Thursday, 7 June 2012

CERPEN -----> Cinta Si Pembuat Nasi Lemak..

Views
Assalammualaikum...




15tahun yang lalu.
      
      Hari Selasa,namaku tercatat didalam jadual tugasan kelas dan aku tiba disekolah awal untuk memulakan tugas tersebut.Aku membersihkan kelas dengan mengelap cermin tingkap perlahan-lahan kerana tidak mahu jariku terluka.Aku sudah serik dengan luka-luka kecil ini bila terkena sabun mandi,ia terasa cukup pedih.


      keriiiiiiinnnggggggg..


      Loceng pertama kedengaran dan pelajar-pelajar beredar menuju ke arah kelas masing-masing.


      "Bangun,selamat pagi cikgu,"ketua kelas kami tiba-tiba memekik apabila guru kelasku muncul."Selamat pagi cikgu...,"kami bangun serentak dan menjerit mengucapkan selamat beramai-ramai.


      "Selamat pagi,semua duduk dan baca doa bersama-sama,"ujar Cikgu Zainab.


      "Homework yang cikgu beri semalam dah buat?"tanya Cikgu Zainab memulakan tugasnya.


      "Sudah cikgu!"Kami membalas walaupun segelintir daripada kami tidak jujur dengan jawapan tersebut termasuklah aku.


      "Ok,kalau semua dah buat cikgu nak tengok buku setiap orang,"Cikgu Zainab mula melangkah dan aku mula menelan liur yang kering sejak tadi.Hatiku kian berdebar dan berdenyut kencang bagai piston BMW M6 yang ditambah pelincir apabila langkah Cikgu Zainab semakin hampir dengan mejaku.


      "Urm...Syafiq,mana buku awak?"soal Cikgu Zainab.
      "Kejap cikgu,"aku berpura-pura mencari.
      "Saya tak bawak,lupa"aku menggaru-garu kepala.
      "Apa!Awak ingat apa hari ini?Mari bes awak saya nak tengok apa yang awak bawak,"bebel Cikgu Zainab sambil mencapai beg galasku dengan rakus.


      "Eh,apa ni??awak bawak pistol air datang sekolah Syafiq?Awak nak tembak sapa ni?"soal Cikgu Zainab terkejut.


      "hahahahaha,"kelasku riuh rendah dengan gelak tawa rakan-rakan.


      "Ha?ini apa pulak awak bawak?"tanya Cikgu Zainab lagi.


      "Patung ultraman taro cikgu,"ujar rakanku dan sekali lagi aku menjadi bahan tawa mereka.


      Cikgu Zainab terus menyelongkar beg galasku dan tiba-tiba sepucuk surat merah terjatuh dan dipegang.Isinya dibuka dan Cikgu Zainab membacanya kuat-kuat.


To : Shafiq
Awak ingat saya lagi tak?Dulu saya ada
tulis surat kat awak tapi awak tak layan.
Awak tak suka dan tak sudi kawan gan saya ke?
Takpelah,saya tau saya siapakan.
Saya tak cantik sebab tu awak tak sudi
kawan gan saya.Dulu saya ada bagi
surat kat awak dan saya tunggu awak kat
tempat letak basikal.Lama saya tunggu,
tapi kenapa awak tak datang masa tu?
Awak tak kesian saya ke?Awak dah baca
tolong balas ye.
Wani comel

      Aku memandang Cikgu Zainab dan mukaku terasa merah menahan malu dan rasa marah.

      "Syafiq...awak berdiri kat atas meja sampai habis waktu saya,"marah Cikgu Zainab.

      "Tapi cikgu,saya?"aku cuba membela diri.

      "Dah,takde tapi-tapi.Naik atas meja sekarang!!!"tengking Cikgu Zainab lagi.Aku bingkas bangun sambil menunduk lesu.Ketika waktu rehat,aku duduk sepi di meja belakang.Aku tidak mahu ke kantin kerana takut dimalukan lagi.Puas aku berfikir siapakah orang yang menulis surat tersebut dan berani meletakkan didalam begku.Kalau aku dapat dia,eku lenyek-lenyek pakai steamroller biar puas hatiku.


     Tiba-tiba...


