu sudah tiada lagi.
    Aku Rubiyah zalikha,Berasal dari utara,menetap di Kampung Lang Asli,aku merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik,kesemuanya perempuan,Zaharah Aisyah dan Umi Sumaiyyah,kami bukan nya keluarga senang,``Kais pagi makan pagi,Kais petang makan petang’’itulah kehidupan kami yang penuh dengan kesusahan,Aku hanya seorang pelajar tingkatan empat.Bagaimana aku mahu membantu mengubah nasib keluarga,sedangkan tak tertangung ibu menyara persekolahanku dengan dua orang lagi adik perempuanku.Kemankah ayah?bagaimanakah ayah sangup membiarkan ibu dan kami susah sebegini.Kejamnya ayah pada kami.Kenapa ayah?Tak sayang kah ayah pada kami?Beribu persoalan sedang bermain di minda,Sebagai seorang anak aku tidak boleh mengeluh begini,kerana aku tahu ayah tetap ayah kandung ku,Hormat padanya adalah tangung jawab juga kewajipan aku sebagai seorang anak.Serba salah aku dibuatnya.
     Sewaktu pulang dari sekolah,Seperti biasa aku singgah dikedai Makcik Zainab,mengambil bekas kuih yang aku letak kan dikedai nya pagi tadi,``Alhamdulillah,syukur pada Allah,habis juga kuih yang ibu buat hari ini,’’``Terima kasih makcik zainab,’’.Sambil menghulurkn tangan mengambil duit hasil jualan Untuk diberi kepada ibu.Aku meneruskan perjalanan,Mesti ibu gembira nanti,Memang sengaja ibu mengambil hasil nya setiap seminggu sekali,baru Nampak sedikit kata ibu,``Ya allah kau berikan lah kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapa ku ya allah,Amin’’.
     ``Abang sakit bang,jangan pukul milah abang,tolong lah abang’’…Ibu merayu dilepaskan,Tetapi ayah tetap terus memukul ibu,seolah-olah ayah sudah tidak punya hati dan perasaan lagi,Aku hanya mampu menangis dari dalam bilik mendengar tangisan ibu menahan kesakitan,Aku memeluk kedua-dua  adik aku,adik-adik juga menangis teresak-esak menahan sebak,``Ibu,kenapa ibu tidak membenarkan ruby membantu ibu??’’.Ibu pernah berpesan jangan jadi anak derhaka,jangan pernah sesekali masuk campur bila ibu dan ayah bertengkar,ibu tak nak ayah juga memukul kami.Kasihan ibu menangung kesakitan seorang diri.Maafkan ruby ibu.
     Aku melihat  dari  lubang pintu,berkali-kali tangan ayah hinggap diwajah ibu,ibu menekup wajah nya supaya tamparan ayah tidak kena pada wajah ibu,ibu meronta-ronta dilepaskan,Ayah langsung tidak mendengar rayuan ibu,ayah seperti seorang yang sudah terkena rasukan iblis yang sangat kejam,ayah mengambil paku tukang nya,lalu dicucuk-cucuk pada badan ibu,ibu menangis dan meronta,tak cukup itu ayah terus bertubi-tubi membelasah ibu..sesekali terdengar suara ibu beristifar dan meminta ayah berhenti memukulnya lagi,``abang cukup la bang,milah sakit abang,’’``ibu bertahan ibu,’’Aku kaku memerhati saja tingkah laku seorang ayah yang tidak bertangung jawab.Lalu ayah terus keluar dari rumah setelah mengambil kesemua duit hasil jualan kuih ibu.Aku dan adik-adik terus belari meluru kearah ibu,kami memeluk ibu,Sesekali aku melihat tubuh ibu dipenuhi kesan lebam,dan bibir ibu berdarah kerana kesan tamparan sebentar tadi,Kejam sungguh ayah,sampai hati ayah….sampai hati ayah…..
    Hari ini pagi-pagi lagi aku sudah bangun,menyiapkan sarapan buat ibu dan  adik-adik ku Zaharah Aisyah dan Umi Sumaiyyah,``adik-adik akak makan banyak sikit ye,lepas tu boleh pergi ke sekolah,akak dah siapkan bekal Untuk adik-adik,jangan lupa bawak nanti’’aku berpesan pada mereka sambil tangan membasuh kuali..air mata deras membasahi pipi,``maafkan akak ruby yer adik-adik sayang,akak ruby hanya boleh masak,akak tak duit nak bagi pada adik-adik akak Untuk buat belanja sekolah pada hari ini’’… Zaharah Aisyah dan Umi Sumaiyyah meluru ke arah aku dan mereka mengesat air mata yang laju turun membasahi pipi gebu ku..