Wednesday, 20 June 2012

CERPEN -----> Cantik...

Views


Rozimah menekan brek kereta mengejut.Tubuhnya terdorong ke depan dan kepalanya hampir terhentak di stereng kereta.Dadanya berdebar kencang.Dengan perasaan takut dia menjenguk ke depan.


     "Aku dah kanggar dia ke tadi?"getusnya gementar.


     Dia membuka pintu dan mendapati seorang lelaki rebah didepan keretanya.


     "Encik,encik tak apa-apa ke?"Dogoyang-goyang tubuh lelaki itutetapi tiada reaksi.Rozimah garu kepala.Padahal tadi dia pasti,seinci pun muncung keretanya tidak mengenai tubuh lelaki itu langsung!


     "Mungkin dia pengsan akibat terkejut,"bisik Rozimah menyedapkan hati.

     Dia menyiram wajah lelaki itu dengan air mineral yang diambilnya dari dalam keretanya.Serta-merta lelaki itu tersedar.Kemudian dia terpegun memandang Rozimah.


     "Alhamdullilah,dah sedar pun.Encik tak apa-apa?Ada cedera tak?"Rozimah papah lelaki itu berdiri,namun pandangan lelaki itu masih terus melekat padanya.Rozimah rimas.


     "Encik?Saya tanya ni,encik cedera tak?"Rozimah ulang lagi pertanyaannya.


     Barulah lelaki itu tersedar.Dia kemudian mengerut kening sambil memegang pinggangnya seperti sedang sakit.


     "Aduh pinggang saya sakit.Agaknya sebab terjatuh tadi.Aduh,sakit sangat ni."Rintih lelaki itu.


     "Kalau macam tu kita ke klinik sekarang ya."mendengar Rozimah menyebut klinik,lelaki itu pucat.


     "Tak perlu,Cukup kalau awak bagi saya nombor telefon awak."tergamam Rozimah mendengarnya.


     "Apa dia encik?"Rozimah cuba meminta kepastian.


     Seperti tersedar dia tersilap cakap.


     "Maksud saya tak perlu hantar ke klinik.Saya masih dapat bertahan,"jawab lelaki itu tergagap.


     Melihat wajah Rozimah yang bingung,dia bersuara.


     "Jangan risau,mungkin ada cara lain untuk awak bayar rasa bersalah awak itu...."Rozimah terkebil seketika.


     Oh,saya faham sekarang.Baiklah,nah,mungkin cukup untuk encik bayar bil klinik nanti."Tidak semena-mena Rozimah menghulur beberapa keping duit kertas lima puluh ringgit.


     "Eh,kenapa bagi duit pulak?"ujarnya geram bila Rozimah tidak memahami maksudnya.Dia menyerahkan kembali duit kertas tadi kepada Rozimah.


     "Habis tu nak bayar macam mana?"Lelaki tadi diam sebentar.


     Rozimah terus menunggu.


     "oleh kita keluar malamni?"tanya lelaki tersebut.


     Buntang mata Rozimah.Melopong mulutnya seolah-olah tidak percaya.


**********

     Syukri ketawa geli hati mendengar cerita Lokman dan enggan mempercayainya.

     "Betul,awek cantik tu cakap dia sudi keluar dengan aku."Maklum Lokman lagi tidak putus asa.

     "Man,sedangkan Leha yang cantik tu pun tolak kau,macam mana pula ada awek cantik lain sudi keluar dengan kau kali ni??"kata-kata Syukri seperti mengejek tetapi Lokman tidak kisah.Dia tahu Syukri bukan bermaksud begitu.Syukri cuma tidak mahu dia kecewa lagi.

     "Kalau kau tak percaya,malam ni kau ikut aku.Kami akan jumpa di Mahkota Parade untuk makan malam,"ujar Lokman sambil tersenyum.

     Lantas mendengar kata-kata Lokman,Syukri menggeleng.

     "Marilah ikut.Malam ni aku buktikan kat kau,"pujuk Lokman lagi.


     "Cukuplah angan-angan kau,Man.Kalau pun dia cantik,tak mungkin dia sukakan kau,"provok Syukri.


     "Tak salah kalau aku mencuba.Tuhan tak jadikan jodoh orang cantik dengan orang tampan sahaja.Ada juga yang tak sepadan daripada segi muka,yang penting hati saling sayang-menyayangi,"lokman masih tidak putus asa untuk menyakinkan Syukri.