     "Syafiq saya minta maaf.Sebab saya awak kena berdiri atas meja tadi,"kelihatan seorang kanak-kanak perempuan berbaju kurung lusuh dengan kasut sedikit koyak sebesar syiling satu sen berdiri di belakangku.


      "Awak siapa?"aku bertanya.

      "Saya Wani,sayalah yang masukkan surat dalam beg awak masa awak pegi tandas pagi tadi,"ujar gadis tersebut ketakutan.


     Hatiku betul-betuk menyirap mendengar mulut comel itu bersuara dan marahku meluap-luap melihat tubuh kecil tersebut.Namun,belum sempat aku menengking...


      "Syafiq,maafkan Wani,"ujarnya sambil sujud dikakiku.


      Aku terkelu dan marahku terpadam melihat mukanya yang memohon sejuta simpatiku.


*****************************************************************


      Inilah masa yang ditunggu-tunggu kerana aku memang mengharapkan guru yang mengajar akan membawa kami ke perpustakaan untuk membaca buku yang kami gemari.Namun,bagiku apa yang menyeronokkan ialah aku boleh tidur di rak buku belakang tanpa sesiapa pun tahu.


      "Hepp...awak tidur dalam library ye???"ujar satu suara.


      "Eh awak buat apa kat sini???"tanyaku terkejut.


      "Saya nak cari buku la,takkan nak cari ikan pulak,"usik Wani berjenaka dan kami tergelak kecil.


      "Awak,kenapa awak tak iron baju?Baju awak renyuk-renyuklah,"aku memulakan perbualan apabila Wani turut duduk di tempat persembunyianku.


      "Rumah saya tak ada iron baju.Kalau saya nak gosok,saya akan pergi rumah nenek.Sekarang kan musim hujan,baju lambat kering,jadi tak sempat pergi rumah nenek sebab tu saya pakai je pergi sekolah,"ujarnya sambil tersenyum malu.


     Aku mengangguk mengerti walaupun aku tidak fahami.


     "Awak beruntung Syafiq,ayah dengan ibu awak boleh bagi apa yang awak nak dan semuanya pasti dapat.Tak macam saya,"ujar Wani perlahan.


     "Eh taklah...tak semua yang saya nak saya dapat.Haritu saya minta kereta control,ayah suruh dapat nombor satu dalam kelas.Ingat senang ke,last-last tak dapat,"ujar Syafiq menafikan kata-kata Wani.


      "Ayah awak keje apa?"tanya Shafiq.


      "Ayah saya menoreh getah."balas Wani.


      "Mak?"tanya Syafiq lagi.


      "Jual nasi lemak,"Wani membalas sayup.


      "Tapi ayah saya selalu mabuk-mabuk,"beritahu gadis itu lagi.


      "Mabuk-mabuk??Awak kata ayah awak kerja menoreh getah tapi kenapa mabuk-mabuk??Nak menoreh getah kena naik sampan ke?"tanyaku bodoh.


     "Eh taklah,ayah saya kuat minum arak,"ucap Wani lagi.


     "Ooo ye ke tapi Ustaz Kamal kata arak tu haram.Kita orang islam tak boleh minum.Ayah awak minum,mak awak tak marah?"aku bertanya dengan perasaan ingin tahu.


      "Mak saya marah juga,tapi ayah kuat.Bila mak nasihat,ayah pukul mak dan mak mesti kalah sebab mak saya kan perempuan.Mak saya cuma menangis dan suruh ayah berhenti pukul dia,"ujar Wani sendu dan ia turut memilukan hatiku.


      Tergamak sungguh ayah Wani melakukan sedemikian.Aku terpandang sebaris luka sepanjang lima sentimeter di lengan Wani.


      "Kenapa tangan awak tu?"Aku mencapai tangannya dan membelek luka tersebut.Luka itu sedikit kemerahan dan bengkak di sekitarnya.Pasti benar-benar sakit telahanku.


      "Wani,jom kita pergi bilik rawat kat tepi koperasi tu,"aku mengajaknya.Dulu kakiku pernah ditusuki serpihan gelas kaca.Hampir enam bulan aku tidak boleh berjalan apabila dikenakan 36 jahitan.Melihat tangan Wani,aku ngeri seolah-olah mengingatkan kembali kisah luka dikakiku.