``akak ruby,adik faham situasi kehidupan kita,akak ruby jangan lah risau tentang kami’’.Sambil menghulurkan tangan berjabat salam mereka berdua berlalu pergi meninggalkan aku dan ibu dirumah,Untung aku punya adik- beradik seperti mereka yang sangat memahami masalah keluarga.Aku membawa sarapan kepada ibu,dari semalam ibu tidak menjamah langsung walupun sesuap nasi,ibu hanya menagis dan bersedih,kesan lebam pada badan ibu semakin membuatkan ibu berasa sakit,sambil memberi ibu makan aku turut merendam tuala ke dalam air panas lalu aku meletakkan tuala pada kesan lebam tersebut,Ibu menjerit kecil menahan sakit,Kasihan aku melihat ibu,sangup ayah mendera ibu sebegini….dimanakah kasih ayah pada anak-anak nya?dimanakah kasih seorang suami pada isterinya?`` Ya allah kau ampunilah segala-gala dosa ayahku ya allah’’.Aku dan ibu terdiam seribu bahasa,Hanya air mata yang menyusun kata-kata,walaupun sekadar berbicara didalam hati,cukup buat kami memahami apa sebenarnya yang kami rasa….Tak perlu orang lain mengetahui kesedihan kami…Ibu bukan lah seorang wanita yang lemah,yang mudah menagih simpati mahu pun meminta simpati atau belas ikhsan dari orang lain,Walaupun susah sekalipun ibu akan membanting tulang empat kerat nya bagi memberi aku dan adik-adik ku makan.Sungguh besar pengorbananmu ibu…
    Sewaktu aku berusia 19 tahun Ayah telah pergi mengadap ilahi,dalam keadaan yang memilukan,ayah mabuk,akhirnya ayah dilanggar oleh sebuah kereta,dan mati ditempat kejadian,``ya allah kau ampunkan lah kesemua dosa-dosa ayah ku,tempatkan lah dia di kalangan orang-orang yang beriman,amin’’.Sejak ayah meninggal ibu tidak banyak bercakap,sesekali terlihat wajah ibu yang suram,Aku tahu walupun ayah sering mendera ibu dan selalu melukai hati ibu,Ibu tetap mencintai ayah..Ayah merupakan cinta pertama ibu,
    Kini aku sudah berusia 34 tahun, Manakala Zaharah Aisyah sudah mencecah 23 tahun dan Umi Sumaiyyah pula 25 tahun,Kedua-dua adik ku sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di Jordan,Aku pula seorang pensyarah di Universiti Malaya,Aku telah berkahwin dengan seorang jejaka pilihan ibuku sendiri,Alhamdulillah aku sungguh bahgia dengan perkahwinan ini,Aku telah dikurniakan dua orang cahaya mata,seorang lelaki dan perempuan bernama Putra Haziq Iquan Ilham dan juga Putri Aliya Maisara Ilham
  Buat Bondaku Jamilah bt Ahmad semoga ibu tenang disana...ruby sangat merindui ibu,Segala pengorbanan ibu tetap ruby ingat sampai ruby dah tiada lagi,ibu, hanya al fatihah dan yasin mampu ruby titip kn buat ibu disana..Kini ibu telah pergi dan tidak mungkin akan kembali lagi,hanya semangat dan ketabahan ibu menjadi dorongan ruby Untuk ruby terus tabah dalam mengatur langkah dalam meneruskan kehidupan ruby di alam maya….Buat anak-anak ku,akan aku beri sepenuh kasih sayang pada dirimu wahai cahaya hati,jadikan kisah mama Untuk kalian lebih menghargai  kasih seorang ibu dan juga ayah..berikan lah kebahagiaan Untuk kami yang masih hidup…hormati lah kami yang masih bernyawa,jangan bila ibu sudah tiada lagi anak-anak mama akan menyesali dan akan merindui Kasih seorang ibu yang sudah tiada lagi…Jangan jadikan kisah mama hanya sebagai cerita,Jadikanlah ia sebagai azam Untuk anak-anak mama…jangan lalui seperti mama,ingat nasihat dan juga warkah terakhir mama Untuk cahaya hati mama Putra Haziq Iquan Ilham dan juga Putri Aliya Maisara Ilham……
    Jasad ku berlegar..sesekali terdengar alunan merdu bacaan talkin..kedengaran suara tangisan sayup dan mendayu….Dimanakah aku?Aku memanggil suami dan juga anak-anak ku,mereka tidak mengendahkan aku..mereka pergi meninggalkan aku seorang diri…``abang jangan tinggal ruby,putra putri mama jangan tinggal mama sayang’’ DI manakah aku???Aku berada di makam ibu dan pusara ku sendri…~AL FATIHAH  buat arwah nenek dan mama ku Rubiyah zalikha… semoga roh mama dicucuri rahmat..-the EnD-

Cerpen ini hak cipta terpelihara Fatin Almieya,cek telah meminta izin untuk masukkan cerpen ni kedalam blog yang tidak seberapa ini..sini fb tuan empunya cerpen---> Fatin Almieya



:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

0 000 korek rahsia:

Copyright@Semua yang tercatat adalah hak milik Hanania Eedaya