     "Marilah ikut aku malam ni.Lepas tu kau nilai sendiri."Dengan nada terpaksa,Syukri mengangguk.


     Dari jauh Rozimah melihat lelaki berkumis tebal dengan badan yang sedikit gempal melambainya dari dalam restoran makanan segera.Dadanya berdebar-debar.


     Lokman mencari kelibat Syukri.Dia berharap Syukri melihat sendiri gadis yang membuatnya jatuh cinta pandang pertama itu.Malangnya Syukri masih belum keluar dari tandas lagi.Rozimah berdiri dengan senyuman panjang dihadapannya.


     "Minta maaf kalau saya lewat.Tadi susah nak cari parking,"Rozimah beralasan.


     Lokman angguk-angguk.Masih lagi matanya meliar mencari Syukri.


     "Tak apa.Saya pun baru sampai ni.Dududklah."Rozimah memandang kerusi di sebelahnya dengan wajah yang tidak yakin.


     "Eh,duduklah.Tak ada orang lain duduk disitu.Nanti saya kenalkan awak dengan kawan saya."


     Rozimah menarik nafas.Kemudian perlahan-lahan melabuhkan punggungnya diatas kerusi.Dia lega bila tiada apa-apa berlaku seperti yang disangka.

     Lokman dengan mata berpinar-pinar merenungnya tidak jemu.


     "Kenapa awak tengok saya macam tu?"ujar Rozimah rimas.Tidak pernah ada lelaki merenungnya begitu.


     "Awak cantik sangat."Jawapan Lokman membuatkan Rozimah terkejut.Serentak dengan itu,kerusinya roboh membuatkan Rozimah terjatuh.Lokman tergopoh-gopoh mendapatkan Rozimah.


     "Awak tak apa-apa?"Dengan bersusah payah barulah Rozimah dapat berdiri semula.Dia mengeleng dengan muka tebal.Terdengar bisikan di sana sini.Lokman nampak tidak puas hati.Dia memanggil seorang pekerja disitu dan memarahinya kerana menyediakan kerusi yang sudah rosak kepada pelanggan.


     "Kerusi disini dibuat daripada besi yang tahan encik.Tak mungkin boleh roboh macam tu sahaja kecuali....."dia tidak meneruskan kata-kata tetapi menjeling kepada Rozimah yang sudah beredar dari situ.Lokman mengejar Rozimah setelah sempat menyumpah seranah pekerja tadi.


     Syukri yang baru keluar dari tandas kehairanan melihat tempat duduk Lokman sudah kosong.Dia beredar ke luar restoran dan melihat Lokman sedang berbincang dengan seseorang.Bulat mata Syukri.


     "Jangan-jangan dialah perempuan itu,"bisiknya sambil menggeleng kepala.Syukri mengambil keputusan untuk menunggu Lokman didalam kereta sahaja.


     "Kenapa kau tak datang tadi?Rugi kau tak jumpa dia!"ujar Lokman sewaktu masuk ke dalam kereta.


     "Tak ada yang ruginya.Tak tengok pun tak apa,"sindir Syukri.


     "Maksud kau?"Syukri mengalihkan pandangannya kepada sahabat baiknya itu.


     "Man,aku tahu kau masih tak dapat terima penolakan Leha,tapi janganlah kau cari perempuan macam tu untuk hilangkan perasaan sedih kau tu." 


     "Kau ada nampak ke dia tadi?"Syukri mengangguk.


     "Habis tu kenapa kau tak datang jumpa kami?kau tahu tak,lepas makan tadi dia sempat tolong seorang makcik yang mengemis dengan anak-anak.Dia memang baik,Syukri.Tak rugi aku kenal dia,"berapi-api lagi Lokman memuji gadis idamannya itu.


     "Man,kau yang bermasalah sebenarnya.Selalunya kau pilih perempuan yang cantik atau yang sedang-sedang.Bukan macam perempuan yang kau jumpa tadi!"Terkejut benar Lokman melihat Syukri menentang gadis pilihannya.


     "Kenapa kau cakap macam ni?"tanya Lokman.


     "Man,kau tak tahu ke perempuan tu gemuk?Gemuk dua kali ganda daripada kau!Kau tak perasan ke?"Pucat wajah Lokman.