     "Eh takpe...nanti lama-lama baik sendiri,"tolak Wani enggan.Wajahnya merenungku tepat dengan penuh sayu hingga mataku terkebil-kebil tanpa noktah.


      "Syafiq,semalam saya tunjuk kad laporan dekat ayah.Saya bangga sangat dapat keputusan yang baik.Tak mudah tau nak dapat keputusan sebegini sebab siang malam saya bersengkang mata depan lampu minyak pelita,"ujar Wani membuka cerita.


      "Tapi,langsung takde reaksi terpancar di muka ayah.Bila saya tanya ayah boleh tak minta sesuatu,tiba-tiba muka saya ditampar kuat dan ayah menyentap rambut lalu tali pinggang pantas ditarik dan libasan demi libasan mengenai badan dan tangan saya,"ujarnya sambil titisan jernih mula mengalir.


      "Wani jangan menangis,"pujukku sambil menyeluk poket kecil baju kemeja yang ku pakai.


      Sapu tangan itu ku kesat air matanya.Aku tidak sanggup melihat kanak-kanak comel seusiaku ini terus merintih kesedihan.Aku bingkas berlari keluar dari perpustakaan.Bila tiba di bilik rawatan,aku terus mengambil minyak gamat di atas meja.


      "Wani,mari tangan awak,"tangan kecil putih itu dihulur dan aku menyapu minyak perlahan-lahan."Sakit awak,"ujarnya dalam sendu yang bersisa.


     "Syafiq,tolong rahsiakan hal ini dari sesiapa pun,boleh?Kalau orang lain tahu mesti ayah ditangkap sebab selalu pukul kami sekeluarga.Saya tak mahu emak dan adik-adik kehilangan ayah.Saya sayangkan ayah biarpun anggota badan saya luka dan saya akan lebih terluka kalau kehilangan ayah.Janji dengan saya ya?"Ujar Wani memintaku berjanji.


      Aku terdiam seketika mendengarnya.Aku tidak mahu dia disakiti lagi kerana dia insan paling mulia yang pernah ku temui dan adakah mampu ku temui anak kecil seperti ini lagi di luar sana.


      "Baiklah...saya janji,"aku menyedapkan hatinya demi melihat wajah itu tersenyum.


*****************************************************************


      Sekolahku akan mengadakan satu perkhemahan dan ketika perjumpaan rombongan ahli unit beruniform,aku sengaja mengambil satu borang lebih.


      "Syafiq,yang lagi satu ni sapa punya?"Cikgu Sidek bertanya.


      "Wani cikgu."ujarku selamba.Aku telah mendaftarkan nama Wani tanpa pengetahuannya dan yurannya aku bayarkan menggunakan duit saku yang aku tabungi sebelum ini.


      "Wani,Cikgu Sidek kata awak wajib pergi perkhemahan tu dan kalau awak tak pergi,dia tak akan luluskan kertas Bahasa Inggeris awak,"aku menipunya agar dia menyertai perkhemahan tersebut.


     "Saya mana ada duit,siapa nak bayar yurannya?"tanya Wani padaku.


      "Awak jangan risau,Cikgu Sidek kata keputusan ujian awak baik,jadi awak dikecualikan membayarnya,'ujarnya masih dalam penipuan.


      "Baiklah saya ikut,"Wani tersenyum manis.Senyuman itu ku lihat benar-benar indah dan meresap ke jiwa ini.Senyuman yang tak mungkin dilupakan biarpun terpejam lena dalam tidurku.


*****************************************************************




      Tanggal 31 Ogos,awal-awal pagi ayah telah memasukkan bendera didalam beg galasku.


      "Untuk apa ni ayah?"ujarku bertany hairan.


      "hari ni kan Hari Kemerdekaan negara kita,jadi Syafiq bawak bendera ini dan nanti masa dekat perhimpunan sekolah boleh kibarkan.Nyanyi sungguh-sungguh dan bersemangat."pesan ayhku.


      "Baik ayah tapi kenapa satu je?"aku bertany lagi.


      "Eh cukup la,nak bawak banyak-banyak buat apa?nak jual ek?"Ayah tertawa dengan soalanku.