     "Tak mungkin!Dia tu cantik,bukan gemuk!Jangan-jangan kau salah orang,"marah Lokman.


     "Memang dari tadi aku perhatikan kau berdua.Memang perempuan tu gemuk,Man.Aku rasa mata kau ada masalah sekarang,"Lokman memegang kepala sambil memejamkan mata.


**********

     Leha datang berjumpa Lokman diluar pejabatnya dengan marah-marah.

     "Hai,kenapa nak jumpa ni?"Lokman cuba bergurau.

     "Man,kenapa kau cakap dengan kawan-kawan aku yang kita bercinta?Kita kan tak ada apa-apa hubungan,kenapa kau buat cerita macam ni?Aku malu tau?"Terkejut Lokman dengan kata-kata Leha.

     "Tapi aku rasa aku suka kau,Leha.Kau pun tahu kan?"ujar Lokman.

     "Tolonglah Man.Jangan berharap pada aku.Cari gadis yang sesuai dengan kau.

     "Kau la yang sesuai dengan aku,"

     "Kenapa?"

     "Kau cantik,kurus,tinggi dan manis."Puji Lokman berapi-api sambil berharap perasaan marah Leha akan mengendur mendengarnya.

     "Jadi kau suka aku semata-mata aku cantik?Kau ni memang lelaki lurus,Man.Tak ada jiwa.Kalau suka seseorang semata-mata kerana cantik,kau tak akan dapat kebahagiaan sebenar."Lokman tertunduk mendengar bicara gadis itu.

     "Kau patut ubah persepsi kau dalam menilai kecantikan wanita,Man.Kecantikan sebenar wanita bukan setakat pada luaran tetapi dalaman.Pandang mereka dengan mata hati bukan dengan mata kasar."Lokman mula menyerap kata-kata Leha.

    "Pejam mata kau sekarang.Ubah cara kau memandang wanita.Selepas saja kau buka mata,kau akan lihat sendiri kecantikan dalaman setiap wanita yang kau jumpa.itulah kecantikan yang sebenar."Lokman menurut arahan dan Leha terus beredar dari situ.

     Lokman secara tidak sedar melangkah ke tengah jalan dengan mata terpejam.Hingga akhirnya sebuah kereta meluru dan hampir melanggarnya.Itulah saat dia terjumpa dengan Rozimah.

     Lokman jadi tidak tentu hala.Benar-benar dia merasakan Tuhan sedang menghukumnya.Bagaimana dia yang selama ini sangat memilih perempuan yang cantik boleh jatuh cinta pada perempuan yang tak cantik kali ini?Gemuk pula tu.Namun perasaan rindu yang membuak tidak dapat ditahan.

     Dia teringat melihat gadis itu memujuk seorang kanak-kanak yang menangis dengan aiskrim.Melihat pula kebaikannya menghulurkan kesemua duit kertas yang ada didalam dompet kepada wanita yang mengemis bersama anak-anaknya.Sungguh mulia hati gadis itu.

     "Tak payah la jumpa dia lagi,Man.Kalau kau tengok muka sebenar perempuan tu tentu kau akan kecewa,"Syukri seakan tahu kerinduan yang ditanggung Lokman.

     "Aku masih tak percaya yang dia tak cantik,"ujar Lokman tetap tidak puas hati.Syukri mengeluh untuk ke sekian kalinya.

     "Baiklah,kalau kau tak percaya,sekarang jugak kau pergi jumpa dia."cabar Syukri.

     Tercabar dengan kata-kata itu,Lokman terus menghubungi Rozimah.ternyata gadis itu juga sepertinya,menanggung rindu.

     kali ini Lokman meminta mereka berjumpa disebuah kedai makan mamak di tepi Jalan Hang Tuah.Dia mahu suasana perjumpaan mereka lebih santai supaya dia bersedia.Semasa menunggu,dia teringat bagaimana pandangan 'matanya' berubah selepas diajar Leha tempoh hari.mungkin dia dapat memulihkan kembali dengan memejamkan matanya lagi.

     Sebaik sahaja matanya dibuka,sekujur tubuh yang besar berdiri tegak dihadapannya.Lokman panik.Betul-betul dia tak percaya.Ternyata apa yang Syukri katakan benar!

     "Awalnya awak sampai.Kenapa tiba-tiba nak jumpa ni?"tanya Rozimah.

     Lokman tergagap.Dia memegang kepala yang pening.

     "Betul ke awak ni Rozimah?"tanya Lokman tidak percaya.

     Rozimah mengangguk dan pelik dengan pertanyaa itu.

     "Tak mungkin!"Lokman menjerit tiba-tiba dan beredar dari situ.Rozimah terpinga-pinga.

     Beberapa kali Rozimah cuba menghubunginya tetapi Lokman mendiamkan diri.

     **********

     Syukri gembira apabila mendapati lokman sudah 'sedar' tentang rupa paras sebenar Rozimah.Semakin lama semakin kuat perasaan rindunya pada Rozimah hingga tidak mampu untuk menipu dirinya sendiri.Dia sendiri juga bukannya sempurna.Dia juga bertubuh gempal.Wajahnya biasa-biasa sahaja sama juga seperti Rozimah.Apa hak dia untuk berasa geli dengan penampilan Rozimah sedangkan dia juga lebih kurang sama sahaja.Tiba-tiba Lokman terasa dirinya bodoh kerana termakan kata-kata Syukri.

     Barulah dia sedar apa yang Leha katakan kepadanya dahulu.Kecantikan dalaman dari hati yang baik membuatkan seseorang wanita itu cantik.Kecantikan dalaman yang ada pada Rozimah itulah yang membuatkannya jatuh cinta.

     "Eh,nak ke mana tu?"Syukri kehairanan melihat Lokman menyiapkan diri untuk keluar.

     "Nak jumpa Rozimah,"ujarnya.

     "Hah?kau masih tak sedar lagi ke?Dia tu...

     "Engkau nak cakap dia tak cantik?Sebelum tu cermin diri kau sendiri dulu.Bagi aku,dialah gadis tercantik yang pernah aku kenal!!Syukri tergamam  diherdik begitu oleh Lokman.

**********

     Dluar pejabat tempat Rozimah bekerja,Lokman menunggu dengan sabar.Dia tahu Rozimah bekerja disitu selepas diberitahu tempoh hari.Rupa-rupanya pejabat mereka berdekatan.Sebaik sahaja Rozimah keluar dari lif,dia tergamam melihat Lokman.Dengan wajah yang sebal,dia beredar.

     Lokman mengejar.Ditariknya tangan Rozimah.

     "Bukankah awak dah tak mahu pedulikan saya lagi?"ujar Rozimah sayu.

     "Saya minta maaf Rozimah,saya cuma terlalu keliru,"balas Lokman.

     "Keliru?Keliru sebab awak sendiri tak faham kenapa awak keluar denganh perempuan gemuk macam saya?Sekarang baru awak sedar?"tanya Rozimah.

     "Saya tahu saya dah kecewakan awak.Tapi terus terang,saya memang suka awak."ujar Lokman berani.

     "Lelaki tak pernah suka perempuan macam saya termasuklah awak.Kenapalah saya tak sedar awak pun sama macam mereka?Lepas tu saya dibiarkan macam tu saja oleh awak?Saya rasa macam orang bodoh,awak tahu tak?"marah Rozimah.

     "Rozimah,jangan macam ni.Saya memang bersalah.Baru sekarang saya sedar,hati seorang wanita itu lebih cantik daripada apa yang ada pada luaran mereka.Kecantikan dalaman awaklah yang membuatkan saya jatuh cinta pada pandangan pertama.Saya tak tipu Rozimah,"ujar Lokman tulus.

     tertunduk gadis itu mendengarnya.mungkin terharu.Sebaik sahaja dia mengangkat wajah,Rozimah tersenyum manis.

     "Kalau awak mainkan saya,saya akan pastikan awak menyesal,Man.'ujar Rozimah mengugut.

     "Mempermainkan awak itulah yang akan membuatkan saya lebih menyesal Rozimah,"kata Lokman lagi.

     Semakin lebar senyuman Rozimah.Dia bersyukur kerana akhirnya mata seseorang 'terbuka' untuk melihat kecantikan dalamannya.Rozimah yakin jika kebanyakan lelaki bersifat ini,maka mereka akan lebih menghargai wanita sepertinya.


:::TERIMA KASIH sudi membaca.. kalau SUKA blh la LIKE!!!:::

0 000 korek rahsia:

Copyright@Semua yang tercatat adalah hak milik Hanania Eedaya