      "Tak la,nak bagi kat kawan-kawan kalau ada yang terlupa bawa,"kataku sambil teringatkan Wani.


      Selepas mencium tangan ayah dan ibu,aku terus bergegas menuju ke perhentian bas kerana tidak mahu terlewat tiba di tapak perhimpunan sekolah.


Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka!Merdeka!
tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

      Suara anak-anak kecil nyaring halus memenuhi ruang tapak perhimpunan pagi itu.

      Di barisan perempuan,terlihat kelibat Wani mengibarkan bendera dengan semangat.Terasa puas hatiku melihat bendera yang ku berikan kepadanya berkibar megah.Tiba-tiba dia mengerling dan mulutnya bergerak-gerak seperti ingin mengatakan sesuatu kepadaku.Daripada gerak bibir itu,aku mengerti maksudnya.

      "Syafiq...nyanyi...nyanyi,"juih bibir mungil Wani menyuruhku menyanyi.

      Aku hanya tergelak kecil melihat telatahnya.Seminggu berlalu selepas Hari Kemerdekaan,aku tak pernah lagi bersua muka dengan Wani.Kemanakah gadis manis itu menghilang aku sendiri tiada jawapan.

    "Tidak sihatkah dia?"aku berfikir sendirian.

*****************************************************************

     Malam itu,akumengajak ibu menemaniku ke pasar malam.Tanganku dipimpin ibu.Ibu dan aku cukup rapat kerana aku satu-satu anak lelaki dan anak sulung kesayangannya.

      Syafiq....namaku dipanggil dan aku menoleh ke belakang.Kelihatan Wani melambai tangan padaku sambil membantu bondanya menjual nasi lemak.

      "Ibu,Syafiq nak nasi lemak tu boleh?Nak tiga bungkus,"aku bertanya manja kepada ibu.

      Ibu tersenyum melihat telatahku.Dia memang tahu aku gemarkan nasi lemak dan ibu mengangguk setuju.

      "Ni duitnya,"ibu menghulurkan beberapa keping wang kepada mak Wani.

      "Wani menolak wang itu dengan hormat.Tak payah bayar,Wani belanja,"katanya.

      "Eh janganlah begitu,kalau bagi free susah nanti,takde untung,"ujar ibu segan.

      "Takpe kak,ini percubaan.Akak rasa dulu dan kalau sedap,akak boleh datang lagibeli disini.Nasi lemak ni,air tangan Wani tau.Dia cuba buat sendiri kali ni,"ujar emak Wani sambil menoleh lembut ke arah anak gadisnya itu

      Ibu dan aku berpandangan bagai tidak percaya bahawa si kecil itu mampu menghasilkan nasi lemak yang hanya mampu dibuat oleh orang dewasa.Selepas menghulurkan ucapan terima kasih,aku menoleh ke arah Wani dan lambaiannya aku balas dengan secangkir senyuman penuh makna.

*****************************************************************


      Hatiku benar-benar rindu pada seraut wajah itu.Adakah ini dinamakan cinta monyet?Aku termenung panjang memikirkan Wani sambil memerhati rakan-rakan mencabut rumput sempena hari gotong-royong di sekolah.Cuaca pagi yang mendamaikan membuatkan aku ingin melihat wajah itu kerana lama benar aku tidak melihatnya.Asyik aku mengelamun,tiba-tiba bahuku disentuh.


      "Awak Syafiqkan?"seorang budak menegurku.


      "Yup,"ujarku lagi.


      "Nah ini ada orang bagi kat awak,"katanya.


      Aku mengambil sampul putih daripada kanak-kanak perempuan itu dan berlalu pergi.


Assalammualaikum Syafiq...
Awak apa khabar?Sihat?Kenapa
muram ni?Saya tahu mesti awak tengah
rindukan saya.Betul tak?Hehehe.
Syafiq...bila awak baca suratni,saya mungkin
dah takde kat dunia ni.Awak jangan sedih tau.
Saya tahu awak mesti pelik kenapa saya tak 
datang kelas sejak dua menjak ini kan.
Sebenarnya kepala saya selalu sakit dan bila 
mak ajak saya pergi hospital,doktor kata
saya menghidap barah otak di tahap akhir.
Peluang untuk saya sembuh sangat tipis.
Sejak hari itulah,saya semakin tak larat
untuk ke sekolah.
Awak ingat tak masa awak beli nasi lemak
kat gerai saya?Hari tu,saya bosan
jadi saya temankan mak berniaga.Saya
nak datang ke sekolah haritu dan nak
buat kek untuk awak tapi saya tak larat.
Mak marah dan suruh saya berehat
dirumah tapi saya tak mahu.Bila saya
sakit camni,saya dapat lihat perubahan
pada ayah.Ayah tak mabuk lagi.
Alhamdullilah,kalau memang ketentuan 
ini dapat merubah ayah,saya rela nyawa
ini diambil.Hari tu hari jadi saya tau.
Sebab tulah saya tak mahu awak bayar
harga nasi lemak tu.Saya memang
nak belanja awak.Itu je yang mampu
saya balas sebab awak sudi bersahabat 
dengan saya.Saya tak pernah ada kawan
lelaki selain awak.Mungkin mereka
jijik melihat udak miskin macam
saya agaknya.
Syafiq,awak suka tak berkawan
dengan saya?Saya sebenarnya suka kat awak,
tapi saya malu nak cakap.Awak mesti cakap
saya perasan sebab kecik-kecik dah
berani bermain perasaan,tapi betul,saya
tak tipu awak.Mungkin kita memang tak
ditakdirkan bersama agaknyakan.Last
sekali,awak jaga diri baik-baik,belajar
rajin-rajin,makan banyak-banyak dan 
bendera awak tu saya dah pulangkan
balik pada kawan saya.Nanti awak
minta kat dia sekali dengan RM30
duit perkhemahan.Saya tau awak
tipu tapi saya tak nak kecewakan awak
jadi saya ikut je camping tu.Awak ambil
ye duit tu.Saya tak mahu berhutang apa-apa
kat awak.Okay,tu je saya nak cakap.
Ha...jangan menangis,kan saya dah kata jangan
nangis.Kalau awak nangis,saya pun
akan nangis.Saya tak dapat nak bagi
awak sapu tangan untuk kesat air mata
saya dulu.Syafiq,semoga kita 
bertemu lagi...
Wani comel..

      Aku membisu,kaku.Hatiku pedih lagi.Dulu pernah seperti ini dan sekali lagi...

      Arghhhhhhhhhhhhhhhhh !!!Aku menjerit bagai hilang arah dan tong sampah dikaki lima ku sepak semahu-mahunya.Aku benar-benar gila dan air mataku tidak mampu dibendung lagi.Surat itu lunyai ditumpahi air mataku.Guru-guru datang menenangkan aku.Aku menangis teresak-esak.

     "Cikguuuuuu...Wani saya cikgu....Waniiii...sayaaaaa,kembalikan Wani saya cikguuuu...kembalikannnn...saya ada hutang dengan dia cikgu...saya nak jumpa dia...saya nak bayar duit nasi lemak dia cikgu...cikgu tolong saya...saya tak sanggup hilang dia...,'ujarku sebak yang teramat.Aku terus meraung dan meraung.Kawan-kawanku turut sama menangis menemani air mataku tadi..

     CIKGUUUUUUUUU!!!!!!!SAYA NAK WANIIIIII!!!!!!!

*****************************************************************

      Aku memandang blogku sambil termenung teringat kisah silam.Setiap kali hari lahirku tiba,hati ini begitu sayu mengenangkan peristiwa itu.Perasaanku cukup sebak,namun hidup harus dijalani biarpun ia sukar.Kesukaran itu membuatkan aku mengerti siapa diriku,dimana aku berada dan mampukah aku melalui hari-hari mendatang.Selemah mana pun seseorang itu,aku pasti ada satu kekuatan yang tersembunyi didalam diri ini.Kekuatan itulah yang akan menemaniku pada hari-hari mendatang serta sepotong doa yang selalu ku hadiahkan buat insan-insan yang telah tiada dalam hidupku.





:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

0 000 korek rahsia:

Copyright@Semua yang tercatat adalah hak milik Hanania Eedaya